Tidak ramai pengunjung pada hari hari biasa.
Gerai-gerai mini juga sepi ...suasana yang berbeza ketika hujung minggu dan cuti umum.
Penulis mengimpikan terdapat tempat-tempat makan mega yang menghidangkan pelbagai menu makanan laut. Pihak PBT perlu mengorak langkah kearah itu untuk mempopularkan lagi destinasi makan-makan Morib..untuk sentiasa menarik pengunjung JJCM, gerai-gerai mini adalah tidak memadai..
Mencuba mee Bandung special disalah satu gerai..rasa ok setara dengan mee bandung ori Muar cuma harga sepinggan Rm12 agak mahal.
Ketika air pasang, di Pantai Kelanang terdapat juga pantai berpasir, di Morib hanya persisiran berbatu yang kelihatan. Kedua dua pantai tidak sesuai untuk mandi manda kerana air yang keruh berlumpur.
Di Morib disediakan laluan kejat konkrit sepanjang 400m persisiran pantai berbatu. Sesuai untuk jalan-jalan santai dan melepak sambil menghirup udara pantai. Ketika petang boleh menyaksikan matahari terbenam.
Ketika surut sebahagian pantai berlumpir boleh di akses, ketika ini boleh beraktiviti di pantai seperti mengutip ketam..bermain bola pantai dsb.
Secara keseluruhan kemudahan disediakan adalah bagus...Ada taman permainan kanak-kanak, surau, wakaf, gerai-gerai , kawasan berpokok dan berumput dsb..Kebersihan dan kekemasan juga lebih baik berbanding kunjungan terdahulu..
Penulis beri rating 6/10 untuk Pantai Morib manakala Pantai Kelanang rasanya 3/10 sudah memadai, masih banyak penambahbaikan diperlukan disini.
No comments:
Post a Comment