Tuesday, June 19, 2012

RM 6 Juta...!

RM6 juta...! yea betul RM6 juta. Ramai yang tidak mempercayai dengan menayang cek  di FB, seolah-olah mempersenda cek yang diterima. Bila bank mengesahkan cek yang diterima bukan palsu bahkan benar belaka, ramailah yang terlopong termasuk aku....Inilah kesah yang diceritakan kepada aku perihal seorang hamba Allah yang menyumbang wang tunai 6 juta untuk menaiktaraf surau di satu taman perumahan berdekatan Salak Tinggi Selangor . Uniknya hamba Allah itu bukan ahli kariah disana  dan pihak AJK sendiri tidak mengenali insan hebat tersebut...

Amacam...? Adakah kita cukup kental untuk berpisah dengan duit/harta kita kearah kebaikan seperti insan diatas...? Atau kita masih terpedaya duit/harta kita masih tidak cukup banyak untuk diinfakkan. . Takut-takut menjadi miskin..Yea kita insan lemah kekadang masih ragu dengan janji Allah dan rasul, tidak akan rugi orang yang berbelanja  bahkan ditambah berlipat ganda setiap harta yang dibelanjakan kearah keredhaan Allah.. Didunia dan Akhirat...!

Aku pernah mendengar kesah seorang sahabat nabi yang cacat seluruh anggota tapi sanggup bersusah payah mengait buah kurma dan dapatlah 3 biji kurma lantas diinfakkan kepada nabi sebagai persediaan menghadapi peperangan. Nabi mengiktiraf sumbangan itu sebagai sumbangan tertinggi..! Allah tidak pandang berapa nilai harta yang sanggup kita keluarkan tetapi kesungguhan atau keikhlasan yang kita tunjukkan.  Moral cerita ini adalah berinfaqlah segera tanpa perlu menunggu kita jadi kaya atau berharta...Resam dunia, kita tak akan puas dengan apa yang ada...

Insan diatas percaya dan yakin dengan janji Allah dan Rasul..Jom kita berazam menjadi sepertinya...Amin.











3 comments:

  1. Banyak tu 6 juta utk repair surau. Leh bina sebuah masjid dah tu. Namun begitu sgt sukar nak mencari manusia yg pemurah pada zaman gajet ini. Hanya Allah SWT saja yg mampu membalasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dimaklumkan surau lama telah dirobohkan dan digantikan dengan surau baru tiga tingkat ...semoga Allah memberi ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki kpd penderma itu...

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK