Monday, June 4, 2012

Selamat.. pengantin baru...!




Mula melangkah kaki ke dewan majlis pertama kali di Kelab Polo, Jerudong Park, Brunei hati aku dah berdebar...Alamak segera teringat anak-anak aku yang akan memasuki alam dewasa juga nanti. Kalau macam ini punya majlis berapalah  agaknya perbelanjaan. Ishhh naya..naya..Sungguh..., aku memang tak senang duduk, segera berfikir macamana nak mengelak bermajlis macam ni bila tiba giliran anak aku nanti.. 5 orang wei..Setahu aku sewa dewan orang ramai, paling tidak mesti mencecah ribu- riban, pasang khemah pun lebih kurang sama saja bergantung kepada berapa khemah yang disewa..itu tak termasuk keperluan lain seperti pelamin, kerusi meja makan minum dll,

Kalau majlis seperti diatas tak taulah berapa kos sebenar ...



Gua mana tau adat beradat macam nih..dulu wa kawin pun main redah saja...takdanya perancang perkahwinan.(wedding planner) dan sudah berkira-kira nak diperturunkan ke anak-anak wa...he he.. . Kebetulan anak sorang dah belajar luar, yang kedua insyaallah menyusul belajar di luar juga...Dapat jodoh ditahun akhir pengajian ok juga..macam kami dulu..Selamat duit mak bapak ha ha..!.

Tapi yang leceh baru wa sebut  nak suruh anak  buat majlis ikut stail kami,  dah mula ada yang bersuara...takkan tak jemput sedara mara, adik beradik..cukuplah mak ayah bermajlis sempoi bla..bla...ishh macamlah lepas kahwin tak boleh jumpa sedara mara...

Pada wa kalau benar-benar mampu apa salahnya. nak buat majlis 7 hari 7 malam pun dipersilakan. Yang gua risau majlis seperti ini memberi tekanan kepada orang sekeliling untuk turut serta, padahal poket sedikit KURENG..hu hu..

Selepas majlis, sengaja wa risik kepada abang ipar wa...la rupana takdalah mahal sangat. Sewa dewan sekitar B1500 saja.  . Berbanding dengan duit Malaysia memanglah  mahal. Tapi untuk memperolehi dewan setara ini di sini, aku rasa tak mungkin dapat dengan harga serendah itu... Pada aku perbelajaan perkahwinan di Brunei masih berpatutan. Kira murahlah  berbanding pendapatan yang diterima juga dalam matawang Brunei. Congak congak ringkas aku menjangkakan kos majlis tak  mencecah belasan ribu Brunei walaupun majlis turut diserikan dengan kehadiran 200 tetamu termasuk Duta Malaysia ke Brunei dan tetamu kehormat lain...Tapi kalau disini ..? Jangan wei...!


Kalaupun dulu tak bersanding didewan-dewan gah seperti ini, namun masih berpeluang bersanding juga sekarang walaupun  secara curi-curi macam ini..he he..

Selamat pengatin Baru kepada Asraf dan Elya...juga kepada kami...he he...

6 comments:

  1. Orang dulu2 kahwih semuanya gotong royong kampung
    dan urusan semuanya kat mak abah..

    Jerudong ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. NM, dulu lain sekarang lain be...he he..

      Delete
  2. Kang, majlis tak penting sangat kot..
    Yang penting ialah pengetahuan dan ilmu bagaimana nak handle keluarga selepas berumahtangga...hahaha

    ReplyDelete
  3. Ish3 wak Latep ni...dh dpt projek juta2 pun masih nk bkira2. buat la majlis kahwin meriah ckit tuk anak2 pempuan tu bukan utk diri sdiri tau. bleh kami merasa getek cam kt Brunei tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha..kalau mcm tu ingat nak join majlis masa ummukasyfi bermenantu nanti...

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK