20/7/2014 Ahad
Lanjutan dari kunjungan Pulau Ketam. harini Ahad kami ke Pulau Carey, Telok Panglima Garang pula. Tidak sebagaimana kunjungan Pulau Ketam yang terpaksa menaiki feri, kunjungan Pulau Carey tidak dirasakan berkunjung ke pulau kerana pulau hanya dipisahkan oleh sungai yang dihubungkan dengan jambatan. Jika di Pulau Ketam persekitaran dipenuhi dengan hutan bakau, disini pula penuh dengan hutan kelapa sawit milik Sime Darby, maka bertambah hilanglah sausana berada dipulau..
Ini juga kunjungan Pulau Carey aku yang pertama walaupun sering mendengar nama dan banyak kali berkunjung kawasan berhampiran. Adat berkunjung ke pulau mesti cuba mengelilingi pulau melalui jalan persisiran pantai, tapi disini tiada prasarana sedemikian, jadi dapat berkunjung sehingga penghujung jalan ditepi pantai itu sudah memadai, haha barulah merasai betul betul berada di pulau...
Kunjungan harini tertumpu kepada perkampungan orang asli suku Mehmeri yang terdapat ramai di sini, Dua suku utama orang asli di Selangor adalah suku Mehmeri yang tinggal berhampiran dengan laut, manakala satu lagi adalah suku Temuan yang lebih banyak mendiami kawasan pendalaman darat . Difahamkan masyarakat Mehmeri di Pulau Ketam adalah dari kelompok Pulau Carey ini dan masih mempunyai talian keluarga. Maaf jika fakta tidak begitu tepat.
Pusat kebudayaan turut dibina di Kg Sg Bumbun untuk menonjolkan kebudayaan masyarakat orang asli setempat kepada masyarakat luar termasuk pelancong asing. Cuma tak pasti bilamasa sausana disini meriah, melihatkan tiada aktiviti sedang berjalan walaupun dihujung minggu begini.
Aku berpeluang meronda dari kampung ke kampung untuk melihat sendiri sausana perkampongan orang asli di sini. Ternyata tiada perbezaan ketara antara kampong orang asli dengan perkampungan tradisional masyarakat melayu yang lain.. Bezanya di sini terdapat anjing anjing belaan yang berkeliaran di bawah-bawah rumah atau kawasan persekitaran. Jika di pendalaman mungkin boleh juga ditemui babi-babi peliharaan..
Rekabentuk rumah lebihkurang sama walaupun saiz mungkin berbeza. Kini banyak rumah-rumah batu dibina menggantikan rumah-rumah kayu. Binaan baru sebagaimana diperkampongan tradisional melayu lain, kini dibina terus di atas tanah berbanding dahulu yang didirikan di atas tiang-tiang. Pada aku ini trend yang tidak bagus. Rumah bertiang memberikan pengudaraan baik persekitaran rumah, selain mengelakkan banjir menengelami rumah dan lagi binatang melata boleh bergerak bebas di bawah rumah. Binaan agung rumpun melayu dulu begitu menitik beratkan ciri ciri mesra alam sebegini.
Kami bertandang ke Kg Kepau Laut yang dihuni kurang dari 10 keluarga orang asli. Penempatan terbesar adalah di Sg Judah yang terletak tidak jauh dari sini.. Di sana terdapat lebihkurang 50 keluarga. Perkampungan lain antaranya di Sg Bumbun. Difahamkan terdapat lebihkurang 80 keluarga masyarakat orang asli di Pulau Carey. 30 keluarga telah kembali kepada fitrah islam.
Untuk orang pertama kali bertandang memang sedikit sukar membezakan masyarakat orang asli kerana sebahagiannya telah berkahwin diluar lingkungan suku mereka. Namun terdapat ciri unik, kebanyakan mereka berambut kerinting. Ramai yang berkahwin dengan masyarakat melayu . Di sana terdapat juga perkampongan melayu . Yang berkahwin dengan orang cina pun ada..
Kunjungan santai sambil berkongsi juadah sebegini sudah memadai untuk menambat semangat silaturahim dikalangan masyarakat islam setempat dan luar.. Tidak perlu kata-kata bombastik.. Sapaan dan pergaulan mesra itu lebih meninggalkan kesan yang mendalam dihati mereka.
Ole-ole sumbangan ahli kariah masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes Rawang Selangor yang akan diagihkan kepada tetamu yang hadir
Pagawai mewakili pihak JAKIM, MAIS dan JAIS turut ditempatkan diperkampongan orang asli . Kami berpeluang bersoaljawab dengan mereka untuk mengetahui pelbagai maklumat. Bagus juga menempatkan pegawai muda untuk mengemudi dan memantau aktiviti saudara baru di perkampungan orang asli..Mereka lebih memahami perasaan generasi muda. Berbanding warga tua, generasi ini lebih berpotensi untuk kembali kepada fitrah islam. Cuma cabarannya sedikit hebat ujarnya. Masyarakat yang dilahirkan sebagai muslim sering menjadi teladan tidak elok malah dijadikan alasan masyarakat bukan islam untuk menjauhi fitrah islam...Adooi..
Tak mengapalah dengan cabaran itu..Kita berusaha sekadar termampu. Selainnya serahkan kepada Allah.. Dia yang memberi hidayah.
Majlis silaturahim berlanjutan sehingga ke solat terawih. Dalam 11 malam kami meninggalkan Pulau Carey dengan pelbagai kenangan...
No comments:
Post a Comment