Bila manusia terlebih kreatif..Mentang-mentang bolos 7 gol..hehe
Dalam sesatu perlawanan bola atau apa saja sukan, kemenangan hanya ada satu. Hanya yang menang mendapat mata. Melainkan dalam permainan liga, seri masih boleh peroleh mata, namun bila tiba ke satu peringkat untuk menentukan pasukan yang layak merebut tempat selanjutnya hanya kemenangan yang diambil kira. Jika keputusan terikat ..kemenangan tetap akan ditentukan..kalau bolasepak melalui sepakan penalti.
Disebabkan hanya ada satu slot kemenangan, pihak yang menang pastinya gembira dan yang kalah akan berduka.. Harini berita hangat pasal bola pastinya berkenaan Piala Dunia Brazil lawan Jerman..Walaupun kekalahan boleh diterima tetapi kekalahan Brazil semalam memang sukar diterima oleh pasukan dan penyokong pasukan..7-1 pergh...Jumlah jaringan tak mengambarkan kejohanan bertaraf dunia langsung. Kalau permainan hoki memang betol.,.gawang mudah dibolosi sebab bola kecil..Ini bermain bola yang kekadang hendak menyumbat sebiji bola sikit punya perit. Walaupun sukar diterima tetapi itulah hakikatnya.
Jika penyokong negara sendiri fahamlah keterujaan atau kedukaan yang terpaksa dihadapi setiap keputusan perlawanan.. atas dasar patriotik..Tapi kalau penyokong negara luar, pada aku apa untungnya terlalu fanatik terhadap sesatu pasukan. Apa faedah secara langsung atau tidak yang diperolehi..meraikan lebih lebih jika menang atau berduka yang amat jika kalah. Kesian tengok gelagat penyokong fanatik meluahkan perasaan seolah tidak boleh menerima kekalahan pasukan yang disanjung sebagaimana kekalahan pasukan Brazil pagi tadi.. Aku juga penyokong Brazil..
Pada aku rileks la kita sokong suka-suka jer...Kalah pasukan yang ini, pilih saja pasukan lain yang masih mempunyai harapan untuk menang. Tapi itulah manusia.. pelik.. kalau dah suka walau diberi pelbagai pilihan untuk memilih lagi ..pasukan diminati itu juga yang tetap dipuja..jadi pastinya terkesan jika terjadi kekalahan tak dijangka sebegini berlaku. Ermm tak taulah..Kekadang yang terlebih berduka atau tergembira tu bukan penyokong tegar pun tapi lebih kepada meraikan atau meratapi disebabkan kalah atau menang dalam pertaruhan. Mereka ini yang kekadang terlebih emosional...Dan keputusan perlawanan pagi tadi harus ada yang hilang akal...hehe