Thursday, September 23, 2010

MALANG TAK BERBAU




Pada 23hb Sept 2010 dalam perjalan balik dari site Kajang, selepas Plaza tol Kajang kemalangan berlaku, sebuah kembara terbabas dalam longkang.Alamak gambar Kembara tak jelas pulak dalam longkang tuu..Shot tergesa-gesa.. Aku tidak pasti status pemandu dan penumpang..keadaan jalan basah ,sebab baru saja hujan lebat ..langit masih gelap jadi cepat-cepat aku beredar dari tempat kejadian..khuatir kuyup di tengah jalan..maklumlah mahu ride jauh ke Rawang..

Sebelum ini kejadian yang aku sempat abadikan dalam kamera phone aku lagi dahsyat,tetapi pemandu seorang apik (yang berpayung biru putih) tidak mengalami kecederaan walaupun Iswaranya terbalik tayar atas. Kejadian yang berlaku di LPT amat menghairankan aku..menurut apik itu dia memandu dalam 90km/jam sahaja...cuaca baik..jalan tiadalah beralun sangat..tapi melihat keadaan kenderaan yang terbongkang tu..macam susah nak percaya kenyataan apik nih..Lu biar betul pik..

Kepada pemandu dan riders berhati-hatilah membawa kenderaan..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK