click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, August 19, 2026

4H3M Bukit Tinggi

Walaupun flight pukul 11 pagi Ahad 16hb Ogos, seawal 5.30 pagi telah menuju ke KLIA2,  kita memang suka bergerak awal bersesekali untuk solat subuh dalam perjalanan... Tenang tenang bersantai sambil bersarapan sementara menunggu kaunter pendaftaran dibuka..

Bestnya destinasi asia, mengambil masa singkat, sesuai untuk warga berusia. Destinasi jauh seperti ke eropah sudah tidak sesuai untuk penerbangan terus, perlu transit bukan 5,6 jam bahkan 5,6 hari, santai santai dulu di negara transit. Kami nyaris tertinggal flight Jerman -Kuala Lumpur April lepas ketika transit di Istanbul 4 jam, terpaksa berkejar- kejar..




Penerbangan ke Bandara Minangkabau tak sampai pun sejam. Tak sempat lenguh punggung telah diumumkan bersiap sedia untuk mendarat.





Hari pertama makan tenghari di Padang rambang mata melihat menu, tak bestnya makan berombongan segan-segan untuk menjamah makanan yang kita ingini...

Keunikan restoran padang, segala macam menu dihidangkan di atas meja, hanya pinggan yang berjamah akan dikira. 

Kalau pergi private kita keluarkan belanja sendiri, makanlah sepuasnya, bila berkumpulan kos makan-makan telah termasuk dalam pakej, jadi tak tergamak untuk menjamah lebih dibimbangi kos melonjak untuk tour leader membayarnya.



Bila dikenang balik laluan ini pernah dilalui ketika berkapchai 2011 dulu, cuma dulu tidak begitu banyak gerai di sepanjang jalan sekitar air terjun ini.



Pintu gerbang ini menjadi saksi ramai warga tempatan terkorban ketika banjir bandang Sumatera Barat Mei 2024 akibat hujan lebat berterusan selama 2 hari membawa banjir lumpur dan balak di kawasan tanah tinggi. Melihat kedudukan perkampungan di kaki kaki gunung seolah tidak percaya banjir boleh berlaku di situ, jika banjir di lembah itu lumrah..





Singgahan sebelum tiba ke destinasi, Bukit Tinggi. Menjamah kuih adunan tepung dengan kelapa muda di bakar mengunakan kayu di gerai pinggiran kolam/ telaga,  Biko Telago.


Menumpang tandas di warong Bako Telago, mengimbau kenangan silam..anak anak berkubang sedangkan tidak jauh dari situ ada yang sedang berselubung melepaskan hajat di sungai..

Tandas di warong Bako Telago ini hanya berdinding sekerat, buangan terus disalur ke telago  di mana ramai pemancing leka menunggu joran disentap pemangsa.




 






Malam menginap di Bukit Tinggi...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK