Riadah pecah lemak bertukar jadi riadah pecah tulang.
Ahad 22hb Disember 2013 sebagaimana minggu sebelum ini
kami berbasikal lagi.. Inilah satu-satunya riadah
yang sangat sesuai dengan aku ketika ini. Golf..? pernah juga terlibat dulu
tapi dah bertahun main tapi tiada peningkatan , kureng umph lama-kelamaan set golf
terbiar berkarat dalam stor. Mujur ada kawan yang masih berminat, maka
tergadailah set aku itu. . Bila mula
–mula sambar motor rajin juga berkonvoi, pantang kawan kawan sebut , mesti akan turut vroom sana vroom sini.. Lama kelamaan
bila dah pandai berkonvoi ke negara –negara jiran aktiviti konvoi tempatan pun dah kurang umph melainkan
berkonvoi ke kawasan baru.
Berbanding
aktiviti lain, umph berbasikal
nampaknya terus segar. Minggu sebelum ini kami berkayuh ’on road’ dari Gombak
ke Genting Sempah melalui jalan lama ke Bentong .Minggu baru ni kami ber ’offroad’
pula di Batu Arang. Malang tak berbau kami terlibat dengan kemalangan sewaktu
melayani laluan curam. Ditambah laluan beralur air musim hujan menyukarkan untuk
mengawal basikal. Kawan di depan tetiba memperlahankan basikal , aku yang
sedang meluru laju tak sempat berbuat apa-apa melainkan terus merempuh basikal
beliau, melambung dan tergolek . Bahu kanan terhempas atas laluan berbatu. Wa terbaring mengharapkan tiada kecederaan
..mengharapkan kesakitan hanyalah sementara.
Bantuan luar diperolehi. Aku dibawa keluar dan terus balik. Walaupun bahu kanan terasa sakit dan
terpaksa ditampung dengan tali tapi masih boleh memandu. Singgah diklinik ,
dinasihatkan terus ke hospital. Isteri menghantar.
Imbasan x- ray mengesahkan tulang selangka aku patah. Namun doktor
memaklumkan tulang selangka mudah pulih. Dijangkakan dalam sebulan akan pulih
sepenuhnya. Fuh aku harap begitulah
Seperti diduga
setelah mengalami kemalangan, ada yang
menyarankan supaya berhenti dari beraktiviti yang melibatkan kenderaan 2 roda. ..risiko
tinggi katanya.. hehe mereka nak merujuk basikal dan motor aku lah
tu. Macamlah berkenderaan lebih dari dua roda akan
sentiasa selamat..Kalau difikirkan sangat risiko, seolah langsung tak boleh
beraktiviti. Sedangkan semua
aktiviti hatta tidur sekalipun tidak akan terlepas dari risiko. Nama pun malang tak berbau. Kalau nak
terjadi, bila-bila masa akan terjadi. Kita
mungkin berhati-hati tapi bagaimana
dengan kecuaian orang lain..? Dalam kes
di atas, sebaik mungkin aku menjarakkan diri dari orang depan, tetapi ditakdirkan
kemalangan akan berlaku maka terjadilah
asebab untuk terjadinya kemalangan. Dah
lama aku berbasikal bersama-sama
sahabat aku ini, pantang menuruni bukit beliau akan berkayuh lebih laju,
tapi entah kenapa hari itu beliau terlalu berhati-hati memperlahankan basikal,
sangkaan aku hanya seketika sebelum memecut lagi..rupanya tidak. aargh mana
sempat nak mengelak beb, walaupun segala jenis brek aku dah guna....
Doakan aku cepat
semboh ok...
No comments:
Post a Comment