click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 23, 2012

Kembara Turki 2011-Masjid Abu Ayub Al Ansari, Grand Bazaar...



Lawatan berikut adalah ke Masjid Abu Ayub AlAnsari...salah seorang sahabat Nabi Muhamad SAW...Beliau dipercayai wafat didaerah ini...walaupun kubur beliau tidak diketahui secara tepat dimana tapi satu kubur dibina sebagai simbolik memperingati beliau diperkarangan masjid ini.




 Masjid ini bersejarah..Masjid pertama dibina di Istanbul, setelah tentera islam yang turut disertai Abu Ayub Al Ansari, berjaya menjatuhkan  Kerajaan Constantinople.

Masjid dibina pada tahun 1459..! Walaupun demikian bangunan masjid telah beberapa kali dinaik taraf..bukan ori lagi...



Kebab ini yang aku cari, hampir 10 hari disini baru dapat merasai kebab ini...kebab ada macam-macam kebab, sish kebab..doner kebab...dan macam-macam nama kebab lagi..Doner kebab yang sangat aku minat. Harga boleh tahan mahal 7 lire atau hampir Rm14 tapi makan berdua pun rasa tak habis...bila dah jumpa ni, pantang rasa lapar, kebab yang aku cari..ha ha...

Walaupun gerai di tepi jalan, tapi susunatur bersih dan kemas..sungguh menceriakan...Bila dahaga boleh la cari jus delima atau oren....masam-masam manis campur sedikit kelat....bagi yang tak suka sehingga berkerut dahi dan pejam mata nak meneguknya...

Grand Bazaar...Walaupun bangunan lama tapi anggun dan menawan...



Sausana hiruk pikuk di Grand Bazar...sungguh luas...kena ingat dari pintu mana masuk tadi supaya mudah bertanya bila nak keluar nanti...Bangunan ciri klasik  dibina beribu tahun dulu...tapi yang pasti susunatur dan hiasan barang dagangan sungguh memikat...Harga boleh tawar menawar...leceh la juga nak tawar menawar..kenapa tak  letak je harga tetap yang standard murah...bila dah tengok harga, rasa nak beli..beli, taknak beli boleh belah gitu saja...Ini dah berjam tawar menawar akhirnya tak jadi  beli...Kami orang lelaki bukan macam orang perempuan, boleh singgah berjam membelek dan menawar...kekadang tu sehingga 70 peratus boleh off ...kalau tak pandai menawar alamat kena ketuk le..!

Serba serbi cantik, gerai cantik..orang cantik...he.. he..


Saturday, January 21, 2012

Selamat bercuti...

Lori tangki ni rosak ditengah jalan betul-betul diselekoh tajam..siang boleh tahan serba serbi kelihatan..kalau malam...? Mana pergi driver ni tak taulah , kon keselamatan  takda..issshh..naya-naya,,,!

Aku percaya ramai yang pulang ke kampung halaman sempena cuti panjang Tahun Baru Cina nih..Selamat pulang dan kembali aku ucapkan. Berhati-hati di jalanraya, malang tak berbau, kecuali terlangar lori babi, lori lembu dll...Jangan asyik layan mesej atau twitter atau fb dihandphone. Kalau korang perasan phone sekarang sekejap-kejap dapat mesej..ingatkan penting sangat rupanya promosi-promosi yang dihantar dari pelbagai pihak termasuk syarikat telco dll. tak usah kalut melayan mesej yang masuk...Tulisan dihandphone dah le kecik, bagi yang berumur terpaksa ditenung dekat atau dijauhkan phone baru nampak...argh naya hilang tumpuan  semasa memandu..Tumpukan konsentrasi semasa pemanduan..Bila mengantuk berhenti dan lelapkan mata sebentar..takda benda yang nak dikejarkan sangat...

Selamat pergi dan kembali. Ingat orang tersayang...

Friday, January 20, 2012

Orang berilmu, orang tak berilmu...

Sebenarnya dah lama nak cari jalan bagaimana nak menghalau lebah yang bersarang dipokok hutan yang aku tanam..bermula sebesar penumbuk, membesar sehingga besar bola plastik kanak-kanak. Bila lama tak dicantas, semakin merimbun lah pokok tu dan semakin nyamanlah lebah bersarang dicelah-celah rimbunan daun...

Ada pelbagai cara nak halau lebah yang bermain dalam kepala hotak aku antaranya bakar saja dan kalau tidak pun aku nak serkop sarang guna karong plastik. Persediaan yang dah aku fikirkan daripada disengat adalah dengan mengenakan sut bermotor lengkap dengan helmet ful face...ngeri beb bila baca artikel, sengatan lebah boleh membunuh...

Dari sehari ke sehari tak terbuat semua tu, lagi pun adakah cara yang aku fikirkan itu adalah kaedah terbaik..?Kalau aku bakar, habislah kebun aku ha,ha..lagipun laman jiran sebelah pun  banyak juga pokok-pokok merimbun, silap-silap turut menyambar ke sebelah...rentong semua pokok yang dia tanam...Kalau aku serkop sarang guna karung plastik, terkejut lebah nanti habis kena serang orang keliling..hu hu..Buntu aku..buntu...!

Kebetulan masa aku lalu nak balik rumah malam tadi, ada pasukan bomba datang ke rumah jiran setaman..adalah 6 rumah berselang rumah aku..Ini sudah cukup baik..wa berhentikan kereta dan bertanya la apa lagi...

"Buat apa tu Encik..?"

" Halau lebah..."

" Hah sedang elok lah tu, kat rumah saya pun ada sarang lebah, nak mintak tolong halaulah..."

Tak lama kemudian tibalah pasukan bomba dengan 6 orang anggota memulakan operasi menghalau lebah rumah aku, jiran-jiran terkejut datang juga rumah aku menanya...kenapa..? kenapa ..?why..? ha ha...

Korang tau berapa lama pihak bomba sudah kasi bunuh itu lebah..? he he..tak sampai dua minit...disemburnya guna ridsect ..selesai...laa sikit punya penat aku memikirkan bagaimana nak menghalau lebah, lama tu je pihak bomba ambik...berbeza kan orang berilmu dan tak berilmu...

Kesihan pihak bomba, perkara remeh macam ni pun mereka terpaksa bersusah-payah layan panggilan orang ramai...

Entah-entah ada juga orang yang panggil bomba bila cicak terjatuh dan berpaut dalam baju yang dipakai..ha ha..




Syabas kepada pihak bomba...!




Thursday, January 19, 2012

Siri Kembara Turki 2011-Hagia Sophia dan Istana Topkapi


Tinggi dome 56 meter, bagaimana orang dahulu membina dome setinggi dan sebesar itu masih mencetuskan perbahasan..ada yang kata ditambak tanah di sekeliling bangunan kemudian dikorek semula dan pelbagai andaian lagi..aku rasa diorang guna perancah juga.....kalau macam binaan piramid tu memang sungguh menakjubkan...walaubagaimanapun struktur binaan memang hebat..namun .menara dan dome pernah runtuh semasa istanbul dilanda gempa bumi..

Hagia Sophia dari kejauhan..

Apabila kerajaan Contanstinople berjaya ditumbangkan gereja ini dijadikan masjid. Lukisan dinding tinggalan gereja masih jelas kelihatan...Masjid diubah kepada muzium dizaman Kamal Atartuk..

Bersebelahan Hagia Sophia adalah Istana Topkapi.  kini telah dijadikan muzium juga..Muzium mempamirkan koleksi-koleksi sultan dll. Masjid Biru, Hagia Sophia dan Istana adalah berdekatan sebab tu kawasan disini sentiasa dipenuhi dengan pelawat...Anak-anak turki sungguh teruja bila diajak bergambar bersama..



Di perkarangan Istana Topkapi. Luas memang luas tetapi istana raja sekarang aku rasa lagi luas sebab diperkarangan istana pun ada padang golf..

Pemandangan pintu masuk utama istana...

Pemandangan dari perkarangan istana berlatarbelakangkan Laut Marmara

Kalau ditanya aku, secara peribadi aku berpendapat taklah gah sangat istana ini..tetapi yang menjadikannya hebat adalah sejarah disebaliknya, dimana disini dulu tinggalnya seorang raja yang mentadbir hampir sebahagian besar dunia...Empayar yang paling besar dan paling lama tercatat dalam sejarah..maklumat lanjut boleh rujuk lagi di internet...

Wednesday, January 18, 2012

Siri Kembara Turki 2011--lagi jalan-jalan Istanbul...










Sori, internet hari kureng cergas...nak upload lembab, pastu gambar keluar pulak garis-garis..

Monday, January 16, 2012

Santapan Selera Rimba...

Janji pukul sembilan nak gerak, tapi dah pukul 11 ada peserta tak tiba lagii...bila rider bawak pasangan begini le jadinya...mengadap depan cermin berjam barangkali..issh...kita kan nak pergi ride, capai apa yang sempat je kak...calit gincu atau sapu bedak lebih kurang ..lainlah kalau nak menemankan laki menerima gelaran datuk di istana...! ha ha..



Hampir tiap kali kami singgah di tempat makan ini, pasti ada kumpulan bermotor lain yang turut berada disitu. Tahniah kepada tuanpunya kedai, kalau servis dan makanan tak tip top tak kan pengunjung kembali semula ke kedainya. Terdapat sudut khas di kedai yang memaparkan gambar-gambar geng motor menikmati juadah disini..HOG,VOG,GOA..argh macam-macam lagi nama pelik kelab lah...orang yang berkelab JSS macam aku pun ramai. Kelab Join Sana Sini..ha ha..


Lokasi Selera Rimba  Sg Lembing, Kg Belia Dua , Sg Besar Selangor, bagi mat-mat motor memang strategik...1, jauh, sesekali buka selimut motor kena lah panaskan enjin jauh sikit.. 2, boleh layan highway 3. boleh layan serba sikit konar jalan negeri / jalan persekutuan atau jalan felda 3..bagi mamat motor DP jalan rosak dan berombak tu yang diorang suka...


Seramai 16 peserta join trip kali  ini bagi meraikan sahabat rider ni yang naik pangkat JUSA C..Profesor Dr Ikhwan Toriman, anak jawa Pontian..ha ha.., wa tumpang bangga beb, beliau mencipta sejarah kerana gelaran Profesor dan pangkat JUSA C tu kebiasaanya  dianugerahkan kepada mereka berumur 45 tahun keatas...Beliau baru je masuk 42..Kebiasaannya orang yang dirai, sahabat handai membelanja...tapi kali ini orang yang  naik pangkat dan dapat duit tambahan kena belanja kami...Ala kalau setakat belanja daging landak goreng berempah, rendang rusa, ikan baung masak tempoyak serta ulam ulaman apalah sangat...air pun cuma jus mangga bancuh jerk...duit elaun mesyuarat  makan tak habis bro..!, tak sentuh gaji pokok pun..seronok orang kerja gomen..masyuk lebat beb...pencen pun ada kenaikan tahunan..!

Jangan serik-serik belanja kami yea..!

Saturday, January 14, 2012

Siri Kembara Turki 2011-Blue Mosque Istanbul...

Ok aku sambung coretan kembara bumi Turki..

Dua malam lagi kami akan berada di Bumi Turki sebelum berangkat pulang...sebagaimana aku tulis dulu walaupun negara orang indah untuk dilawati, bila lama sangat disana rasa bosan mula menerjah. Teringat kerja, teringat anak-anak yang ditinggalkan, tekak pulak dah mula mual nak menelan makanan yang dihidang dsb...


Maaflah yea , aku berkenan sungguh kalau dapat bawak atau tengok trailer macam ni...aku pun minat kumpul model-model trailer seperti ni...tak dapat yang real dapat yang model pun cukup mengujakan...lagi syok kalau tengok trailer yang bersih berkilat...pergh..


Jalan di antara Ankara dan Istanbul adalah baru dan lebar yang dibina semula kerana jalan disini pernah rosak teruk digegar gempa bumi pada tahun 1999...satu terowong yang dalam pembinaan terpaksa ditinggalkan kerana mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa mengubah laluan asal...gempa bumi  di Istanbul pada 1999 itu telah mengorbankan 18000 nyawa...banyak apartmen baru dibina disepanjang jalan menuju ke Istanbul oleh kerajaan Turki untuk menggantikan rumah-rumah yang ranap menyembah bumi.. Gempabumi terbaru diTurki pada 2011 adalah di sebelah timur bersepadanan dengan Iran., jauh dari tempatan lawatan kami....Bertuahnya bumi Malaysia...!

Ini adalah pemandu bas kami...bawak dalam 90km sejam saja..aku tanya kenapa tak bawak laju...? pemandu pelancong bagitau semua bas dilengkapi dengan GPS yang mengesan kelajuan kenderaan..kalau disaman bersediakah untuk menyumbang bayar saman...? ooowhh..!..Bila berhenti dikawasan rehat banyak kali aku tengok dia membersih bas....


Bila  melancong mengikuti pakej, melawati ketempat sebegini tak dapat dielakkan..dalam aturacara lawatan mesti ada lawatan ke kilang -kilang..Kilang karpet, kilang porcelin, kilang batu permata, kilang pakaian kulit dsb...lawatan ke kilang barangan kulit ini turut menonjolkan model-model memperagakan pakaian kulit pelbagai fesyen...tergedik-gedik jalan diatas pentas khas...phewiiit.. saja aku pilih gambar yang kabur, kalau tak nanti ada yang tak berkelip tengok model-model nih..ha ha..

Lepas pertunjukkan kami dibawa ke ruang jualan...harga...?  korang pun boleh agak...!.

Melawat Istanbul kalau tak singgah ke Masjid Biru memang tak sah...seolah-olah bersolat tanpa berwudu' gitu..ha ha.. Masjid ini dibina pada tahun 1609-1616 oleh Sultan Ahmed 1...Menurut sejarah masjid ini dibina untuk mengatasi kehebatan Hagia Sophia yang dibina pada kurun ke 6 . kini dijadikan muzium kerana terdapat pertelingkahan kegunaan bangunan. Masjid Hagia Sophia adalah bekas gereja., sebab itu terdapat kesan-kesan gereja yang masih jelas kelihatan disamping ayat-ayat quran. Tidak hairanlah bila mimbar dan arah kiblat tidak selari dengan kedudukan bangunan...Berbanding masjid-masjid lain di Turki Masjid Biru ini satu-satunya yang mempunyai 6 menara..




Pemandangan disebelah dalam Masjid Biru...Sepanjang masa dipenuhi pelawat-pelawat islam dan bukan islam.. sesekat dipasang sebagai garis pemisah dewan solat..Dipanggil Masjid Biru kerana banyak jubin biru menghiasi permukaan dinding bumbung dll  disamping sausana kebiruan disebabkan cermin berwarna biru..! Ketinggian kubah adalah 43m.

 Mimbar yang serba sarat dengan ukiran begitu juga tiang, dinding bumbung yang dihiasi dengan ukiran jubin berwarna biru,,sungguh halus dan teliti hasil tangan orang dulu-dulu...


Ukurlilit tiang ini 5 m..terdapat 4 tiang utama untuk menyokong kubah konkrit...


Yang leceh untuk berwuduk disini,  takda air panas ..bayangkan musim winter berwuduk..brrrrrrr...sejuk beb...! Lagi perihal Masjid Biru boleh diperolehi di internet...aku nak tulis lebih-lebih takut tersilap maklumat...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK