click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA




Selamat Hariraya Aidil Adha kepada riders dan pembaca sekelian. Jangan lupa laksanakan ibadah Qurban..jika terlepas tahun ini, pasang niat untuk tahun depan ok..

HIKMAH DAN FADHILAT QURBAN..

*Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

*Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

*Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

*Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

*Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

*Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Monday, November 15, 2010

KAYUH SAMPAI LEBAM..ha ..ha..

Member aku Azman aka Mantem dari Ampang, Zamir dan Faizul dari Semenyeh, Ghazali aka Achong dan aku dr Country Homes Homes.,Rawang.,berkayuh pada Ahad lepas 14 Okt.

Tiba jam 8.00 pg selepas sarapan bersiap sedia dengan basikal masing-masing di perkarangan Masjid Country Homes Rawang. Jelas bersemangat semuanya..Azman minggu pertama kayuh basikal MTB baru beli..




Petanda kepenatan muncul bila geng fullsus mula ketingalan bila melalui kawasan berpasir lombong..Ha.ha pucat aku tengok muka Zamir dah lama tak kayuh sejak lepas raya lagi, baru minggu lepas mula kayuh semula katanya..



Bertemu dengan sifu mtb Kasren geng Sg Buaya..,Aku berbincang dengan dia mengenai laluan supaya menjadi kenangan kepada Jaguh-jaguh undangan Semenyih dan Ampang tu..ha.ha..


Bergambar di Gorgeous Dam Sg Buaya..Pergh aku ingat dam besar rupanya macam kolam pancing ikan..


Plan asal nak terus kayuh keluar Ijuk..tapi kami kasihan kat jaguh undangan Ampang dan Semenyih..pantang jumpa bukit, program mari kayu basikal dah jadi Mari Tolak Basikal MTB..Dah le panas.. jadi kami batalkan.




Dalam perjalanan balik entah berapa kali ambik nafas..he.he. baru ko tau penangan Trek Ladang WATERFALL...Zamir dan Man dah tobat dah..kayuh bukit offroad curam..,tapi tobat makan sambal belacan..bila hilang semput confirm layan lagi akan datang ..faizul orang muda jadi salur nafas panjang lagi..


Lega lah tu bila dah keluar hutan sampai 18 cawan air tebu di tibai..ha.ha.ha..

Kepada geng MTB lain kalau rasa handal marilah layan Trek ladang waterfall ini. he .he..

Jarak kayuhan lebih 30km.

Saturday, November 13, 2010

EVOLUSI SEBUAH CHOPPER



Syok abang-abang ni mencuba penemuan baru., jelas terpancar keriangan mereka..Walaupun terpaksa menggunakan kuasa tujahan kaki untuk menggerakkan tapi menyeronokkan bila menuruni bukit..,brek pun dah jadi eksesori wajib masa tu supaya bila turun bukit curam boleh le kontrol kelajuan..kalau tak..! bila masa nak kawal handle..bila masa pulak nak jaga-jaga cawat terselak...



Bila naik bukit rasa nak tercabut kepala lutut, maka tercetuslah idea untuk memasang enjin..tapi janji boleh jalan..takdalah enjin injection macam sekarang..suspension turut dipasang..getaran kuat sangat..mana tahan beb..!



Seiring dengan peredaran zaman, motor pun berubah le..penambahbaikan pada kuasa enjin turut mempengaruhi ketinggian handle motor..dulu handle rendah sebab nak bagi lebih aerodinamik sebab guna kuasa kaki..jadi masa turun bukit senang le tunduk..

Sekarang guna enjin power jadi takda masalah...sebab tu handle chopper sekarang semakin tinggi..ada tu yang lebih tinggi dari kepala .he.he..

Friday, November 12, 2010

SYOKNYA BEREKSPEDISI ....




KELENGKAPAN BEREKSPEDISI..HA.HA..

Dengan adanya flight tambang murah, untuk ke sesuatu distinasi luarnegara sekarang ni lebih cepat dan murah., Sebab tu ramai yang tertanya-tanya apa syoknya berhari-hari mengembara atas motor,padahal tempat yang dituju boleh dihubungkan melalui jalan pintas..Flight..!....Menyakitkan badan..ha.ha korang tak rasa lagi..susahlah mau cerita

Ikut jalan darat lagi banyak tempat dapat dilawati sepanjang perjalanan sebelum tiba ke destinasi akhir..Pemandangan pun luas, cabaran pun hebat berbanding duduk dalam kabin kapal..Selain sengal lutut sebab seat sempit,apa sangat yang boleh kita tengok selain awan, kerusi dan orang keliling. Setiba ke destinasi, kalau naik motor banyak tempat boleh ronda lagi..naik flight? banyak lah pulak 'arrangement' terpaksa dibuat sekiranya ingin melawat banyak tempat..

Kalau masa, kewangan dan kesihatan tak menjadi penghalang memang nak saja aku ronda naik motor ke tempat jauh-jauh ni..pedulilah apa orang nak kata..yang penting..ENJOY..ha ha..!

Thursday, November 11, 2010

TERJAH 1MALAYA bersama x9



RINGKASAN...

Kalau xpdc aku sebelum ini meliputi negeri-negeri di sebelah utara semenanjung dan diteruskan ke SegitigaEmas Thai-Myanmar-Laos., ride bersama geng skuter x9 pada 5hb Nov 2010 menjelajahi daerah dinegeri sebelah selatan semenanjung..,Selangor, N.Sembilan, Pahang, Johor dan Melaka.. Lepas ride nanti seolah lengkaplah satu semenanjung aku dah cover dengan bermotorsikal... Kira dah khatam muqaddam dan mula berjinak masuk quran lah pulak..Bila dah masuk quran tetiba kawan ajak merangkak baca muqaddam,,alamak rasa hilang syoknya..maaf yea teman-teman,kecualilah kalau ada program-program menarik, inginlah juga aku sertai..jika tidak,lebih baik aku simpan bunga tayar untuk tugasan kerja harian aku je..he,he..

Aku rasa masih ramai mat-mat motor diluar sana yang terlepas pandang xpdc keliling Malaya ni..Banyak tempat-tempat menarik yang patut dilawati dengan mempelbagaikan laluan..jangan biarkan motor berpeluh dek kerana panas berselubung selimut daripada berterik matahari berxpdc diluar sana..ha.ha.

Aku memang menanti peluang ride jauh dengan bersekuter x9 nih..Kalau setakat Lembah Kelang dan persekitaran sehingga ke Temerloh, Seremban...dah naik muak aku bawak,sebab skuter x9 nilah teman aku sepanjang hari semasa berkerja..Laluan ride meliputi kawasan tanah tinggi , lembah dan persisiran pantai..., ride yang sangat mengujakan..

Jarak keseluruhan perjalanan selama dua hari adalah sejauh 1100km. Perbelanjaan pula tidak melebihi rm200. Kos minyak RM100, penginapan RM25 dan makan RM70. Sangat berbaloi.

Tapi untuk aku terdapat perbelanjaan tambahan akibat kemalangan yang aku alami untuk membeli rim serta tayar, mengambil semula skuter dan perbelanjaan upah baiki skuter yang akan diperinchikan kemudian..


Ikuti coretan ride pada post berikutnya..

PESERTA TERJAH 1MALAYA bersama x9..

Inilah gambar peserta x9 yang mengikuti ride kali ini...



Aku..x9 Evo 200



Achit..x9 Amalfi..betul-betul hardcore rider. Psst..ada dua KDN nih..ini yang mengkagumkan kami..Selalu aku dengar riders merungut susah dapat permit KDN,tapi brader ni dalam KDN 2 nak bersalin dia masih mampu ride bersama geng lain. Alasan dia simple je.. KDN 1 kan ada boleh tengok..perghh..! Bila kitorang tanya apa tips dan pengeras..yang penting KERAAS..! kah ..kah..! Maaf brader Achit yea,sekadar berkongsi tips bersama riders lain..



Man770 x9 Amalfi



Mantem x9 Amalfi


Kepada yang lain jomlah join untuk ride akan datang..

Ikuti coretan ride Day 1 dan Day 2 di post berikut..

TERJAH 1 MALAYA...route

Ha.ha. nampaknya aku berkembara lagi kali ini bersama geng skuter x9..
Aku pun sebenarnya memang nak balik kampong aku di Yong Peng dan bertembong pulak dengan program geng skuter nih..Cuti panjang pulak tu..Tumpang sekakilah..

Route Baru Jelajah 1/2 Malaya

Hari Pertama - -05/11/2010
- K.Lumpur - Langat - K.Kelawang - Mancis - Bandar Bera - Pekan - Nenasi - Bandar Baru Rompin - Mersing / Desaru

Hari Kedua - - 06/11/2010
- Mersing / Desaru - Kota Tinggi - J.Bharu - Pontian Kecil - Rengit - Bt Pahat - Muar - Melaka

Hari Ketiga - - 07/11/2010
- Melaka - Masjid Tanah - K.Sg Baru - Pasir Panjang - Port Dickson - Lukut - Sg Pelik - Tg Sepat - Morib - Jenjarum - Klang - K.Lumpur

Maklumat :-

1-Tempat tidor dan makan akan ditentukan apa bila tiba masa nya tak kira di mana ketika itu.
2-Tempat berkumpul -Taman Pinggiran Delima ( Kedai Minum semasa balek dari Ride Amal Rembau )
3-Masa Berkumpul Jam 0800pagi

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK