Wednesday, April 10, 2013

Pilihanraya- Sindrom Holier than Thou...

Ingatkan nak melupakan sementara  mengomel perihal politik nih, memandangkan pihak anonymous mengulas tulisan aku terdahulu..terpanggil pulak menulis lagi...

Sindrom 'Holier than Thou' memang tidak dapat dipisahkan dengan pendokong tegar PR. Apa saja yang tidak sealiran dengan mereka pasti kena belasah kaw-kaw...Setiap perkara mesti dilihat menurut perspektif mereka. Yang bertentangan semua tidak betul, bodoh bangang , hanya terkongkong dengan bacaan pihak pemerintah dan macam-macam pertuduhan lagi...Tapi yang aku hairan bila perkara sama terkena batang tubuh sendiri, pandai pulak mencari dalil untuk membetulkan segala tindakan mereka.. ...Bila dituduh mereka mengamalkan nepotisma mengumpulkan anak beranak dalam  parti, dibawa hujah selagi berkelayakan tidak mengapa...Dihujahkan lagi, Anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail pun turut menjadi Nabi kerana beliau sememangnya layak...Aku pun berpendapat sedemikian sekiranya layak apa salahnya memegang posisi dalam parti, kenapa mesti dibazirkan kebolehan individu...Masalahnya pihak sana hanya ingin mengakui kehebatan diri sendiri dan menidakkan kebolehan orang lain dengan pelbagai tuduhan...

Bila ditanya mengapa SelangorKini ataupun Buletian Mutiara yang menggunakan wang rakyat  diedarkan secara percuma hanya menceritakan kebaikan PR dan memburukkan pihak lawan sedangkan merekalah juara menuduh pihak pemerintah mengawal media massa dijawab selamba untuk membetulkan fakta putar belit pihak lawan....Ish ish yang tidak sealiran semuanya auta .. Kita tidak menafikan kerajaan sedia ada tidak sempurna, dan perlu penambahbaikan dari masa ke semasa...dan pastinya dipihak sana juga tidak bebas dari kesalahan. Isunya ialah mengapa bila diri sendiri buat semuanya betul dan apa saja tindakan orang lain  semuanya salah...? Cakap tak serupa bikin

Disebabkan taksub dan ego perkara yang secara terangan sepatutnya betul turut dikatakan salah...Seperti biasa akan dibawak hujah dan dalil untuk membetulkan tindakan mereka...Ini yang aku tersangat menyampah...Aku berpendapat sebagai orang islam sepatutnya sama-sama  mempertahan kesucian nama Allah dari digunakan oleh orang bukan islam. Kita bimbang sekiranya kebenaran itu dipersetujui secara rasmi akan disalah gunakan dan mendatangkan pelbagai fitnah.... Sebahagian cerdik pandai dikalangan mereka turut berbeza pendapat dan  menentang penggunaan kalimah Allah itu oleh bukan islam...Adakah mereka tidak rasional atau goblok......Dek kerana ego ingin kelihatan berbeza ideologi, penyokong tegar lebih gemar mencari keburukan pihak lain berbanding persamaan. Kenapa tidak diambil kesempatan ini untuk memperbetulkan kesilapan dan sama-sama  berdiri teguh mempertahankan kesucian agama dan mengapa perlu diungkit kesilapan pihak lawan...


Argh tak taulah labu-labu....










6 comments:

  1. Isu penggunaan kalimah Allah ni hanya mainan pihak media. Yang meluluskan penggunaannya adalah kerajaan yang ada sekarang, tapi PAS dipersalahkan.....kenapa tak di salahkan orang yang meluluskan....fikirkan....

    Selain itu, kesemua parti adalah diterajui oleh Manusia yang sentiasa berbuat kesalahan (tidak maksum) oleh itu, berpeaganglah kepada al-quran dan sunnah. Kalau kita orang Islam tak menegakkan Hukum Allah, adakah kita harap orang kafir akan tegakkan hukum Allah. Pilihlah parti yang berjuang di jalan Allah....

    ReplyDelete
  2. Salam bro, ni sy sediakan link utk rujukan tuan ttg isu penggunaan kalimah Allah. Jangan menuding telunjuk tetapi berkait kelingking dlm hal ni. Parti yg tuan sanjung yg luluskan, parti yg banyak nampak salah pihak lain-bak kata tuan- yg dipersalahkan. Tolong jujur dlm menulis. Biar agama yg memandu jari-jari anda. Jangan perasaan yg didahulukan.

    1/http://suasanapolitikmalaysia.blogspot.com/2013/03/menteri-mana-laa-yang-putar-alam-ni.html
    2/http://www.pencacai-semalaysia.com/2013/01/bongkar-surat-pekeliling-kerajaan.html

    Link pertama berbahasa Inggeris, sesuai dengan kelulusan dan kebijakan tuan. Apapun sy sertakan link kedua dlm BM utk rujukan jika masih belum jelas.

    Maaf tuan kalau kami masuk blog tuan tanpa jemputan, kami bersungguh utk agama yg pertama, negara yg kedua dan bangsa yg terakhir.Kecil sekali bezanya dengan parti yg tuan agung-agungkan walaupun tidak sekecil kesannya. Mereka bersungguh utk bangsa yg pertama, negara yg kedua dan agama yg terakhir.

    Maaf jika terkhilaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro...kadang-kadang jenis yang darah dah pekat biru ni bukannya senang nak berubah. dah puas aku post ayat Quran yang menyeru umat Islam menegakkan hukum Allah, di post-post sebelum ni tapi masih tak diterima. Bayangkan sedangkan ayat Quran yang diturunkan Allah mereka masih lagi tidak mahu percaya....adakah mereka akan percaya cakap-cakap kita yang tidak maksum ini.....

      Ya Allah, engkau buka kan lah hati empunya blog ini untuk melihat kebaikan Islam. Amin....

      Delete
    2. Jangan mcm tu bro anon, mereka ni orang yg tak rapat dengan Quran. Mereka org berfakta, cuma silapnya fakta berat sebelah. So kita tolong mereka dengan fakta juga. Bukan kita kemudiankan Quran dalam berhujah, cuma kita mengajak dengan jalan hikmah yg bersesuaian dgn latar belakang masing2.

      Moga2 terlepas tanggungjawab kita dalam memberikan berita sebenar. Kalau kita miliki superbike, takkan minda kita superkapcaikan?

      Delete
  3. Bukan yang darah pekat biru je bro... yang darah pekat hijau, pekat biru cair dan pekat putih ada gambo roket pun sama. langsung masing2 tak boleh nak menerima pendapat, ada je cari ruang utk fitnah memfitnah... yang melayu nie je la aku nampak.. yang bangsa lain peluk tubuh usya dari jauh... kalau tanya aku, darah biru n hijau boleh diterima lagi... kalau yang lain2 mintak jauh dari memerintah malaysia... paling baik lupakan terus sistem demokrasi penjajah nie.. Daulah khalifah yang kita kena junjung!

    ReplyDelete
  4. Betul bro, tapi tidak mungkin kita tegakkan sistem daulah khilafah jika parti Islam masih belum memerintah. Jika diberi lg kuasa kepada parti memerintah sekarang, sistem demokrasi tetap akan dilaksanakan.

    Tak kira darah apa pun yg memerintah, yg penting rohnya iman dan islam.

    Di Penang sana, yg perintah darah merah dengan kenderaan roket, tp dorang pentingkan pembangunan insan beragama terutamanya islam sedangkan sebelumnya berdarah biru pekat dengan murah hatinya menarik segala bantuan sekolah-sekolah agama. Fikir2kan

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK