click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, April 8, 2026

Europe26- Luxembourg 3H2M

Sesudah Frankfurt Jerman, menukar haluan, sepatutnya ke sebelah timur Jerman tapi ubah ke negara berjiran Luxembourg. 

Eropah ibarat sebuah negara besar dengan negeri- negeri kecil..Merentas sempadan tanpa perlu melalui birokrasi imigresen..Selain flight, tren maupun bas berhubung ke setiap bandar utama...

Luxembourg negara kecil dikelilingi  3 negara, Jerman,  Peranchis dan Belgium.  Sebuah negara kaya kerana statusnya sebagai hab kewangan dunia sebagaimana Switzerland.



Menaiki tren dari Frankfurt mengambil masa dalam 4 jam lebih..Kelebihan menaiki tren, boleh melihat pemandangan kiri kanan sepanjang perjalanan, jika memandu, lebih- lebih lagi tempat tak biasa, otak lebih terfokus ke arah pemanduan..


Di eropah bebas membawa pet ke tempat awam bahkan kenderaan awam juga dan pet pula tersangat patuh dengan arahan...

Tiba di Luxembourg. 




Luxembourg negara kecil, pilihan hotel tak banyak.. Di eropah biarpun hotel murah, standard kualiti  bilik  tiada jurang perbezaan ketara.

Sewaktu di Hamburg biarpun menginap di asrama dan hotel murah di kawasan kilang,   tandas, tuala, cadar dia sangat bersih ..

Di Belanda hotel ala ala homestay pun puashati.

Ketika di Frankfurt pun begitu, hotel lama kami 3km dari bandar namun kebersihan bilik,  tandas, sinki bersih berkilat.

Di Luxembourg kerana tiada banyak pilihan, menginap di Double Tree..tiada  perbezaan kualiti ketara dengan yang diduduki sebelum ini..

Di Luxembourg pengangkutan awam adalah percuma, jaringan laluan bas dan tram meluas. Di bandar Luxembourg tiada tren/ tram bawah tanah.



 


Di eropah hujung minggu apatah lagi  cuti umum suasana lebih sepi kerana kebanyakan premis perniagaan ditutup. kecuali kawasan tumpuan pelancung. Hotel lebih murah berbanding hari berkerja..






Ubikayu, pisang tanduk tetap boleh diperolehi di sini..





 
Pendek kata bab makan, tak perlu risau, kedai halal banyak..boleh cari melalui Google 'Halal restoran near me', nescaya keluar senarai restoran..Jika tiba dan terpampang perkataan halal jangan fikir panjang ..masuk dan makan..inshaAllah menepati selera anda.

Tips makan-makan di eropah ..Jangan tukar nilai matawang...jika tidak...Mahalll..!

Tuesday, April 7, 2026

Europe 26-Bergtrasre Odenwald

Meninggalkan kota Frankfurt ke GeoNature Park sekitar perjalanan sejam dengan tren.

Taman dan bandar lama ini merupakan sebahagian tapak warisan dunia unesco. Kita cuba juga mencari maklumat di internet, masih tak pasti sejarah unik disebalik pengiktirafan itu.




Ketika ini keseluruhan bunga taman  belum mengembang sepenuhnya... Dalam sebulan dua lagi apabila keseluruhan pokok berbunga pastinya mewujudkan suasana indah.











Yang tua maupun muda menikmati suasana taman bunga ketika cuaca meniti penghujung musim dingin.














Ketika musim ini cafe cafe dipenuhi pengunjung...Di Frankfurt dibanjiri pengunjung luar, dibandar kecil begini dipenuhi warga tempatan...












Melihat tugu ini teringat siri tv Combat era 70an . Tugu memperingati tentera terkorban ketika perang..

Monday, April 6, 2026

Europe 26- Frankfurt City Tour

Frankfurt merupakan kota kewangan Jerman. Pertama kali menjejakkan kaki di sini. Kota tidaklah besar, adunan rekabentuk bangunan bandar baru dan lama..Bandar lama dengan rekabentuk ala ala gothic dan daerah baru dengan rekabentuk moden bangunan pencakar langit.


Sesuai dengan kota dikunjungi pengunjung seluruh dunia, banyak sajian antarabangsa disini.  Keluar dari pintu stesen tren utama Frankfurt, selain sajian Turki banyak restoran antarabangsa lain yang menawarkan menu halal.

Apabila kota menjadi tumpuan orangramai,  ditambah pula cuti umum, kebersihan sedikit terabai..




Tipikal bandar-bandar Jerman dengan jaringan pengangkutan awam yang baik... Stesen dilengkapi dengan  eskalator dan juga lif. Jika salah satu atau keduanya rosak tangga jadi penyelamat...



Stesen bawah tanah tren bandar..Berbanding hari biasa, wiken di Jerman lebih lengang.. Lutut perlu mantap untuk menggunakan pengangkutan awam..Walaupun tidaklah sukar kekadang berulangkali ke sana sini untuk mencari platform yang betul..






 
Berlatarbelakangkan bandar lama..


Bandar baru lebih moden..




Diperhatikan aktiviti sepanjang sungai eropah adalah hidup bukan saja di bandar ini bahkan bandar lain..Banyak aktiviti river cruising lengkap dengan restoran terapong kapal besar . Mereka memanfaatkan pemandangan kiri kanan sungai yang cantik.












Bandar lama Frankfurt terdapat banyak gereja. Hari Ahad bersahut sahutan bunyi loceng gereja. Banyak dibina dizaman kegemilangan kristian. Ketika ini cuti easter., diperhatikan tidak begitu ramai jemaah yang datang..Sebahagian besar penduduk tempatan memilih untuk tidak beragama..















Musim bunga mula menjengah, sebahagian pokok mula mengembangkan bunga...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK