Di puncak juga terdapat kem askar cuma tak pasti samada masih digunakan lagi kerana keadaannya kosong seolah terbiar.
Selain melawat puncak Bukit Jugra, terdapat tempat lawatan bersejarah lain di kaki bukit seperti muzium, masjid dll
Destinasi selepas ni ialah Pantai Kelanang dan Pantai Morib...
Dua aktiviti riadah utama Bukit Jugra adalah hiking dan paragliding.
Pada ketinggian 120m dari aras laut, pendaki pendaki novis menjadikan bukit ini sebagai lokasi dakian mereka dihujung minggu. Untuk ke puncak pendaki boleh memilih untuk melalui jalan bertar atau untuk lebih mencabar melalui trek offroad.
Bukit Jugra juga terkenal dengan aktiviti paragliding...Kedudukan bukit yang menghadap muara sungai dan laut memberikan kelebihan tiupan angin untuk aktiviti tersebut.
Dipandu kapten profesional paragliding dibuka untuk tonggangan orang awam dengan caj Rm250 seorang.
Selain melawat puncak Bukit Jugra, terdapat tempat lawatan bersejarah lain di kaki bukit seperti muzium, masjid dll
Dari puncak bukit dihidangkan pemandangan menarik tanah lembah dan laut.
Aspek kekemasan dan kebersihan di puncak memuaskan, cuma aspek ini untuk ke puncak, sekurang kurangnya di kiri kanan bahu jalan, bermula dari Pekan Jugra perlu ditingkatkan. Tak sepatutnya destinasi yang disenaraikan sebagai lokasi menarik Selangor dibiarkan selekeh sedemikian.
Destinasi selepas ni ialah Pantai Kelanang dan Pantai Morib...
No comments:
Post a Comment