click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 10, 2024

Ciku Mega...



Alhamdulillah, pokok ciku mega berjaya dibiakkan. Walaupun tot kali ini agak lama, kerana tidak menyapu penggalak akar pada pangkal yang di tot, akhirnya batang  mengeluarkan akar juga..cuma 2  dari 5 batang tidak mengeluarkan akar sempurna, baru mula berakar berbanding 3 lagi akar telah banyak...beranggapan akar tergumpal didalam tanah, kita potong kesemua batang, masa dipindahkan ke polibeg baru perasan akar  tersangat baru..harapnya hiduplah..

Tak hidup pun ok, ada banyak dahan lagi yag boleh di tot..penggalak akar pun dah beli.

Pokok indok di tepi rumah telah berbuah, ditanam sejak pkp lagi, dibeli secara atas talian, harga tak silap dlm rm35 sepokok tak termasuk pos. Daripada rimbunan pokok dicantas begitu saha lebih baik di tot untuk dipindahkan ke kebun bukit..Banyak penjimatan.

Di kebun bukit, sepetak kawasan boleh memuatkan 15-20  pokok ciku..Sepokok yang telah ditanam, sekarang sudah berputik...

Kita tanam saja dulu..Apa nak dibuat dengan buah-buah nanti kita fikirkan kemudian..



2 comments:

  1. wah ciku mega ni besar ni wak. Semuga yang di tot semuanya menjadi. Boleh jadi ladang ciku gitu. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Ermm mungkin pokok baru belajar berbuah,buah tidak begitu besar sgt..tp alhamdulillah lah

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK