Alhamdulillah dapat merasa buah markisa yang ditanam..yang gugur sendiri mungkin sudah betul betul matang berasa lebih manis berbanding yang dipetik. Pokok berbuah lebat, banyak lagi yang sedang menunggu matang, bakal dapat merasa lagi jika buah tak dikacau haiwan liar..
Biji benih buah avocado pun dah beli lagi online untuk menyulam pokok-pokok avocado dan lain lain yang mati...Hati dah terpikat untuk menanam lebih banyak pokok nangka, nangcem dan avocado. Berbanding pokok lain , 3 pokok ini nampaknya tumbesaran lebih cantik..sedap mata memandang. Pokok yang lain kekalkan mana yang hidup, tanam sekadar untuk ada..
Biji benih disemai dulu sebelum dicantum tunas..Pokok avocado dikebun banyak juga yang ditanam dari biji, berdasarkan perkongsian utube jika pokok dijaga betul, pokok berbuah namun agak lewat sekitar 4 tahun, berbanding 2-3 tahun lebih pokok kahwin, hanya nanti buah pokok dari biji tak semestinya mewarisi pokok indok asal.
Yang penting boleh hidup berbuah biarpun agak lewat..dapat menyaksikan pokok hidup subur terselamat dari musuh tanaman pun hati dah berbunga...









No comments:
Post a Comment