Wednesday, March 28, 2012

Bukan kami tak suka...



26 March 2012, Anak bongsu, hari pertama di MRSM Mersing..Pengambilan Ting. 1 ke 3. Hari pertama malu-malu lah tu...ha ha..

Ada orang cakap wa halau anak-anak pergi duduk asrama. Ada betul dan ada salah. Betul, sebab kami inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Selain pencapaian akademik, kami inginkan anak-anak belajar berdikari, susah senang cuba diatasi sendiri tanpa terlalu bergantung pada ibubapa. Cabaran mendatang lebih hebat. Persaingan semakin sengit. Di asrama budak-budak kena belajar bersosial, bertoleransi sesama mereka. Kemudahan-kemudahan seperti bilik air perlu dikongsi bersama. Belajar mematuhi jadual yang diatur pihak sekolah. Berbanding di rumah aktiviti utama, fb,fb,fb, tidur.tidur.tidur...issh naik rimas menengok..di asrama kan banyak aktiviti yang disusun untuk penghuni asrama. Tahu pulak mereka patuh dengan peraturan ... Argh banyak lagilah senarai kebaikan yang menyebabkan ramai ibubapa suka menghantar anak-anak ke asrama.. Tidak dapat dinafikan terdapat juga keburukan-keburukan.

Salah . Kami hantar bukan kerana tidak suka anak-anak berada disisi. Bila berjauhan sayang dan kerinduan datang membuak-buak. Kekadang emak ayah yang lebih-lebih dari anak-anak itu sendiri. Minggu pertama hantar, hari-hari talifon. Sehingga mereka rasa rimas. Hujung minggu, belum sempat pagar asrama  dibuka , ramai emak ayah berbaris nak jumpa dengan anak-anak. Kami dah berkira-kira nak jengok anak di asrama  lagi awal bulan nih, he he..padahal baru saja tiba rumah semalam dari hantar anak mendaftar sekolah, sebab tu korang tengok kawasan asrama dah jadi seperti tapak pesta bila tiba hujung minggu. Bagus lah kan...

Berjalan jauhlah motor-motor dan kereta aku lepas ni.. Tasik Puteri, Rawang-Alor Gajah-Besut-Mersing.. Perghh..!


6 comments:

  1. Nanti boleh rempitan superbike melawat anak-anak...

    ReplyDelete
  2. betul tu... mana tahu jumpa kawan baru minat superbike...boleh konvoi bersama

    ReplyDelete
  3. Memang betul, aku dah ajak sorang mat motor KTM join ride ke Besut dan Mersing 7hb ini...dan dia setuju..ada lagi sesapa nak join...hasmizal dn faizal jomlah..sebelah malam boleh lepak tepi pantai..

    ReplyDelete
  4. Kang, ride kang berapa hari? Kot kot boleh ketemu kita di tengah jalan. Hahaha...7hb saya di Kedah, 8hb ke Terengganu. 9hb ke Johor dan 10hb balik ke Senawang.

    ReplyDelete
  5. ABN, sy ride berdua balik hari pada 7hb,dgn sorang brader KTM ke Mersing, ride sambil jengok anak dn kereta yang tersadai di ayer hitam...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK