click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, November 28, 2026

Satu Malam di RnR...

Dalam misi menguji Kembara  selain menghadiri kenduri kawin anak rakan, tempat istirehat turut masuk dalam perancangan. Kita bergerak  solo jadi memilih tidur di  camperKebun. Kesempatan ini digunakan untuk menilai keselesaan kabin dan memikirkan penambahbaikan.

Ada rancangan tidur di campsite tepi pantai Melaka, bertepatan pula majlis kahwin Sabtu adalah di Melaka, cuma belum ada keputusan muktamad . Kita bergerak solo, hentian rehat perlulah tidak terlalu sunyi. 

Setelah selesai urusan di Batu Pahat Johor, terus bergerak ke Melaka..otak mencari cari kawasan rehat..apabila berhenti  mencari lagi di internet. 

Singgah di Tanjung Agas Muar, ada tapak caravan pinggiran sungai Muar berdekatan dengan Masjid. Tandas awam ada tapi agak jauh..Melihat situasi semasa dijangka bakal bersendirian di situ.

Meneruskan perjalanan ke Melaka, membelek- belek internet, setelah mengambil kira lokasi majlis perkahwinan Sabtu, hati terarah ke RnR  Ayer Keroh, memang berkeinginan bermalam di pantai Pengkalan Balak atau Tanjung Bidara, memikirkan lokasi sudah terlepas jauh dari lokasi majlis Sabtu selain dijangka tapak khemah sunyi pada hari biasa, terus memilih RnR lebuhraya.


Bermalam kita di RnR Jejantas Ayer Keruh kita..

Malam hujan gerimis, tidur  bertemankan  3 kipas mini sudah lebih memadai. Tingkap diturunkan sedikit untuk membenarkan angin segar luar masuk. Sesudah dipasang penyedut udara panas di bumbung nanti dijangka sausana kabin bakal jauh lebih selesa dalam apa jua keadaan.



Ujian terhadap katil katek adalah lulus cemerlang, jauh beza berbanding dengan tilam angin..cuma tidur di kenderaan tidak boleh disamakan tidur di katil bilik ..pangkin tidur kenderaan kecil, pergerakan lebih terbatas.



Kita yang berpengalaman berRV kompak di Jepun, merasakan keselesaan tidur di CamperKebun adalah setanding dengan tidur di RV kompak, bezanya RV memiliki kelegaan ruang berdiri.



Suasana di RnR Jejantas Ayer Keruh arah utara..Ramai juga yang bermalam di sini terutamanya pemandu pemandu lori..



Kenderaan kecil pun banyak..berbeza mereka yang tidur sambil duduk, kita yang dapat berbaring lurus, pastinya jauh lebih selesa..

Namun begitu keselesaan kabin masih boleh ditingkatkan.. 


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK