Jelajah kebun memburu inspirasi diteruskan..Kaliini di pendalaman pinggiran Hutan Simpan Empangan Sg Tengi, Kg Orang Asli, Sg Selisik Hulu Bernam...
Apa guna berhabis modal membuat camperKembara jika tidak dimanfaatkan.
Kita menyangka kebun kita sudah ceruk rupanya kebun rakan ini lebih terpencil, terpisah dari penempatan awam orang asli sejauh lebih 1km...Dari jalan utama melebihi 5km. Dari perkampungan orang asli ke kebun hanya boleh diakses dengan kenderaan 4wd. Biarpun terpencil rakan bersendirian mengusahakan kebun berkeluasan 3 ekar dengan pelbagai tanaman dusun, kopi, koko, kolam ternakan dll.
Menyangkakan hanya sebuah pondok kebun ternyata bukan..Rumah kebun serba lengkap bersaiz rumah kampung 24'x42' tak termasuk tambahan kanan kiri untuk menyimpan peralatan kebun..
Dalam kita melayan laluan offroad kebun sawit dan getah setibanya disajikan dengan dusun terjaga dengan suasana rumah kampung tradisi...terlupa yang kebun ini jauh terpencil.
Punca air dari hutan simpan kekal Empangan Sungai Tengi...
Bekalan elektrik dari generator dan tenaga solar..
Anjing sebagai teman setia mengawal pencerobohan haiwan liar..
Rumah kebun dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi, namun kita memilih mandi di anak sungai, air segar dari hutan simpan.
Unggun api dinyalakan untuk mengasap persekitaran, menghalau serangga kalkatu juga nyamuk...
Kedudukan rumah kebun ditengah tengah kehijauan hutan simpan dan tanaman kebun..
Walaupun boleh saja menginap di rumah kebun tapi kita memilih bermalam di dalam Kembara. Ingin menguji kelengkapan kabin tidur. Sebagaimana camping yang pertama, ujian bermalam ke 2 ini juga diiringi dengan hujan lebat, jadi tiada masalah kepanasan tidur di kabin..Kanvas sisi berfungsi dengan baik, tiada kebocoran walaupun membiarkan pintu sedikit terbuka untuk udara segar masuk. Kipas bateri juga bertahan sehingga pagi..
Walaupun keseluruhan sangat berpuashati masih ada ruang penambahbaikan supaya lebih selesa dalam apa jua cuaca...