Salam Isnin.
Harini penulis nak membebel sikit, tak tahan dengan sikap sesetengah masyarakat yang suka membuang sampah merata. Penulis mengambil inisiatif, cuba mengutip sampah dilaluan berjoging yang selalu penulis kunjungi. Bukannya mencari, tapi memungut sampah yang berada dilaluan jogging sahaja.
Tak panjang trek jogging dalam 2km sekali pusingan..Kawasan jogging dijaga, rumput elok berpotong, sampah pun sering dikutip..Walaupun demikian pengunjung tetap tegar mencampak sampah mencacatkan pemandangan indah. Sampah-sampah ini sangat menyakitkan mata.
Selalunya penulis dapat kutip paling kurang dua karong beg plastik yang selalu orang guna ketika berbelanja, kekadang 3 beg. Itu tidak dicari, jika dicari dicelah semak nescaya dua plastik sampah besar pun belum tentu mencukupi..
Sampah sampah yang selalu dikutip adalah botol plastik, botol kaca, tin minuman , cawan plastik, bungkusan minuman plastik, kotak rokok, kotak air dan ada juga lampin bayi ..Tak tau dimana silapnya. Tak perlu bawak karong plastik dari rumah sebab karong plastik pun pengunjung campak begitu saja.
Nanti jika bermusibah seperti banjir kilat, wabak denggi merebak, wabak kencing tikus dsb kita akan menuding jari kepada semua orang padahal puncanya bermula dari diri kita juga.
Kegoblokan ini yang penulis sukar fahami.
Mulai saat ni jomlah berazam, kita ingatkan diri sendiri, anak beranak, jiran tetangga dan sahabat handai untuk sama sama menjaga kebersihan kawasan..Jika bersembang di media media sosial jangan lupa menyelitkan peringatan ini..Wajib diingatkan berkali kali supaya lekat dibenak pemikiran setiap orang supaya menjaga kebersihan.
Jom jom kita berubah, kita mampu mengubahnya.
Harini penulis nak membebel sikit, tak tahan dengan sikap sesetengah masyarakat yang suka membuang sampah merata. Penulis mengambil inisiatif, cuba mengutip sampah dilaluan berjoging yang selalu penulis kunjungi. Bukannya mencari, tapi memungut sampah yang berada dilaluan jogging sahaja.
Sampah sampah yang selalu dikutip adalah botol plastik, botol kaca, tin minuman , cawan plastik, bungkusan minuman plastik, kotak rokok, kotak air dan ada juga lampin bayi ..Tak tau dimana silapnya. Tak perlu bawak karong plastik dari rumah sebab karong plastik pun pengunjung campak begitu saja.
Nanti jika bermusibah seperti banjir kilat, wabak denggi merebak, wabak kencing tikus dsb kita akan menuding jari kepada semua orang padahal puncanya bermula dari diri kita juga.
Kegoblokan ini yang penulis sukar fahami.
Mulai saat ni jomlah berazam, kita ingatkan diri sendiri, anak beranak, jiran tetangga dan sahabat handai untuk sama sama menjaga kebersihan kawasan..Jika bersembang di media media sosial jangan lupa menyelitkan peringatan ini..Wajib diingatkan berkali kali supaya lekat dibenak pemikiran setiap orang supaya menjaga kebersihan.
Jom jom kita berubah, kita mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment