click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 31, 2012

Kembara Turki 2011-berakhirnya lawatan




Setelah 9 hari di bumi Turki tidak termasuk 2 hari perjalanan pergi balik atas kapal  terbang dan transit di Bahrain, berakhirlah episod kembara kali ni.  Bertambah lagi cop imegeresen di pasport aku., tapi masih banyak lagi ruang kosong..he he..sedang berkira-kira nak ke negara mana pula selepas ini...Sebagaimana dikongsikan pengalaman bersama geng rombongan yang lain., berjalan ni rupanya satu penyakit...bila dah berjangkit, pantang tengok akaun bank berduit sikit , mula lah cepat-cepat nak diperabih...nak berjalan lagi..! ..Dalam group kami tu memang semua kaki berjalan, lagipun mungkin peringkat umur menghala ke pencen ni dah tak banyak hal nak difikirkan sangat..cukuplah apa yang ada.., selagi badan masih larat dan termampu, kami gagahkan  untuk berkembara lagi...

Biasalah bila pergi ketempat baru, akan ada le kenangan -kenangan baru..Dalam banyak-banyak perkara yang aku perhati disana sepanjang lawatan tu, aku sangat terpaut dengan tandas diorang..

Kenapa tandas..? bersih tu dah tentula...lagi..? kebanyakkan tandas disana  dilengkapi dengan paip air macam ditempat-tempat lain juga, tapi salur paip/muncung paip terus  dipasang melalui mangkuk tandas., (Mangkuk tandas duduk lah yea, mangkuk tandas cangkung tak pulak aku jumpa stail macam ni..) berbanding ditempat lain yang selalunya hose paip disangkutkan ditepi dinding. Kelebihan muncung paip terus ke mangkuk tandas, lantai tandas takla basah . Kalau hose digantung tepi dinding, air akan sentiasa berlinang membasahi lantai dan jika  tidak dimob nescaya berlumutlah lantai dan dinding tandas..Di negara orang putih atau negara bukan islam selalunya tandas diorang takda paip air, yang ada hanya tisu saja. jadi tak timbullah lantai basah berair...setengah hotel-hotel di negara islam pun tergamak ikut stail macam ni supaya lantai tak bergenang dengan air...issh tak pandai aku weh, geli geleman je bercibuk tanpa air..Beristinjak yang terbaik adalah menggunakan air..jadi tandas di Turki boleh dijadikan contoh .Tandas di hotel-yang berbintang, tempat duduk tandas siap dipasang pelapik plastik, yang boleh di kitar dengan menekan suiz disediakan.  Jarang aku nampak tandas macam ni ...Hulunya aku..! hu.hu

Destinasi kembara berikut..? dalam waktu terdekat ni aku dan geng motor bercadang akan ke Seam Reap Cambodia yang sepatutnya kami pergi pada cuti tahun baru Cina baru ni..disebabkan beberapa geng ada aral maka ditangguhkan dulu...kalau ke sana  pun tak jadi lagi , kami akan tukar rancangan untuk kembara keliling Borneo naik motor kapchai .. keputusannya..,tengoklah bulan June ini...Jomlah join kami..












Monday, January 30, 2012

Tenis, badminton dan Squash mana lebih memenatkan...?





Ha..ha rasanya tak pernah aku melekat depan tv menyaksikan perlawanan tenis..kira perlawanan semalam mencatat sejarah untuk aku., berjam depan tv berdebar menyokong pemain Novak Djokovic supaya menang dalam  Australian Open..entah.. bukan aku minat atau kenal sangat pemain ni..Aku memang  tak pernah ambil tau pun pasal sukan tenis ni..cuma yang menjadikan aku 'tersuka' dia bila terbaca pasal dia di akhbar semalam di ruangan sukan...ok-ok aku nak sokong dia..Budak muda umur 24 tahun..dia ni pemain tak ternama kot..apa salahnya sokong pemain kurang ternama menang..asyik-asyik orang yang sama je menang..boring la.. Lawan beliau Rafael Nadal diperlawanan akhir pernahlah juga aku dengar, Pemain yang tersingkir diperlawanan separuh akhir Roger Faderer pun taulah jugak...Pemain Peranchis yang muka iras-iras Muhamad Ali pun ada sikit tahu...Pemain tenis dulu-dulu yang aku ingat sampai sekarang adalah Djorn Borg, aku ingat pemain ni sebab dulu aku teringin nak beli kasut jenama Diadora yang dia pakai..he he...Djokovic..? baru semalam aku tahu..itu pasal lah aku sokong dia...Tak tau pulak rupa-rupanya dia berada no 1 ranking dunia...ha ha..Maaf yea kepada penyokong tegar Djokovic..

Tapi lecehlah tengok tenis ni..lama sangat..game semalam sampai 6 jam..! giler ke apa...tambah 2 jam sudah macam tempoh waktu berkerja 8 jam...nasib baik ada pemain yang aku sokong kalau tak, memang aku dah bagi 'remote control' ke anak aku yang sibuk nak tengok AJL...AJL siapa menang...? ha ha..

Aku ingat main tenis ni tak sepenat main badminton atau squash la..walaupun berjam aku tengok selamba je diorang main..berbanding bila tengok pemain badminton, squash atau bola yang basah baju bermandi peluh...! Walaupun tenis nampak macam mudah, court luas, net rendah.. bila cuba main tak pulak mau menjadi...ishhh.. Aku pernah juga mencuba-cuba pegang raket tenis dulu..ermm langsung tak menjadi.. walaupun court luas, bila pukul memanjang keluar atau bila memulakan servis memanjang sangkut pada net yang rendah..argh boring la macam tu...sampai sekarang gantung raket.

Tahniah pada Djokovic..tak sia-sia aku sokong kau..! ha ha..


Saturday, January 28, 2012

Bahaya..bahaya..!

Air tenang jangan sangka tiada buaya...Jerat tak pernah lupakan pelandok..ergh betul ke..? begitulah bidalan peringatan supaya kita berhati-hati...


Country homes Rawang..Aku pun naik heran, kerap benar kemalangan berlaku disimpang ini...simpang berhampiran masjid dan jalan masuk ke rumah aku..padahal jalan adalah luas dan lurus takda pulak  menampakkan ciri-ciri merbahayanya jalan itu...nak kata kenderaan dipandu dengan laju, ergh tak juga sebab kawasan sini memang sibuk, lagipun trafik bersimpang siur untuk memasuki simpang-simpang..Pengguna, samada yang melalui jalan utama, atau yang nak keluar simpang , kesemuanya boleh dilihat dengan jelas...Hanya kekurangan disini, lampu isyarat tiada..!



Namun demikian anak jiran aku nyawa melayang di salah satu simpang di sini...kemalangan melibatkan kecederaan jangan ceritala...klinik yang berdekatan dengan kawasan ini, aku ingat dah beratus/beribu..?lapuran perubatan dibuat...kejadian terbaru adalah petang semalam yang melibatkan sebuah motorsikal dan mpv. Kalau ikut cara mereka bertelagah, nampak macam pemandu wanita mpv tu bersalah...ahsoo tu duduk je dalam kereta tak berani keluar...penunggang motorsikal mengalami kecederaan ringan.

Yea benar, malang memang tidak berbau...jerat sentiasa menunggu mangsa...

Berhati-hati dijalanraya..tumpukan pemanduan/tonggangan anda..peringatan untuk diri aku juga..

Selamat berhujung minggu...

Friday, January 27, 2012

Kalau dah memang pencuri...!


Salam pagi Jumaat, semoga hidup tambah ceria...sebelum ni aku ada tulis pasal besar tali dari lembu...tabung masjid yang halus tapi dirantai dan dimangga sikit punya besar...barangkali pihak masjid telah berpengalaman kehilangan hasil kutipan tabung...jadi daripada pisang berbuah dua kali, tambat saja dengan rantai yang sikit punya besar...Tapi kalau dah memang pencuri, memang akan dicari jalan juga bagaimana nak mencuri ,walaupun segala usaha telah dilakukan untuk melindungi harta. Peti besi, CCTV, rondaan polis...Pencuri mana kira halal haram...takpalah didunia mungkin mereka lepas, pasti tidak bila diakhirat nanti...

Peti tabungan kat masjid taman kami pun kena umpil..bukan peti kayu ok..peti besi...! terdapat 4 peti besi yang dikhususkan untuk sekolah agama, sekolah tahfiz, tabung anak yatim dan tabung masjid . Memang dasar pencuri...operasi antara pukul 12 hingga pukul 4 lah kot, mungkin kesuntukan masa hanya 2 peti berjaya diumpil... .aku tak fikir hanya seorang yang buat kerja ni...Masjid taman kami ramai juga jemaah yang hadir untuk lima waktu solat, seawal 4 pagi pak siak dah mula membuka pagar dan pintu masjid...

Iyea mereka beraya sakan dengan hasil curian kerana tabung sekolah agama tu dibuka hampir setiap 3 bulan sekali...Issh kalau iya pun nak mencuri, jangan lah curi harta awam, harta individu tu boleh  tahan lah kot...manalah tau timbul rasa keinsafan nanti...tak ramai yang nak dituju untuk  meminta maaf..kalau dah harta  awam, nak mintak maaf pada siapa..ish tak ngeri ke dengan perbicaraan di akhirat nanti...

Kalau dalam masjid pun harta dah tak selamat bayangkanlah di tempat lain...isssh memang dunia sudah semakin tua...

Thursday, January 26, 2012

Siri Kembara Turki 2011-Spies Market and River Cruising

Gerai jual rempah dan cookies pun cantik...! tersusun kemas...Jeles wa tengok, orang cantik, persekitaran cantik...

Sebagaimana di Grand Bazaar, Spices Market walaupun tak sebesar Grand Bazaar tapi binaan hampir serupa.., sentiasa ramai orang..berpusu-pusu. Kelebihan negara beriklim sejuk, walaupun bersesak macam ni bau kurang mengenakkan takdalah menyesakkan hidung.....walhal jaket yang dipakai barangkali  jarang berbasuh..  jangan cuba di sini...! sebatu jauh dah kenal sapa pemakainya..ha ha..

Tram di Istanbul...aku pun berharap rancangan Kerajaan Melaka untuk membina tram di bandar Melaka disegerakan...Negeri-negeri lain pun diharap dapat merancang pengangkutan awam yang cekap sementara banyak lagi kawasan kosong...mudah pengunjung dan pengguna kenderaan awam  untuk bergerak kesana ke mari...Pembinaan laluan MRT di Turki sering tergendala kerana sering kali terjumpa artifak dan  tinggalan bangunan bersejarah bawah tanah....

Terasa benar diri ini kerdil bila mengunjungi negara orang yang maju kehadapan mengeksploitasi keindahan semulajadi yang ada. Sering terfikir dikepala hotak aku apasal lah kita mensia-siakan keindahan yang kita miliki, walhal tak kurang hebat juga apa yang kita ada....walaupun pahit, kita kena terima hakikat masih jauh yang perlu kita lakukan untuk bersaing dengan mereka... Diri sendiri patut dipersalahkan...Kesedaran menjaga kebersihan dan keindahan perlu diterapkan bermula dari diri kita...

Berikut adalah sebahagian  foto-foto yang dapat aku kongsikan bersama...





The rich and famous menduduki pinggiran Laut  Marmara...





Ibupejabat kelab bolasepak Galatasaray...


Angkat topi kepada warga Turki...Barangkali benar apa yang jiran aku bagitau..hampir seluruh dunia beliau telah menjelajah, Istanbul memang top..marvelous...! Aku tak berani komen sebab tak banyak negara   yang aku dah pergi...semangat berkobar-kobar untuk aku menjelajah juga jika termampu...

Duit..duit dimana kau duit...!



Wednesday, January 25, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Bila tekak kurang berselera...


Kami berkelah di FRIM Kepong sempena cuti panjang nih...pesanan kepada para pengunjung, jangan lupa buang sampah ditong disediakan ok...

Disesetengah negara orang, makanan kurang untuk dimakan, tapi aku percaya di Malaysia makanan berlebihan sehinggakan kekadang hilang selera menghadap makanan yang banyak diatas meja. Ada tips mudah untuk mengatasi masalah ini...pergilah berkelah...! lepas puas berendam nescaya semua akan melahap makanan yang dibawa..biskut kering yang selama ni kurang dapat perhatian, turut akan dibedal sama..ha ha..sausana baru dan kepenatan berkubang barangkali...

 Medan Ikan bakar di Jeram...pergh sentiasa dipenuhi pengunjung. Dah pukul 11 malam pun masih ada pengunjung baru tiba...!

Atau carilah kawasan tumpuan ramai seperti medan ikan bakar dsb...makanan yang tak sedap pun rasa begitu sedap...sedap sebab perut semakin lapar,  menunggu makanan yang dipesan lambat tiba dimeja..almaklumlah orang ramai...dihantar pulak satu persatu..sementara tunggu menu berikut tiba makanan yang dihantar telah licin...

He he...nak tau keberkesanan tips ini cubalahh..!

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK