Papan komputer kita tolak tepi kerana memerlukan kepakaran khusus...jika rosak yang ini lebih berbaloi menukarnya, selain ini sistem lain boleh dipelajari dengan mudah..Sebarang kerosakan kecil boleh cuba perbaiki sendiri.
Semangat berjaya membaiki kipas, otak segera terarah ke mesin basuh yang dikatakan oleh technician dah tidak berbaloi dibaiki...Badan mesin basuh kini dijadikan tong menyimpan guni dedak ayam..hehe.
Motor utama mesin basuh yang bermasalah, motor spiner dibagitau masih elok..Dah ada multimeter ni mudah untuk mengujinya, sah motor masih elok..dah lama ditanggalkan sebab dulu berangan nak buat mesin pencacah ranting/daun pokok menggunakan motor ini.
Idea ada tapi ilmu tiada...Bila belajar dan memahami serba sedikit bagaimana motor berfungsi semangat membuat mesin pencacah menjelma kembali.
Membeli mesin pencacah siap bukan murah, ribu riban juga...Pening memikirkan nak membuang sisa ranting dan daun setiap kali mencantas rimbunan pokok keliling rumah..Duduk di taman awam mana ada kawasan membuang sisa-sisa pokok sebegini.. Menunggu orang Majlis kutip lambat sangat...
Berjaya membuat mesin nanti, ranting dan daun pokok-pokok boleh dihancurkan menggunakan mesin ini, konsepnya sama macam blender atau pengukor kelapa kat dapur tu...Cuma yang ini bersaiz besar dilengkapi motor lebih bertenaga untuk menggerakkan pisau pencacah yang besar.
Sesudah dikisar, keringkan dan campurkan dengan tahi ayam untuk dijadikan baja kompos...
Wah canggih gituu...
Tabik dengan ketelitian insan terpilih sehingga boleh berjaya membaikpulih peralatan elektik yang rosak. Allah anugerahkan ketajaman fikiran dan tangan ajaib!
ReplyDeleteHehe sebenarnya semua org boleh membuatnya jika faham konsep sesuatu peralatan berfungsi...peralatan basic saja pun
ReplyDelete