Wednesday, September 22, 2010

Mana Silapnya



Sana sampah,sini sampah. Kenapa agaknya manusia hilang pertimbangan. Bukan kah ingin yang bersih itu fitrah..? tapi nampaknya kita hipokrit,ramai yang masih berfikiran songsang..Perhatikanlah di mana- mana, fikiran songsang ini bagaikan dimiliki merentasi darjat..baik yang muda, tua, miskin,kaya..buang sampah tanpa rasa bersalah. Tapi yang anehnya bila bala menimpa seperti banjir, maka mulalah masing-masing menunding jari..Nampak macam aneh bukan, tetapi itulah hakikatnya. Sikap tidak apa' menguasai diri..alah buang sampah sikit je..tidak memberi kesan pun kalau hanya sepotong puntung rokok..Bermula dari sepotong inilah pemandangan buruk menghiasi hampir di setiap persimpangan lampu isyarat..Pembersih jalan pun berfikiran tidak apa, bukan disapu dan dikumpul..sebaliknya disapu terus ke dalam longkang..nah ambik kau.. jadi kepada riders yang merokok, harap dapatlah ubah sikap..lepas korang hisap tu puntung padam dan simpan dulu dlm poket..kerja simple je,jgn kerana segelintir terlibat, riders berhemah lain turut terpalit makian orang ramai..Happy riding..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK