Sabtu 9hb Jun 2012
Hujung minggu baru ni pastinya sangat sibuk untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak tinggal di asrama..tidak terkecuali kami. Seawal 8 pagi kami telah meninggalkan rumah menuju ke destinasi Besut diikuti dengan Mersing. Perjalanan kali ini melalui Simpang Pulai -Gua Musang-Jertih. Bermalam di K.Trengganu. Sambung semula ke Kuantan-Pekan-Mersing. Bermalam di Y.Peng dan kembali semula di KL pada hari Isnin. 3H2M. Jarak perjalanan direkodkan 1400+KM
Apa yang aku nak tulis harini adalah pasal mat-mat motor yang berkonvoi di lebuhraya yang kami temui sepanjang perjalanan kami.. Terus terang wa cakap memang aku hangin dengan mereka ni... Aku yang mat motor pun boleh naik hangin, bayangkan orang yang tak pernah pun naik atau pulas throtle minyak motor. Patut pun ada yang tulis diakhbar-akhbar meminta supaya tol turut dikenakan kepada penonggang-penonggang motorsikal., menggambarkan mereka jengkel dengan aksi-aksi mat-mat motor semasa di jalanraya...aku harap pihak penguasa tidak mengambil tindakan drastik sebegini.

Maaf cakap, aku memang cukup tak berkenan dengan konvoi-konvoi yang terlalu ramai. Kenapa tidak kumpulan besar dipecahkan kepada kumpulan kecil seramai 4-5 orang dan biarkan saja mereka membuat tunggangan bebas. Tentukan lokasi berkumpul semula. Dengan cara ini pengguna jalanraya lain tidak terganggu dan dipaksa memberi laluan kepada gerombolan yang terlalu panjang . Kekadang Marshal bertindak samseng dengan mengarahkan pengguna membuka laluan kepada mereka...Yea memang aku hangin melihat gelagat mereka. Ketahuilah tindakan segelintir penunggang motor yang biadap ini mencemarkan nama mat-mat motor keseluruhannya.
Dalam situasi jalan sibuk dengan kenderaan berat memenuhi lorong kiri..Pengguna pada kelajuan 110-120km/jam. adakah wajar mereka dipaksa memberi laluan kepada konvoi motor..? Marshal membunyikan siren sambil mengarahkan pengguna kenderaan ketepi...! Siapa kamu,,,? Uissh bukankah kamu mat-mat motor pengguna kereta juga...Ketahuilah kereta dsb bukannya macam motor..sekali pulas berdesup pergi..jadi berilah mereka peluang memintas.. atau kalau kamu tidak sabar mengekori..pintas saja dari sebelah kiri...sebab itu aku katakan berkonvoilah dengan kumpulan yang kecil secara bebas...!
Aku tak faham kenapa perlu bergerak dalam kumpulan yang besar, melainkan acara rasmi nasional. Adakah peserta-peserta terlalu naif untuk bergerak sendirian.? Kalau peserta-peserta kapchai mungkin juga mudah dimengerti, mungkin baru saja memperolehi lesen yang memerlukan pengawasan atau motor klasik berusia puluhan tahun , takut-takut ada peserta tercicir mengalami kerosakan enjin atau pun berkonvoi dinegara yang serba asing, mungkin ada peserta pertama kali menjejakkan kaki disana. Bukan.. bukan ciri-ciri diatas yang aku lihat baru-baru ni. Konvoi disertai motor ber cc besar terkini termasuk Goldwing, GTR ..BMW..Paling kecil aku tengok Versys.., bersusun lebih 50 biji memenuhi lorong utama.
Alahai kalau setakat nak melantak durian atau jalan makan-makan kat mana-mana destinasi di sini tak perlulah jalan beriringan. Meluat wa tengok beb...
Sokong sesangat Kang,
ReplyDeleteNanti tak pasai sebab ada marshall cam nie, kita penunggang motosikal kena blackmark kat highway!
Bayangkan kalau kita tengah bawak keter kecik, merangkak nak memotong lori yang panjang, tetiba kena bim lampu dengan hon kat belakang dengan geng supirbike, sambil marshall menunjukkan sign tangan marah kita blocking jalan dia....
Wahh, tau laa motor ko laju bro, bagi peluang la aku nak memotong nie. Bukan ko sorang nak guna highway nie..adehh!!
inilah yang cuba saya sampaikan...kekadang tekan minyak dah sampai lantai, kalau kereta sport lainlah...nak berundur bikers dah merapati ..jadi apa mau buat..selamba teruskan sajalah...
DeleteDen sokong sesangat.... Wa pon pemandu dan penunggang
ReplyDeleteDen sokong sesangat.... Wa pon pemandu dan penunggang
ReplyDeletehe he..t.kasih brader...mari sama-sama bersangka baik sesama pengguna jalanraya...
Deleterightly said bro..one or another, we are both rider and driver too
ReplyDeletememang tepat kata-kata bro.... tapi kebanyakkan rider pun driver juga tapi bila henjut superbike mula lupa daratan.... **sigh**
ReplyDeleteKita bwk relaks relaks aje lah yea tak...tercepat pun x lebih sepuluh minit garenti tiba didestinasi sama...
Deletesetuju sessangat bro.. saya pon penunggang & pemandu.. marshal BUKAN polis utk arah pengguna jalanraya ketepi.. marshal hanya ketua darjah utk pastikan rakan2 murid lain beratur dan berdisiplin..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemalam td gua dh kena dgn geng kawasaki gtr..masrhall mcm samseng
haha kawan tu ingat mereka saja yang boleh bermotor power..padahal tak sedar diri ...kebanyakkan yang bermotor tu merayu dari satu bank ke bank atau leasing co untuk memohon pinjaman...setakat motor hutang apalah sangat nak kerek pada org lain...hehe kerek tu sombonglah...
Delete