Tuesday, October 8, 2019

Pisang Serendah...


Rabu  9hb Okt 2019.

Dh pesan kat kawan, nanti dulu nak bagi benih pisang...Mesin pengorek dah hantar bengkel tak siap lagi...Ermm tak menyempat, terus dihantar rumah.. Dah korek cabut katanya..

Kita ni bermenong nak menggali lubang secara manual, memikirkan  akar pokok kayu besar berselirat..Mau tak mau paksakan diri menyangkul ..Lima lubang  nak dikorek..Kalu ikut bacaan internet, setiap pokok memerlukan lubang 450x450x600 jarak 2m.. Mengah juga nak mengorek secara manual.
                 
                


Betul orang kata, dimana ada kemahuan disitu ada jalan, nak seribu daya taknak seribu dalih..Daripada tanah kosong ni semak jadi markas nyamuk dan ular, kita tumpang sekaki bercucuk tanam..

Kita ni bercucuk tanam sebagai aktiviti riadah, tenaga tak segagah petani sepenuh masa..Tak larat buat banyak,  sehari buat sikit, lama lama siap juga..

5 lubang akhirnya siap..



Ada lubang dah dibiarkan semalaman, yang baru korek terus tanam pun ada..Baja taik ayam tak cukup untuk semua lubang, akan ditabur kemudian. Tak tau yang mana satu benih Pisang Tanduk, mana yang benih Pisang Serendah . Hentam sajalah.

Dah rujuk kat kawan- kawan yang bertanam pisang, ok saja tanam pokok pisang walaupun agak terlindung cahaya sebab pokok besar disekeliling... Jiran sebelah rumah bagitau, pokok pisang perlukan cahaya yang banyak untuk berbuah cantik..Tak pa, kita tunggu saja lah hasilnya nanti.


Hah kawan pesara kerajaan, yang tak menyempat memberi benih pisang...Sepadan dengan namanya Pisang Serendah, walaupun ketot tapi telah mengeluarkan hasil.


Ini pula pucuk moringai atau pucuk kelor  yang baru penulis petik. Pokok superfood  yang sangat banyak manfaat kesihatan tanpa kesan sampingan. Daun boleh di makan begitu saja atau dimasak ..atau dikeringkan sebagai serbuk untuk  dijadikan ramuan dalam pelbagai makanan dan minuman. Setelah mengetahui manfaatnya, banyak pokok ini penulis tanam di bahu jalan..

Tak rugi berbudi pada tanah...Jom jom berkebun..



2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK