click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 7, 2023

Jom Jepun..Numazu & fujiokaminami


Menuju ke penginapan ke 3 ...
 


Kelebihan mengembara DIY, kita tidak terikat dengan jadual, boleh singgah di tempat yang dirasakan menarik. Bila ahli tidak ramai pergerakan lebih terkawal. 

Singgah di kebun limau kaki gunung, Numazu.








Bergambar dengan wargaemas Jepun berusaha 87 tahun yang mengusahakan kebun limau. Warga Jepun ramai yang panjang umur, percakapan, pendengaran dan kesihatan fizikal masih mantap.

Membeli limau segar dari kebun...





Singgahan berikut, di sawah padi Fujiokaminami berlatarbelakangkan Gunung Fuji. Gunung terhalang oleh awan. Sawah- sawah di Jepun ditanam merata tempat walaupun di plot yang kecil. Tertanya- tanya juga bagaimana dengan sistem pengairan mereka..




 Sebelum beredar ke lokasi seterusnya singgah dipasaraya membeli stok makanan.


Nasi berserta rumpai laut dijual di pasaraya. Pilihan juadah untuk dimakan  dalam kenderaan.







Singgahan berikutnya Oshino Village, perkampungan yang asalnya sebuah tasik dan tertimbus lava gunung berapi, meninggalkan 8 tasik yang dianggap suci oleh penduduk Jepun.  Persekitaran perjalanan mula dihiasi dengan hutan pelbagai warna kehijauan, kekuningan, kemerahan menandakan musim autum bermula memasuki musim winter..

Sungguh indah sekali...



1 comment:

  1. Geramnya tenguk buah limau bergayutan macam tu. Saya pergi jeju. Boleh posing je tak boleh petik. Tapi memang manis limaunya

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK