Sunday, March 31, 2013

Bila Cuti Sekolah Berakhir....

Hampir semua destinasi sesak semalam. Kalau di Melaka, nak masuk tol Ayer Keroh sepanjang 6 km bersusun kereta...Kenderaan banyak diburukkan dengan lampu isyarat  yang juga banyak. Tempoh menunggu lampu merah pula sangat panjang 199 saat...! Masuk lebuhraya lega sekejap, bermula dari Pedas/Linggi sehinggalah jalan susur ELITE/KLIA kenderaan bertali arus..Kawasan R n R dipenuhi ramai manusia..Nak melepaskan hajat , terpaksa beratur ditandas-tandas..anak-anak kecil yang tak tahan selamba melepaskan hajat ditepi jalan...

Aku berpeluang ke utara juga..Jalan menuju utara lapang, tapi jalan menuju ke KL bermula dari Tg Malim kenderaan bergerak macam siput...lebih banyak menekan brek berbanding tekan minyak...Yang tak sabar ramai yang memotong barisan guna lorong kecemasan.

Nampaknya pihak Plus kena buat jadual perjalanan setiap kali cuti persekolahan bermula atau berakhir sepertimana dimusim perayaan ...Lebuhraya sekarang sudah tak mampu menampung pertambahan kenderaan. Walaupun ada usaha melebarkan lebuhraya, aku yakin 2 tahun saja mampu memberi kelegaan, sesudah itu berbalik kepada asal..Membayar tol untuk menempuh kesesakan...Kerajaan-kerajaan negeri kena juga memikirkan untuk menambah baik sistem pengangkutan di kawasan tumpuan. Kalau di Melaka tu dipercepatkanlah pembinaan tram atau LRT sekeliling Melaka...Tak besar mana pun negeri Melaka tu...Setiap hujung minggu Bandar Melaka akan mengalami kesesakan dek kerana ramainya pengunjung bertandang ke sana...

Kesesakan semalam disamping ramai yang pulang ke kediaman masing-masing  sesudah bercuti, ramai  ibubapa menghantar anak-anak pulang ke asrama. Salah sorang ibubapa yang aku temui di MRSM Trolak  Perak, memberitahu terperangkap dengan kesesakan di sepanjang lebuhraya dari Jitra yang sepatutnya mengambil masa kurang 5 jam, tetapi melebihi 7 jam semalam. Aku tak berkesempatan menanya ibubapa yang menghantar anak di MRSM Jasin, Melaka, jam berapa mereka bertolak untuk menyampaikan ke sekolah jam 12 tengahhari....kebanyakkan kereta yang ada di perkarangan asrama berpletkan no jauh .. utara, selatan bahkan negeri-negeri di Pantai Timur...

Walaupun bagus pergerakan pelajar asrama merentasi negeri-negeri untuk pergaulan dan pendedahan, kesesakan jalanraya adalah antara kesan yang terpaksa ditanggung setiap kali sessi persekolahan bermula.

Duduk sebentar disurau asrama...Sejuk melihat anak-anak tanpa dipantau warden, membuat pelbagai aktiviti seperti, berselawat, mengaji dan bertazkirah sesama mereka...Rasa berbaloi berpisah dengan anak-anak melihat kepada cara mereka membawa diri ...Yea walaupun mungkin tidak semua tapi diharap sebahagian besar pelajar betul-betul jadi ORANG bila tamat pengajian kelak..Amin



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK