click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, September 27, 2012

Amacam, berani melakukan perubahan...?

Kasihan kat anak-anak muda sekarang. Nak kahwin pun susah. Jarang benar yang dapat berkahwin awal, Kebanyakan anak muda yang aku jumpa semua beralasan duit tak cukup. Bila usia melewati 30an silap-silap ada yang terus membujang  tak mau kahwin...Ishh.ishh.. Kita dan masyarakat patut dipersalahkan kerana menyukarkan perkara yang sepatutnya dimudahkan...Majlis yang gah belum tentu menjamin kerukunan rumahtangga.. Lagi rugi berhabis sehingga berhutang keliling pinggang, tapi bahtera rumahtangga berantakan. dan karam., tak sampai pun sekerat jalan...

Kalau ikut senarai di atas, sebenarnya banyak  perkara yang boleh dikurangkan atau ditiadakan. Paling afdal  kekalkan item 1 dan 5 saja...senang-senang dapat selamatkan ribuan ringgit. Bila dah bina rumahtangga nanti dan ada duit buatlah ulangan sempena ulangtahun perkahwinan dsb...

Kalau teringin jugak berhantaran  pilih yang paling ekonomi. Alaa peduli dengan cakap-orang sekeliling...

Kepada mat-mat motor kumpulkan helmet nostalgia anda atau  rakan-rakan motor anda...dengan sedikit kreativiti boleh dijadikan hantaran...

Amacam ? berani melakukan perubahan...

Nota..: gambar-gambar hasil ehsan rakan fb...

Wednesday, September 26, 2012

Kenapa mesti begini...?

Jika beginilah keadaannya, setujukah anda perokok adalah pengotor...? Hampir semua perokok yang aku temui dengan selamba akan melontarkan puntung rokok sebegini...Aku harap kerajaan akan naikkan lagi cukai rokok dalam bajet akan datang ...





Maafkan aku...

Tuesday, September 25, 2012

SBCC XC Jamboree- MTB Fun Ride...

Tarikh : 24 Sept 2012, Ahad
Lokasi : Bdr Sg Buaya, Hulu Selangor
Jarak trek disajikan: 36KM



 Banyak alasan aku boleh berikan kenapa aku tak menang dalam acara ini..he he..Selama sebulan sebelum acara bermula, tayar basikal sudah pancit. bermakna langsung tak sentuh basikal ini...Walaupun tayar cuba dipulihkan sehari sebelum acara, didapati pancit semula beberapa jam sebelum acara bermula...padahal tiub lama ditukar dengan tiub baru.hu hu..akhirnya terpaksa meminta bantuan sahabat di Sg Buaya untuk dapatkan stok tiub baru lagi...


 Masalah tayar pancit, mengakibatkan kami lewat tiba dilokasi perlumbaan...Seawal jam 8.30 pagi peserta telah dilepaskan..Disaat itu kami masih terkial-kial menukar tiub basikal...selesai menukar tiub, beli karipap  untuk mengalas perut..bayangkan nak berlumba cuma beralasperutkan karipap...sambil mengayuh  nyum-nyum karipap... 15-20 minit masa terbuang sebelum dapat menyertai kelompok belakang...

Rumusan kenapa aku tak menang..1-Tak training 2. tayar pancit 3. tak sarapan. 4. Memang dah tahu aku tak akan menang...ha ha...

 Nama pun fun ride...kebanyakan peserta tak serius untuk menang...menyertai acara sekadar suka-suka sambil beriadah...sebab itu walaupun anda tertinggal beberapa minit hatta jam dibelakang anda masih mampu untuk mengejar dan memotong mereka... macam arnab...kayuh laju-laju pastu duduk melepak sambil sembang-sembang..sudah pasti kura-kura boleh potong...

 Ketika melalui laluan berbukit , bagi yang mempunyai stamina, adalah waktu terbaik untu memintas peserta...
 Saat paling terbaik  menyertai semula kelompok besar, apabila peserta terpaksa berhenti kerana jem..laluan lebar menguncup kerana melalui laluan selorong...ha ha...jangan ingat anda berada dikelompok hadapan, anda boleh meninggalkan kami sewenang-wenangnya...

 Ha ha..dapat juga join grup terawal..tak pasti berapa ramai yang telah berjaya meloloskan laluan sempit ini...rasa-rasa lebih separuh kot terpaksa menunggu giliran...

 Rider yang serius sudah pasti mengambil peluang  tiba dulu dilaluan sebegini untuk meninggalkan peserta kelompok belakang. Sedang peserta lain bersembang, peserta dihadapan berdesup meneruskan kayuhan...

Halangan lagi...


 Serius rider juga tak terliur dengan hidangan sebegini...hanya pelumba santai seperti kami tak melepaskan peluang setiapkali melalui check point .yang menyediakan juadah...pergh ada cendol dan rojak...sepanjang trek sejauh 36KM terdapat 4 checkpoint yang menyediakan juadah ringan...dan peluang begini boleh digunakan untuk memintas seramai mungkin peserta dihadapan...

Akhirnya aku berjaya juga tiba digarisan penamat  dengan iringan kekejangan otot betis ...

 Pemenang pelbagai kategori diraikan dengan hadiah...yang ini kategori vateran..peserta melewati usia 50 tahun..walaupun demikian catatan masa pemenang tempat 1-5 kesemuanya  dibawah 2jam ..betapa sihatnya mereka...peserta paling vateran berusia 64tahun, walaupun tidak memenangi perlumbaan tetapi berjaya menghabiskan perlumbaan bersama kelompok hadapan adalah satu pencapaian hebat...

 Pemenang keseluruhan dengan catatan masa 1jam 19 minit...pemuda berusia 23 tahun...untuk perbandingan betapa jauhnya peserta ini meninggalkan aku dibelakang...kalau dia meneruskan kayuhan dengan mengekalkan stamina yang sama nescaya akan tiba digaris penamat lebih awal dari aku....he he wa tertinggal 1 lap  beb ..catatan masa aku adalah 2 jam 40 minit...

Daripada 1250 peserta, aku dapat tempat ke 745.. tak sangka dapat juga medal...peserta sebelah aku tu top 500...nantilah wa training, wa titik lu..ha ha..

Syoknya menyertai acara sebegini kerana terdapat cabutan bertuah..walaupun tak menang, debaran menanti siapa yang bertuah sangat mengujakan...

Dan...cabutan utama berupa sebuah ATVdimenangi oleh adik ini dengan nombor bertuah 1166...Tahniah...!

Secara keseluruhan kami sangat berpuashati dengan mutu penganjuran..Sangat berbaloi dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50...Dikhabarkan akan ada sedutan majlis semasa program MHI TV3 minggu depan....

Nantikan kemunculannya ok...!

Monday, September 24, 2012

Jom Frazer Hill...

Tarikh 22hb Sept 2012, Sabtu
Mula berkumpul 9.30 pg, BHP Gombak..

Destinasi: Perancangan asal Genting Highland namun beralih arah ke Frazer Hill melalui Bentung
3 perserta bersama GTR1400, RT1200 dan GS1200 . Kebanyakan geng lain yang dipelawa menguzurkan diri.




Seumur hidup pertama kali menuju  Bukit Frazer melalui Bentung. Setibanya disimpang 3, kanan ke Raub/Gua Musang manakala kiri ke Bukit Frazer sausana jalan ditanah tinggi mula terasa. Kenangan menempuh sausana sama di Sumatera dulu segera menyelinap dibenak fikiran.




Jarak perjalanan berliku serupa mini 1000 konar adalah sejauh 30 KM sebelum masuk laluan ke puncak sejauh 8KM. Dahulu laluan ke puncak mengikut jadual Naik/Turun., kerana jalan sempit. Kini tidak lagi kerana laluan mendaki dan menurun telah diasingkan. Mendaki dan menurun mengikut laluan berbeza. Satu perkembangan yang sangat baik..Syabas.


Walaupun dahulu mendaki dan menurun mengikut jadual yang ditetapkan, kekadang terserempak juga dengan kenderaan semasa giliran kita menggunakan laluan tersebut, barangkali masa yang diperuntukkan tidak mencukupi atau pengguna terlalu bersantai atau berhenti dipertengahan jalan. Kita yang sedang leka memandu tersentak apabila tetiba muncul kenderaan lain dilaluan sempit dari arah bertentangan...
Penambahbaikan laluan naik/turun ini sangat bermanfaat kepada pengguna.


He he adat orang berbini..."Bola satu..bola satu  melaporkan...kini di puncak Bukit Frazer ...OVER...!.."


Bagus-bagus bercintan biar berterusan... sentiasa mekar... sesegar bunga di Frazer Hill..ha ha...


Pergh...orang lain pun sayang kat bini jugak lah wei...! 



Konsep terbuka dengan payung-payung ala resort begini yang aku suka...bukannya  payung pasar malam atau zink berkarat...sayang sambungan bumbung gerai dibelakang tidak mengaplikasikan  konsep resort...

Aku suka sausana di Frazer Hill, sausana dingin dan persekitaran tenang lagi bersih sungguh melekakan. Tak sedar kami bersembang dari jam 12.30 sehingga 3.30 ptg.


Pencinta hidupan liar sangat suka bertandang ke sini. Sewaktu kami disana sekumpulan NGO WWF membuat lawatan hutan disana. Dalam perjalanan balik terserempak dengan pencinta-pencinta burung sedang mengendap burung migrasi dengan bantuan kamera  berlensa sebesar pemeluk... pergh...! biarkan..biarkan..ha ha...

Ada kelapangan nanti kami akan kesana lagi...Jomlah..!

Saturday, September 22, 2012

Lagi-lagi fuel pump...!

11 pm 16 Sept 2012, tiba di rumah dari Besut, keesokan 17hb , 4 ptg bergerak ke Johor...temujanji dengan MRSM Mersing pada 18hb Sept., menyelesaikan urusan tertunggak disana..yuran,buku teks, dobi dsb...kalau ikut perancangan, selepas itu kami akan ke Hospital Sultan Ismail JB untuk mengambil laporan perubatan anak..Manusia hanya merancang, Allah menentukan.


Kereta klasik wa buat hal lagi ditempat yang sama...enjin tak mahu hidup...macam tak sudi saja pergi Mersing....entah-entah terkena sumpahan kot ha ha...

Wa terpaksa kontrol macho walhal dalam hati tuhan saja tau betapa geramnya dengan kereta ini..Selama ni wa belai, wa tatang rupanya begini balasan yang wa terima...hangin woo...dihadapan pihak sekolah terpaksa ditunda menggunakan kereta penunda syarikat insuran...jangan-jangan  orang ingat kereta wa ditarik sebab tak bayar pinjaman bank..uish..ishh

 Adat orang berbini..sumbat saja telinga dengan kertas tisu bila bini dan anak membebel...percaya sangat dengan kereta buruk ..pergh..pedih menusuk kalbu beb...

 Kereta terpaksa tinggal dibengkel Mersing...Kami menaiki bas 6 ptg..syok juga erk naik bas, boleh menikmati panorama dari kerusi empok bas...hu hu..

 Macam ribut drebar bawa bas...kecut perut melalui jalan berselekoh antara Mersing dan Rompin...Perjalanan Mersing ke Terminal bersepadu Tasik Selatan, mengambil masa hanya 5 jam...! pukul 11malam tiba disana...

Nampaknya keinginan ke Pulau Tioman dipendamkan dulu..Kalau anak masih bersekolah di Mersing mudahlah tertunai hajat..sambil melawat anak sambil tu melencong melawat pulau...2 dlm 1..Sebagaimana percutian di Pulau Perhentian..,sekiranya anak ke 3 tidak bersekolah di Besut alamat tak ter pergi lah kami ke pulau itu...


Awal -awal lagi aku dah duga, pasti pam petrol buat hal lagi..padahal pam telah ditukar baru semasa mula-mula kena dulu...Pendedahan mekanik membuat hati aku lembut terhadap kereta ini..he he..betul bukan silap dia nak meragam..tapi silap mekanik terdahulu di Ayer Hitam...Wa rupanya telah kena tipu dengan mekanik cina dulu..pam petrol yang diguna rupanya pam petrol kereta Wira yang diubah suai...cinabeng ...!

Takpalah yang sudah, biarlah berlalu..pandang ke hadapan...yang sudah jadikan tauladan...

Ok..ok Wa nak ride ke Genting...member menggelitik mengajak ke sana...Jom...!








Thursday, September 20, 2012

Rumah Tamu MRSM...


Mereka yang mempunyai anak sekolah di MRSM rasanya tahu sekolah memiliki kemudahan tersebut, namun berapa ramai pernah menggunakan kemudahan itu aku kurang pasti. Sekiranya diamati, kebanyakan MRSM sewaktu mula dibina dulu kebanyakkannya berada jauh dari penempatan ramai. Pembinaan MRSM baru pun meniru konsep serupa..jauh dari penempatan..Barangkali sengaja dibina sedemikian untuk mendapatkan sausana pembelajaran yang tenang.  Bila melalui jalan yang sunyi tetiba terdapat bangunan tersergam..itulah MRSM. Kini dek kerana pembangunan di kawasan persekitaran  menjadikan seolah-olah MRSM tersebut dibina dicelah-celah kesesakan bandar.



Sebab itu  semasa pembinaan dulu disediakan rumah tamu untuk pengunjung luar dan ramai yang tak tahu termasuk kami,  rumah tamu turut dibuka kepada ibubapa pelajar. Benar, kami dapat menggunakan kemudahan itu semasa melawat anak kami di MRSM Besut baru ni dengan caj bayaran RM50. Padahal semasa di MRSM Kg Gajah Perak atau di MRSM  Kuantan dulu kami berkeinginan menggunakan kemudahan yang ada..Kami pun silap..tak rajin bertanya...Rugi..rugi..! Ramai ibubapa pelajar mengandaikan rumah tamu hanya dikhususkan kepada tetamu MRSM saja.  Melihat kepada sausana bilik, aku rasa amat jarang dihuni. Sungguh sayang bilik yang luas dengan pelbagai kemudahan tidak dimanfaatkan sebaiknya.


Seiring dengan peredaran masa pihak koperasi seharusnya mengambil kesempatan untuk menjenamakan semula rumah tamu sebagai sumber menjana pendapatan koperasi. Sekiranya diwar-warkan kepada ahli keluarga pelajar aku percaya rumah tamu akan sentiasa penuh terutamanya dihujung-hujung minggu. Biarpun hasil kutipan  tidak seberapa, bila dikumpul membukit juga..Daripada rumah tamu dipenuhi habuk dan sawang lebih baik dimanfaatkan kewujudannya. Sekiranya tahu, ramai ibubapa yang duduk jauh dari sekolah hatta yang tinggal berhampiran  ingin menggunakan kemudahan tersebut untuk berkumpul dan bermalam dengan anak-anak mereka. Kelebihan bermalam dengan anak-anak ini tidak boleh diperolehi sekiranya ibubapa tinggal di hotel atau homestay melainkan mendapat kebenaran membawa anak keluar dari pihak sekolah. Lagipun kami ibubapa teruja untu merasai semula pengalaman tinggal di asrama, satu pengalaman yang tidak boleh dinikmati bila tinggal diluar kawasan sekolah..

MRSM Jeli, mempunyai kemudahan bebarapa unit rumah tamu yang boleh digunakan oleh orang ramai kerana kedudukan rumah tamu tersebut berada ditepi jalan utama dan berasingan dari bangunan MRSM utama. Aku juga pernah menggunakan kemudahan tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan. Aku rasa pembinaan MRSM baru patut meniru konsep ini supaya pihak koperasi dapat menjana pendapatan dari sumber yang pelbagai disamping memupuk semangat keusahawanan dikalangan ahli koperasi itu sendiri.


30hb ini aku akan ke MRSM Besut lagi sempena Majlis Restu PMR 2012...dan awal-awal aku sudah minta anak menempah rumah tamu untuk kami...sementara orang lain belum tahu lebih baik aku chop dulu ha ha...


Wednesday, September 19, 2012

Cuti-cuti Satu Malaysia lagi....

Hujung minggu lepas sempena cuti Hari Malaysia, merupakan hari yang sibuk bagi kami dan pastinya kepada mereka yang mempunyai anak tinggal di asrama. Walaupun baru 2 minggu sekolah bermula setelah cuti panjang sempena hari raya, anak anak diberi peluang bercuti lagi namun tidak untuk pelajar yang akan menduduki SPM dan PMR. Memandangkan hanya sebulan lagi pelajar PMR akan menduduki peperiksaan maka sebagai ibubapa kenalah pulak melawat  mereka  untuk memberi sokongan moral.

Dan tahun ini   2 orang anak aku terlibat dalam kedua-dua peperiksaan itu.. Sesudah subuh Sabtu 15 Sept 2012 kami menjemput anak yang bersekolah di MRSM Trolak sebelum meneruskan perjalananan ke MRSM Besut Trengganu melalui Cameron Highland -Gua Musang-Kuala Krai-Macang-Jerteh...Laluan ini akan menjadi antara laluan tetap kami ke Besut untuk  tahun mendatang selain laluan Kuantan-K.Trg melainkan anak aku dapat berpindah ke sekolah lain . Beliau berpeluang untuk berpindah ke sekolah  berhampiran dengan keluarga setelah PMR nanti. Itupun sekiranya permohonannya diterima.

Seorang pengusaha gerai mencadangkan kami mengikuti laluan C.Highland-Gua Musang-Felda Aring-Kuala Berang-Jertih...ho ho..Kami tak sanggup, kecuali jalan di Felda Aring telah dinaik taraf. Kami pernah bermotor melalui laluan itu dulu  Kenyir-Felda-Aring-pertama kali lalu.

  Kami tak singgah di Hentian Bharat Tea House..ramai pengunjung di sana sebaliknya makan tengahari di Tanah Rata...

Seperti biasa  C.Highland ramai dengan pengunjung, Jalan melalui Tapah  sesak dengan kenderaan sebelum menghampiri Tanah Rata juga apabila menuruni puncak menuju simpang ke Gua Musang..  Berselisih juga dengan kumpulan mat-mat motor besar...tapi tak ramai...hairan.. biasanya ramai mat-mat  motor perang melayan konar Simpang Pulai- C.Highland...

Setiap kali melalui CH aku sering terdetik alangkah baiknya sekiranya usaha naik taraf terus dilakukan untuk menjadikan CH kawasan tarikan pelancong dunia. Aspek kebersihan, landskap dalam bandar, susunatur gerai-gerai dan pembangunan lain perlu diberi perhatian. Yang merosakkan pemandangan adalah gerai yang berselerak selain kebersihan masih ditahap rendah. Payung digunakan pula ibarat pasar malam.. berkeladak pulak tu..Seeloknya diperkenalkan garis panduan penggunaan payung-payung atau bumbung di setiap gerai mahupun kedai. Larang sama sekali penyambungan/pengubahansuaian setiap gerai atau kedai yang merosakkan pemandangan ...Dan paling penting penguatkuasaan segala garispanduan itu..Ishh kenapa tempat pelancongan orang lain sangat menarik dilawati... sayang sausana nyaman sebegini tidak dieksploitasi sebaik mungkin.

Pemandangan yang menarik di Kuala Besut...Muara dilihat dari gerai santapan malam kami...masih kurang pengunjung sebab hujan baru berhenti...

Tiba di Besut jam 6 ptg, bermakna 12 jam perjalanan kami. Paling membosankan laluan antara Gua Musang -Macang- Air Putih..Taktaulah samada keletihan atau keadaan jalan memang teruk atau kedua-duanya. Malam itu kami bermalam di Rumah Tamu MRSM Besut...Yea aku nak tulis pasal Rumah Tamu di entry akan datang...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK