Thursday, April 4, 2013

Pilihanraya...Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Mood pilihanraya.....Demam pilihanraya..Status laman sosial dipenuhi dengan sentimen pilihanraya...ramai yang jadi penganalisa politik...hehe

Masing-masing nampaknya amat ringan mulut mengeluarkan kata-kata kurang elok terhadap orang yang tidak sehaluan dengannya...Idealnya memang kita menginginkan orang lain bersependapat dengan kita kerana  merasakan kitalah yang paling betul..hakikatnya setiap individu mempunyai persepsi berbeza terhadap sesuatu perkara...

Dalam kes judi dan arak yang selalu dilaung-laungkan oleh pihak sana ..aku juga mempunyai persepsi berbeza terhadap apa yang mereka dakwa. Adakah benar kerajaan PR langsung tidak mempunyai kuasa bertindak walaupun lesen judi dan arak dikeluarkan  kerajaan persekutuan... Atau sekadar beralasan untuk mengelak dari melaksanakan retorik pilihanraya. Sekadar perbandingan...Projek Loji Air langat 2 diluluskan kerajaan persekutuan..dan pembinaan terowong untuk menyalurkan air dari Sg Pahang sudah hampir 80 peratus siap sedangkan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat masih gagal dilaksanakan kerana kerajaan PR menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang pembinaan itu... iltizam politik mengatasi kekangan yang ada...boleh pulak mereka bertindak  dengan menggunakan sedikit  kuasa yang ada...

Berbalik dengan judi dan arak, kerajaan PR boleh bertindak sebenarnya namun memilih untuk mengelentong orang ramai konon keterbatasan kuasa yang dimiliki...Tunggu sehingga menakluk Putrajaya...Hampir setiap kali ceramah perkara sama didendangkan..namun tiada tindakan  diambil walaupun mampu berbuat demikian. Kilang-kilang, kedai arak , kedai 4 no ekor, toto tetap beroperasi dinegeri yang mereka kuasai berbeza dengan retorik politik untuk memancing undi... ..Tak taulah samada parti yang aku pangkah dulu didengari suara mereka atau terpaksa beralah dengan pihak sekutu...Ini yang membuat aku merajuk hati.....Kita sandarkan undi, orang lain yang lebih gah memanipulasi kuasa..Bukankah lesen premis perniagaan dibawah PBT dan kerajaan -kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mereka..?

Aku skeptikal andainya mereka menakluk Putrajaya. Adakah laungan untuk menghapuskan judi dan arak masih kedengaran atau lenyap begitu saja..Barangkali tetap beralasan keterbatasan kuasa dimiliki juga...Mungkin masa itu beralasan.".kami terikat dengan protokol antarabangsa...kami tak boleh bertindak terhadap pelabur asing dsb yang telah melabur disini..ini adalah kesalahan kerajaan terdahulu"

Argh sudah...!  Pusing-pusing sama daaa....!

.





























4 comments:

  1. Setuju bro...manifesto bukan janji

    ReplyDelete
  2. Sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk menjadi lebih baik dengan segala kekangan yang ada. Kalau projek Langat 2, projek yang akan menguntungkan kroni dan membebankan rakyat, itu yang mereka bertindak dalam bidang kuasa mereka. Nak ambil alih syarikat Air yang diswastakan pun banyak karenah pihak pusat, inikan pula nak membatalkan lesen judi.....cuba fikirkan.

    Sekurang-kurangnya aku akan berpuas hati memangkah pihak yang berusaha memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup daripada memangkah pihak yang jelas tidak mendaulatkan hukum Allah. Sekurang-kurangnya bila esok ditanya oleh Allah di Akhirat, aku boleh jawab aku dah berusaha pangkah mereka yang memperjuangkan Islam

    ReplyDelete
  3. pilih yg terbaik buat masa depan negara, aku pilih mengundi.
    As-salam

    ReplyDelete
  4. Buatlah apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Satu contoh yang paling dekat dengan kita, semasa sambutan tahun baru 2013, satu pihak yang menganjurkan pesta nyanyina bercampur lelaki perempuan di i-city,dan satu pihak lagi menganjurkan ceramah agama berseerta hiburan berteraskan islam di stadium. Kalau dulu semasa mereka perintah, tak ada pun sambutan tahun baru diserikan dengan ceramah agama, bersolat jamaah beramai-ramai. Fikirkan.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK