click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, October 22, 2019

Ronda Balkan D3-Albania


Rupanya ramai peserta resah sebab line internet bermasalah dihotel...Seawal jam 6 pagi ada yang telah membawa turun bagasi, walaupun trip bermula jam 8pagi...Kalau boleh tidur ok juga tp mata seawal jam 1 pagi  telah  terjaga tak mau lelap.






Harini akan  memasuki Albania., salah satu negara balkan, bekas negara  fahaman komunis dibawah kesatuan Yugoslavia dulu. Sementara itu peserta dibawa lagi ke Tasik Ohrid untuk berbelanja cenderahati Macedonia sebelum memasuki sempadan Albania 2 jam perjalanan.









Gereja yang dibina di zaman Benzantyne dijadikan masjid dizaman Uthmaniah dan dijadikan muzium  semasa dibawah kerajaan komunis Yugoslavia dan kini dijadikan muzium dan gereja..











Menuju ke sempadan...

Menyeberang sempadan, mudah. Peserta tidak perlu turun dari bas, hanya menyerah pasport melalui pemandu pelancong tempatan. Kompleks imegresen disempadan juga sangat simple,  kenderaan tidak banyak disempadan.

Impresi pertama memasuki kawasan bandar Albania, penulis berpandangan Albania lebih maju berbanding Macedonia. Di ibu negara Albania, Tirana banyak bangunan bangunan tinggi dan moden.

Lawatan pertama Albania adalah Elbasan Castle. Satu satunya istana di Albania yang dibina ditanah rendah. Istana yan dibina dizaman kesultanan Othmaniah menempatkan penempatan kem tentera, masjid dll. Castle kelihatan kecil diluar tapi sangat luas di dalam..Binaan yang dibina dibawah aras tanah.











Kebebasan agama mula dipraktikkn sejak kejatuhan fahaman komunis. Banyak  masjid dibina atas biyaan kerajaan Turki,  begitu juga dengan membaikpulih masjid lama. Hasrat menunaikan solat zuhor asar  di Grand Mosque Tirana tidak kesampaian kerana masjid belum siap sepenuhnya...






Masjid Ethem berdekatan Dataran Tirana.

Masjid lama yang dibaik pulih juga begitu dibiayai kerajaan Turki..Seluruh bangunan masjid ditutup untuk kegunaan awam.




Dataran Tirana...


Bunker Muzium...Hanya bergambar dipintu masuk, mungkin muzium di aras basemen.


Di Albania kami hanya melawat  ibunegaraTirana, tak banyak tempat disinggahi.


Esok kami akan ke Montenegro..




2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK