click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, November 19, 2023

Pokok Mangga, Jambu Bonsai...

Sebelum balik Jepun lagi kepala dah terfokus ke pokok mangga dan jambu air., terinspirasi setelah melawat kebun epal Jepun..Pokok jambu menjulang tinggi, tak putus-putus berbuah tapi buah busuk sebab tidak berjaga, daun kering dan bunga jambu selalu sangat mengotorkan laman, pokok mangga pun begitu selain  jarang sangat berbuah. 


Pokok jambu air apabila berbuah nanti, biar pun buah tak banyak akan dibungkus supaya dapat dinikmati daripada berbuah banyak dan terbuang begitu saja...dah tengok di shopee, jaring pembungkus buah...


Pokok mangga  pernah dipangkas bila dahan dan daun berebut ruang dengan pokok rambutan..Alhamdulillah pokok rambutan setiap kali musim akan berbuah...walaupun tidak begitu lebat, mungkin ruangan tumbesaran tak cukup luas dan pembajaan kurang.


Buah rambutan sedang menunggu ranum. Biarpun buah tak begitu lebat setidaknya dapat juga menikmat hasil tanaman sendiri.




Pokok mangga dah lama sangat tidak berbuah, berdaun saja lebat. Setelah berpangkas, nak cuba diberi baja buah, kot lah boleh berbuah...









Pokok buahan di Jepun memang berjaga, tidak dibiarkan menjulang sesuka hati...Walaupun rendang buah teramat lebat. Kebun tak luas tapi hasil berbakul-bakul..Semasa berbuah daun keliling buah dibuang supaya buah dapat pancaran matahari dengan sekata..


Kita tak dapat tiru semua, dapat tiru sebahagian pun jadilah..
 

5 comments:

  1. geramnya tenguk buah epal berbuah lebat. Pokok mangga kalau tak berbuah kena pangkas ke. Tu lah kat kg ada sepokok tu daun je lebat tapi buah takde. Ada sekali nampak berbunga tapi tak lekat bunganya. Kena buat macam wak le nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe pasal mangga tak berbuah, sy pun ada masalah yg sama...lama mandul..

      Delete
  2. Kat jepun takde monyet kacau hasil tanaman

    ReplyDelete
  3. Thanks for making complex concepts accessible to a wide audience.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK