click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, October 24, 2019

Ronda Balkan D5-Drubovnik Crotia..


Sudah 4 mlm kami bermalam di Balkan..Tentang kebersihan tandas hotel, penulis bagi perfect 10 .

Kebersihan persekitaran tiadalah begitu bersih, namun tandas dan bilik hotel adalah perfect...Tiada satu kesan kotor pun dijumpai. Bilik dan tandas sangat cantik, peralatan semuanya seperti baru di beli dan pasang..Kualiti binaan  1st class...Bertanyakan penyambut tetamu, rupanya hotel ke 4 di Neum Bosnia ini pun baru 3 bulan beroperasi...Mungkin pemilik-pemilik hotel sedang memperomosi hotel mereka kepada operator pelancongan.




Pemandangan teluk yang cantik dari balkoni bilik hotel.


Negara-negara kecil balkan berjiran, jarak hujung ke hujung tidak melebihi 200km dan banyak tempat berkongsi sempadan yang sama. Hari ke5 Balkan walaupun hotel di Bosnia, lawatan pagi adalah bandar Drubovnik Crotia iaitu sejam lebih perjalanan.

Diberitahu Crotia dan Bosnia Harzegovina, 2 negara cantik di Balkan. Yea penulis setuju..






Untuk mengelak kebosanan didalam bas terdapat sesi suaikenal sesama peserta. Peserta rombongan  diminta memperkenalkan diri dan  bercerita  tentang pengalaman percutian-percutian terdahulu. Ternyata ahli rombongan memang kaki berjalan. Peserta vateran grup adalah pakcik berusia 79tahun. Kebanyakan yang lain adalah pesara guru, pesara kerajaan atau berkerja sendiri.














Sepatutnya sesudah Drubovnik, Crotia lawatan diteruskan ke  Kravice Waterfall Bosnia.
Dikhabarkan lawatan Balkan tidak lengkap tanpa singgah disini.

Untuk ke air terjun, perlu melalui imegresen lagi. Sebagai negara yang baru berpisah, imegresen disempadan tersangat ringkas seperti plaza tol saja.

Sistem komputer di imegresen tidak berfungsi hari itu.. Pemandu bas tempatan yang biasa dengan situasi ini menggunakan laluan tikus untuk memasuki Bosnia secara haram



Perjalanan yang disangka sekejap mengambil masa tersangat lama, memandu bas dijalan sempit berliku dipergunungan Bosnia. Ada sebahagian jalan sedang dibaikpulih.




Sebagai sebuah negara baru situasi pencerobohan sempadan sangat normal. Kawalan disempadan masih sangat longgar.




Selesai melalui jalan pergunungan yang mendebarkan, singgah solat diperkampungan Bosnia.

Masa terbuang melalui jalan tikus, trip ke air terjun Kravice dibatalkan dan diubah  keesokan hari sebab hari telah beransur gelap.

Sebagai ganti singgah di Blagi-Tekija.




Uniknya Blagi-Takija ini adalah sumber air sungai berpunca dari air bawah tanah didalam gua ini.

Selalunya air sungai dalam gua berpunca dari dinding, atau bumbung gua..tapi yang ini dari bawah tanah macam kolam air panas..Bezanya yg ini air tawar sejuk...Hanya ada dua kejadian mcm ini di europe dan ini terbesar.








Ramai pelancong Malaysia datang ke sini sehinggakan penjual gerai mampu bercakap Bahasa Melayu.

Singgah singgah! Cantik cantik..! Murah murah.!.


Lawatan hari ke 5 Balkan berakhir di sini. 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK