click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, November 3, 2023

Jom Jepun-Tempura Ginza Itsuki

Ini pertama kali menjejakkan kaki di Jepun, bayangan minda hanya berdasarkan perkongsian media. Membayangkan Jepun sebagai negara maju, berteknologi tinggi berpuluh tahun kehadapan berbanding negara lain, penampilan fizikal yang dibayangkan sebagai serba serbi sempurna berfungsi, kemas lagi bersih. 


Impresi pertama tiba di Tokyo, perwatakan warga Jepun menepati apa yang disangkakan, peramah  bersopan, mesra orang  berbeza dengan warga eropah atau cina. 

Kebersihan bandar memang benar, jalan, lantai- lantai bagaikan dibasuh, tandas  walaupun awam percuma, berkilat, tiada kesan kotoran. 

  Kekemasan atau penampilan  agak meleset  dari apa yang penulis bayangkan., tak jauh beza dari bandar- bandar atau warga asia. Kabel-kabel letrik berselirat  walaupun tidak seserabut Thailand. Bab penampilan Jepun terkebelakang berbanding eropah.

Jalan-jalan taman sempit sehala, cukup sebuah kenderaan, patut pun di Jepun kenderaan banyak yang kecil. Mungkin tempat penginapan kami adalah kawasan perumahan lama..





Beginilah pengumpulan sampah di Jepun, setiap satunya diasingkan mengikut jenis untuk dikitar semula, dibungkus dengan jaring supaya tidak bersepah...tak pasti mengapa khuatir bersepah, sebab  langsung tidak melihat kelibat anjing liar ataupun kucing berkeliaran.



Pisang Kaki..







Sistem pengangkutan awam tren canggih, cuma agak kurang mesra OKU sebab stesen lebih banyak bertangga berbanding escalator maupun lift, tak sepatutnya negara maju terlupa menerapkan aspek ini. Perhentian bas juga tidak begitu mesra penumpang, tiada maklumat perjalanan di paparan digital, berbeza dengan di Jerman.



Ini lagi perkembangan terkini Jepun, sekarang sangat mudah mendapatkan makanan halal. Kebab Turki mudah diperolehi.






Tak perlu khuatir kebulur di Jepun, kini makanan tempatan banyak yang disahkan halal.


Beratur untuk mendapatkan giliran, pelanggan selesai makan baru yang lain dipanggil masuk. Restoran sempit...







Tempura makanan laut dihidang langsung dari dapur...




Sesekali ok makan menu Jepun, kalau setiap hari huhu..pasti jemu..

1 comment:

  1. sedapnya wak tempura asli dari jepun. wah tepi jalan je pisang kaki. Boleh petik ke

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK