click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 7, 2023

Jom Jepun,-Hidup ini Mudah..

Kehidupan mengembara perlu berkompromi dengan keselesaan, apatah lagi meronda menaiki campervan, sesekali tidak akan dapat keselesaan menginap di rumah atau hotel.

Mengembara di negara yang lebih dominan menggunakan tisu ditandas adalah sedikit mencabar, berbanding negara kita yang mana setiap RnR disediakan tempat mandi. Mujur mengembara diwaktu musim autum/winter badan tidak begitu berpeluh,  mandi boleh dijamakkan ketika bermalam di kawasan perkhemahan serba lengkap. Jika menginap di RnR, pilihan yang ada hanyalah mengelap badan.







Di kawasan perkhemahan lengkap, shower berbayar disediakan. Penggunaan sebagaimana mesin dobi layan diri...Tempat kami bermalam, 100 yen untuk tempoh mandi 2 minit, jika tidak puas boleh menambah lagi syiling. Ketika bersabun shower boleh di OFF  dan ON semula untuk sambung membilas.


Di RnR awam  pula biasanya terdapat tandas OKU yang lengkap dengan sinki dan paip air...awal pagi ketika sunyi boleh menumpang mengelap badan di sini.

Penggunaan pakaian perlu berjimat. Dimusim dingin terpaksa memakai baju berlapis-lapis hanya lapisan  dalam perlu ditukar, manakala pakaian tebal luar boleh bertangguh. SOP lebih  terarah kepada pakaian bersih untuk bersolat, bukan bergambar, sebab itu penampilan pakaian pengembara hampir sama di setiap gambar. Jika saban hari menukar baju tebal, tak cukup kontena untuk membawa persalinan.


Berbanding mengembara bermotor, bercaravan jauh lebih mudah, boleh membawa kelengkapan lebih, bila bermotor cara pemakaian perlu diringkaskan lagi...Biarpun meronda berbulan cukup dengan hanya 3 persalinan yang diulang pakai..Jaket luar memang tak akan bertukar...pakaian mudah kering yang menjadi pilihan, dibasuh ketika bermalam dihotel ata dibasuh dikedai dobi bersesekali dengan jeket..Sebab itu tak semua orang boleh memilih cara ini..


Walaupun keselesaan terpaksa dikompromi, kenikmatan meronda segenap ceruk itu yang tiada galang ganti...



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK