click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 13, 2013

Kemalangan.. 3 jam meraung kesakitan...!

Dah dua kali aku menyaksikan kemalangan melibatkan pemandu tersepit..Kedua-duanya melibatkan pemandu trailer..Yang pertama dulu melibatkan lori tangki minyak di jalan lama menuju  Rembau dan yang terbaru lori kontena. Kes terbaru berlaku pada Rabu 8hb  Mei 2013, berita dimuatkan dimuka hadapan kebanyakan akhbar utama. Ketika itu aku baru saja memasuki semula lebuhraya setelah terpaksa keluar mencari stesen minyak untuk mengisi minyak motor yang berada diparas kritikal...Terlupa  nak singgah di R n R terdahulu... . Kemalangan berlaku di jalan susur keluar menuju utara Simpang Ampat/ Alor Gajah lebuhraya PLUS . Trailer gagal dikawal semasa menyusuri selekoh dan kenderaan terbalik kura-kura. Tayar atas badan bawah...

Dalam kedua-dua kes dan mungkin banyak  lagi kes, pemandu berjam meraung menahan kesakitan . Ada beberapa kemungkinan urusan mengeluarkan mangsa mengambil masa yang lama..Pihak bomba dan penyelamat terpaksa berhati-hati mengeluarkan mangsa kerana dikhuatiri tindakan terburu-buru bakal memudaratkan lagi mangsa ataupun mungkin  peralatan yang terhad melewatkan urusan menyelamat.

Semasa menyaksikan kemalangan pertama dulu , sementara menanti kehadiran kren awam untuk menyangga/mengangkat kepala trailer yang remuk, kayu penyangga terpaksa digunakan untuk menghalang badan trailer daripada menghempap/  menghimpit mangsa.. Dan lebih malang kehadiran kren awam pertama tidak mampu  mengangkat trailer yang tersangat besar dan terpaksa menunggu kehadiran kren awam kedua yang  lebih berkapasiti besar. Kemungkinan hanya kren berkapasiti sedemikian yang mampu diperolehi ketika itu.

Berdasarkan senario diatas, alangkah eloknya sekiranya pihak bomba dan penyelamat turut dilengkapi dengan kren penyelamat khas sendiri dan bukan lagi bergantung kepada ihsan kren awam semasa membuat operasi menyelamat. Aku tak dapat bayangkan, walau seketika jari tersepit  begitu seksa  azab ditanggung, inikan pula kaki tersepit berjam lamanya...! Semoga pemandu terbabit segera pulih dari kesakitan lahir dan  batin...Amin...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK