Ada orang cakap dengan aku, kalau takda orang sesuka hati membuang sampah, takda kerjalah tukang cuci nanti...bukankah mereka telah dibayar gaji untuk menjalankan tugas itu..oowh patutlah selamba je aku tengok orang ramai membuang sampah merata-rata. Sakit hati aku tengok orang campak bekas minuman, sisa makanan keluar dari tingkap kereta.. apa salahnya dikumpul dulu dalam kereta dan tiba didestinasi nanti buanglah dalam tong sampah..di simpang lampu isyarat penuh dengan puntung rokok,. di kawasan rekreasi berlonggok akhbar lama yang dijadikan alas ditinggalkan begitu saja...dan banyak lagilah..
Nampaknya parah negara kalau mentaliti ini dimiliki sebahagian besar rakyat. Jika masih mengharap kepada tukang cuci, tanpa kerjasama orang ramai menjaga kebersihan, percayalah kebersihan, keindahan tempat kita akan kekal ditakuk lama atau makin mundur kebelakang..sebab..? Pencuci hanya mampu menjalankan rutin harian. sapu sampah, kutip sampah..itupun tak menang tangan sebab yang yang mengotorkan jauh lebih besar daripada yang membersihkan. Bilamasa mereka boleh diarah untuk membuat tugasan lain...? Bukankah sekiranya tugasan asas ini minimal, mereka boleh membuat kerja lain untuk lebih mengindahkan kawasan seperti mengemaskan landskap, membersihkan jalan dari pasir-pasir dan debu, mencuci papan tanda dan kemudahan awam yang berhabuk, membersihkan longkang dari rumput rampai dll. Contoh kekotoran ini bukan disebabkan oleh tangan-tangan manusia tetapi secara semulajadi...Barulah ada peningkatan dan bertambah ceria sesuatu kawasan...
Yang hairannya bila pemandangan semakin menyemakkan mata atau bila banjir kilat terjadi, ramai pulak yang pakat-pakat komplen...Tukang cuci tak jalankan tugaslah...PBT makan gaji butalah..mintak SPRM siasatlah dsb dan lebih aku menyampah pandailah pulak mereka berlakon depan kamera , menutup hidung sambil menunjuk kawasan yang bermasalah...padahal aku yakin, sebahagian besar yang hadir tu merupakan punca utama kenapa masalah ini timbul...Mentaliti kerja membersih dan mengindah bukan tugasan kita tapi tugas pencuci...!
Ayuh...! kita mulakan dengan diri kita. Kebersihan adalah tanggung jawab bersama.

Betul tu..
ReplyDeleteKalau mentaliti masih ditahap dunia ketiga memang susah mahu maju..
This comment has been removed by the author.
Deleteyang peliknya, ada yang berkereta besar dan canggih pun masih bermentaliti begini, buang sampah atau puntung rokok keluar dari tingkap..aku tak kira hon tetap honnnn!
DeletePikirkan kalau mak atau ayah kita yang jadi tukang cuci tu. Then sanggupkah kita nak membuang sampah lagi keluar kereta?
ReplyDeleteKesian dengan diaorang, dah lah dah tua..berapa kederat sangat yang ada untuk kutip atau sapu sampah nie?
selalunya bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak merungut...kalau orang lain peduli apa..!
Delete