Sebagaimana yang aku jangkakan, perkara yang aku bimbangkan terjadi...Mujur masih ada yang sayang..jika tidak Malaysia akan berPMkan orang baru. Sehingga dinihari aku sanggup bersengkang mata menunggu keputusan rasmi SPR dikeluarkan. TV dan blog-blog dialam maya menjadi rujukan. Bila BN berjaya diberi mandat menerajui negara, aku sedikit lega tapi hati seakan tidak boleh menerima keputusan yang diperolehi. Kebimbangan aku ternyata benar. Polar pengundian menunjukkan pengundi cina solid dibelakang DAP/ pembangkang. Hampir semua kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan menjadi milik mutlak mereka...Sedikit tiada belas kasihan untuk calon lawan yang bertanding dikawasan majoriti cina.. Jika dinilai pogram pemimpin bersama masyarakat kaum tersebut, seolah terdapat harapan sebahagian yang akan memberikan sokongan kepada parti pemerintah....rupanya big NO NO...hanya manis didepan....
Berbekalkan fakta, DAP 40, PKR 30 dan PAS 21 aku mengharap sahabat aku sebelah sana memberi simpati untuk mengiyakan apa yang aku khuatirkan bahwa DAP akan terlalu dominan dalam pakatan yang akan menggugat kelangsungan agenda masyarakat islam atau bumiputra... rupanya tiada simpati...Hati aku pedih dan sakit dan terpaksa memendekkan perbualan talifon sekiranya tiada tanda simpati diraih...
Namun sesuatu yang kita inginkan belum tentu baik untuk kita, rupanya yang tidak kita inginkan kekadang terlebih baik pula untuk kita hehe....berbelit-belit...? Begitulah dengan keputusan PRU13 ini...Semasa aku menutup tv hanya dua negeri Perak dan Selangor belum menerima keputusan rasmi ...ini yang menambah kegusaran aku....perkiraan aku dua-dua negeri akan jatuh ke tangan PR selain P.Pinang dan Kelantan.. maklumat dari blog-blog sebelah PR memungkinkan perkara itu...Aku bimbang DAP terlalu dominan dalam kerajaan negeri yang bakal dibentuk..
Bila meneliti senarai calon yang menang di Selangor, PAS 15, PKR 14, DAP 15..aku lega sebenarnya....Keputusan kali ini tidak seburuk yang aku sangka , tidak seperti PRU12 dulu. Calon islam PR ramai yang menang. Kombinasi calon muslim PAS dan PKR yang menang adalah berjumlah 26 orang...dan perlantikan MB nanti adalah berdasarkan merit bukan keterpaksaan sebagaimana PRU12 dulu...Aku tak kesah..., yang penting orang islam mesti mendominasi...
Diperingkat nasional pula...dengan pencerahan polar pengundian kaum cina kepada pembangkang...rupanya memberikan kelebihan dan kekuatan kepada masyarakat islam dan bumiputra...tanpa sokongan masyarakat cina kerajaan masih mampu dibentuk.. Begitu juga di DUN Perak...Diharap barisan kabinet yang bakal dibentuk adalah berdasarkan merit bukannya koata...Mereka inginkan meritokrasi inilah masa 'walk the talk..'. Kasi ajar sikit ...barulah mereka tahu langit tinggi ker rendah...
entah lah...yg mana kaca dan permata pun susah nak kenal la niii..
ReplyDeleteAs-salam