Sunday, July 20, 2014

Kunjungan Silaturahim Pulau Ketam...

19 Julai 2014 Sabtu


Seramai lebih kurang 70  ahli kariah Masjid Cahaya Iman (MCI) Bdr Country Homes telah membuat kunjungan silaturahim ke Pulau Ketam Daerah Klang Selangor. Feri meninggalkan jeti Pelabuhan Klang Selatan jam 5 petang dan tiba di Pulau Ketam dalam jam 6 petang. Kunjungan untuk menyantuni penduduk islam dan masyarakat orang asli suku MehMeri di sana yang agak terasing dari penduduk luar.. Kunjungan kami disambut oleh Ketua balai polis Pulau Ketam Tuan Jamal. Beliau  nyata terharu menyambut kehadiran kami, sebak ketika membuat ucapan alu-aluan.



Berdasarkan maklumat yang disampaikan keluasan Pulau Ketam adalah 65 km persegi, asalnya dihuni lebih 10 ribu penduduk , disebabkan penghijrahan generasi muda  kini tinggal lebih kurang 6000 penduduk yang tertumpu di  3 lokasi  utama..., penempatan Sg Lima , Sg Dua dan di tempat kunjungan kami ini.. Masyarakat di sana bermajoritikan masyarakat cina melebihi 95 peratus..Sebahagian lagi terdiri dari masyarakat orang asli, pekerja kelong ikan  dari indonesia dalam 400 orang   dan 30 pemastautin penjawat awam yang berkhidmat di balai polis, sekolah juga kelinik kesihatan. Terdapat juga cawangan mini  Maybank.


                       Kelong ikan yang banyak di persisiran pantai...

                         


 Sebahagian masyarakat orang asli- Terdapat 5 keluarga orang asli suku MehMeri...Meh bermakna orang dan Meri bermaksud hutan...

Masyarakat islam terdiri dari 5 keluarga saudara baru dan sebahagian besar 30  penjawat awam di atas. Kebanyakan penjawat awam hanya berada di sana ketika minggu berkerja dan akan kembali ke tanah besar di hari kelepasan am dan hujung minggu. Walaupun pekerja islam indonesia agak ramai tetapi mereka sepenuh masa berselerak  dikelong luar persisiran pantai dan terpisah dari aktiviti masyarakat setempat.


Basikal yang boleh disewa denngan kadar RM5 sehari...


Hanya basikal atau kenderaan berenjin elektrik.dibenarkan.. Bagus..tiada  pencemaran udara dan bunyi  



Pencemaran udara atau bising tiada tapi pencemaran alam melalui sampah yang dibuang merata sangat berleluasa...

Keseluruhan pulau adalah kawasan paya bakau, jadi tiada penempatan darat ..Prasarana awam dan binaan bangunan dibina bertiang dipersisiran  pantai, sebagaimana penempatan di kampung air. Mode pengangkutan menggunakan basikal dan motor elektrik. Ingin  merasai pengalaman di tempat baru, aku berkesempatan meronda di kawasan kunjungan dengan menyewa basikal dari pihak hotel/ rumah tumpangan.untuk melihat sausana dan aktiviti masyarakat setempat. Sebahagian besar penduduk adalah nelayan. Sausana pekan sebagaimana di pekan-pekan kecil tempat lain tapi aktiviti perniagaan lebih terarah kepada perniagaan makanan dan restoran...Toleh kiri kanan kedai makan, depan kedai makan .., di merata tempat melihat orang makan..haha .. Lagipun kehidupan di pulau, bukannya sebagaimana penduduk di tanah besar yang terpaksa membelanjakan pendapatan untuk pelbagai perkara remeh, beli rumah, beli rumah lagi .., beli kereta , beli kereta lagi..baiki rumah rumah .., baiki kereta kereta, bersedekah di tol plaza dan pelbagai perbelanjaan terpaksa lain ..Bagi mereka apalah sangat yang boleh dibelanjakan wang yang diperolehi selain makan, makan dan makan...juga berhibur di pub dan pusat-pusat karoake..





Hasil rondaan aku mendapati, sebagaimana kehidupan di pulau-pulau kecil lain, masalah pembuangan sampah adalah kronik..Tiada tempat pelupusan sampah sempurna..Sampah dibuang begitu saja dimana -mana  dan sangat mencacatkan pemandangan lagi menyakitkan hati. Selain itu masalah air..Walaupun hidup dikelilingi air, mereka bermasalah mendapatkan air bersih . Air bersih  diperolehi dari tanah besar melalui paip air dasar laut sering mengalami keputusan bekalan.. Penduduk mengadu telah hampir sebulan tidak mendapat bekalan air sempurna kerana paip utama mengalami kebocoran serius. Air diperolehi dari tangki-tangki yang disediakan oleh pihak SYABAS ataupun pembekal persendirian.., namun tidak cukup untuk menampung keperluan.



Penduduk orang asli menikmati juadah berbuka..




Hidangan utama berbuka di Pulau Ketam semestinya ketammm...

Majlis sumbangan duit raya dan hamper..



 Wa tatau ..wa tatau cakap..haha Mohamad Ho Abdullah ketika diminta memberi sepatah dua kata...

                        
Penduduk asli juga menerima sumbangan..

Malam itu kami bersama beberapa penduduk islam setempat berbuka puasa bersama-sama dan kemudiannya sembahyang  magrib  isya dan terawih berjemaah.. Majlis diadakan di Balai Islam pulau ini yang digunakan untuk aktiviti penduduk islam setempat..Tapi sedia maklum disebabkan kekurangan jamaah, aktiviti sangat terbatas.. Dimaklumkan baru kali kedua pogram meriah sebegini diadakan di sini sepanjang bulan ramadhan ini. Kami turut menjemput masyarakat orang asli untuk turut bersama majlis berbuka puasa walaupun mereka mulanya malu-malu untuk turut serta..Kami tidak islam ujarnya...


Majlis tamat jam 11 malam dan rombongan kembali semula ke tanah besar menaiki feri yang disewa khas.. Jam 12 malam tiba semula di Jeti Pelabuhan Klang...Walaupun ringkas diharap kunjungan ini dapat memberi impak besar kepada masyarkat islam disana..Semoga sinar islam terus bercahaya di pulau itu..Jomlah rakan-rakan, kita turut menyertai pogram-pogram sebegini untuk menyemarakkan semangat ukuhwah dikalangan masyarakat islam ditempat-tempat terpencil begini..Jom jom geng...!




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK