Day 8 , Jumaat 25Okt 2019
Menuju ke Bihac, Bosnia. Bandar bersempadanan dengan Crotia. Lawatan Balkan akan berakhir di Crotia. Penerbangan balik Ahad akan melalui Zagreb.
Perjalanan yang agak jauh dari Serajevo hampir 6 jam. Kiri kanan jalan ke utara disajikan dengan pemandangan berkabus gunung ganang berhutan, berbeza dengan sebelah selatan yang bergunung-ganang hampir gondol.
Dalam perjalanan itu menyinggah dibeberapa tempat menarik.
Singgahan pertama Travnik Fortress.
Kubu pertahanan yang wujud sejak zaman perang dunia pertama lagi.
Singgahan ke Dua Tasik ..Ermm dh tak teruja untuk mengetahui nama tasik.
Singgahan ke 3 air terjun lagi.
Air terjun yang ini sangat unik. Pemandangan seperti diposkad. Rumah- rumah kayu mini dibina diatas aliran air terjun
Penulis musykil bagaimana air sungai boleh mengalir begitu tersusun ditanah agak rendah.. Siasatan dibelakang rumah mini, mendapati air terjun adalah buatan. Limpahan air tasik diolah supaya aliran air bercabang dan membentuk air terjun yang cantik..Sunguh kreatif.
Rumah rumah mini adalah model stor kayu tempat penduduk memproses gandum menggunakan kincir air.
Singgahan ke 4..Mescid Malezija. Masjid Malaysia yang disumbangkan kerajaan Malaysia, bantuan pasca perang 95
Malam tiba di Bihac. Makan malam dah boleh agak apa yang bakal dihidangkan nanti.
DiBalkan sejak hari pertama sehingga hari ke 8 ini, dihidangkan menu yang hampir sama...Senang sungguh kursus kulinari dan tukang masak disini. Selera penduduk tempatan semacam sama.,langsong tiada kepelbagaian menu.
Sarapan macam biasa roti,roti, roti, telor..
Tenghari dan malam,
Salad,tomato, kobis, jeruk zaitun..roti..sup cendawan
Maincourse kentang goreng, ayam goreng tanpa minyak/chicken cop dan kekadang burek.
Burek ni semacam roti prata gulung berinti ayam atau daging.
Menu ikan hampir tiada, mungkin sukar mendapat bekalan ikan kerana negara balkan dikelilingi gunung ganang.
Ermm kembang dah anak tekak ...
Esok kami akan ke Crotia...
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q