click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, May 2, 2013

Pilihanraya- Inikalilah atau lainkalilah...?

Dulu aku juga bereksperimen. Aku kempen dengan orang sekeliling supaya menjadikan pembangkang kuat. Aku percaya dengan pembangkang yang kuat menjadikan pihak yang memerintah lebih peka dan berhati-hati dalam membuat apa -apa tindakan.. Dan tak sangka pula tsunami politik benar-benar berlaku, PR menguasai 5 negeri.... Aku tak kesah negeri seperti Kedah atau negeri-negeri sebelah pantai timur jatuh ke tangan PR..Sebelum 2008  pun Kelantan dan Trengganu pernah diperintah PR. Sekiranya silih ganti tampuk pemerintahan lebih membawa kebaikan apa salahnya...Lebih aku tak kesah sebab aku tahu orang islam tetap dominan dinegeri-negeri tersebut.

Bila keputusan PRU 12 paling aku tak sangka Perak dan Selangor turut lebur dan kemenangan mereka betul-betul membuka mata dan minda aku.  Baru aku percaya  hasil strategi politik, puak minoriti boleh menguasai puak majoriti dalam amalan demokrasi. Walaupun Perak bermajoritikan orang islam disebabkan kerusi bukan islam lebih menyumbang kepada kemenangan dalam pakatan, maka suara mereka lebih dominan. Begitu juga di Selangor. Di P.Pinang usah ceritalah...Wakil mereka lebih mendominasi dalam senarai barisan exco kanan yang dibentuk. Atas amalan demokrasi tiada salahnya kerana mereka penyumbang terbesar kemenangan...Atas keterpaksaan ketua negeri tetap dilantik dikalangan orang islam.. Tapi apalah guna sekiranya kuasa melobi dan menentukan dasar akan dikuasai parti yang lebih banyak menyumbangkan  kemenangan.

Senario ini aku cukup takut jika berlaku dalam PRU 13 ini. Angin-angin perubahan sudah menampakkan kearah itu...Strategi bergabung 3 komponen nampaknya mula membuahkan hasil, walaupun idealisma berbeza, itu tidak menghalang mereka berkerjasama..yang penting tumbang..Inikalilah ...! Serangan terhadap umno, media perdana dilakukan bertalu-talu..Pecah dan perintah...tujuannya adalah untuk meruntuhkan kredibiliti supaya apa saja yang keluar dari pihak ini akan dibakulsampahkan. Dan ternyata usaha mereka membuahkan hasil. Penyokong tegar sedikit pun tidak goyah walaupun disajikan pelbagai maklumat tentang kebobrokan persengkokolan itu.

Jika mereka menang, puak minoriti tidak mustahil akan menguasai puak majoriti atas pertimbangan bilangan kerusi yang dimenangi...Aku tidak tergoda bila mereka menyatakan kerusi yang ditandingi wakil islam di pihak PR melebihi bilangan calon dari pihak BN..Bukan jumlah calon tersenarai yang menjadi ukuran tapi jumlah yang bakal dimenangi yang akan mencorakkan pemerintahan negara kelak...Aku tak fikir PAS atau PKR akan menang dikebanyakan kerusi...Jika ada pun mungkin dikawasan bandar atau pinggiran bandar. Kemenangan selebihnya disumbangkan oleh DAP. Walaupun DAP mengaku parti berbilang bangsa, dakwaan itu sekadar dakwaan, realitinya parti itu adalah parti chauvinist cina. Calon yang tersenarai dan kawasan yang ditandingi mengesahkan kecinaan mereka. Mereka lebih menjuarai kaum itu saja...

Dalam keadaan negara diwakili ramai wakil-wakil islam, atas desakan dan lobi berterusan dari dalam dan luar parti pemerintah, banyak dasar menyebelahi  puak minoriti, walaupun membelakangi aspirasi nasional. . Aku tak dapat bayangkan bagaimana jika mereka menguasai sausana politik kelak...Selalunya orang yang kemaruk kuasa akan mengambil kesempatan dalam setiap peluang yang ada walaupun seketika. Pinda sana, pinda sini mansuh sana mansuh sini atas alasan kesamarataan atau meritokrasi total, Pelbagai alasan boleh diwujudkan untuk menjustifikasikan tindakan mereka..walaupun konsep kesamarataan jelas membelakangi konsep keadilan. Mana mungkin pihak yang lemah dipaksa bersaing dipersada terbuka...hasilnya yang kuat bertambah kuat, yang lemah terus ketinggalan...dan ini sangat tidak baik untuk sesebuah negara..

Berbanding dulu adakah pendirian aku berubah...? tidak...aku masih mengharapkan pembangkang yang kuat..Walupun tidak sempurna, ternyata pemerintah sekarang lebih peka dengan tuntutan rakyat hasil suara pembangkang yang kuat. ..Secara peribadi aku merasakan  mereka lebih tulus dalam perkongsian kuasa...Aku mengharapkan dengan pengalaman yang ada, PR terus menjadi pembangkang yang kuat.  Namun untuk mereka menerajui pemerintahan negara aku harap  .Lainkalilah...

Sekadar pandangan peribadi. 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK