click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 24, 2011

Siri Kembara Turki 2011-Menuju Bandar Tua Bursa..!


Suhu di luar dalam 15 darjah celcius. Dalam keadaan tak berangin pun sejuk apatah lagi bila bergerak merempuh angin semasa bermotorsikal..brrrrr sejuk...! kecut segala anggota badan...kebanyakan motor adalah jenis seperti ini dan skuter..kapcai tak nampak pulak aku...


Cuba perhati sarung tangan di  handle motor dan sarung paha/kaki untuk menebat suhu sejuk...kalau pasang kat Malaysia boleh terus rentung anggota badan sebab  lemak habis  terbakar dibawah terik mentari macam  lauk masuk oven...


Perbezaan lain yang ketara antara negara yang kita lawati adalah stesen minyak...simbol bulat selepas huruf P adalah gambar anjing lidah terjelir...


Juga nama -nama tempat, tergeliat lidah mula-mula nak menyebut..


Satu-satunya negara yang mempunyai wilayah di dua benua. Asia dan Eropah.  Mendarat di Istanbul di benua eropah, melintasi jambatan gantung sepanjang 1km menuju Bursa di benua asia untuk bermalam disana...


Majoriti penduduk Turki tinggal di 4 bandar utama iaitu di Istanbul dengan jumlah  15 juta penduduk diikuti Ankara 6 juta, Bursa 4 juta dan Konya/Cappadocia hampir 2 juta, selebihnya di bandar-bandar lain dengan jumlah keseluruhan penduduk hampir 70 juta...Kami sedang melintasi satu kawasan yang sangat padat dengan rumah-rumah...pergh...! lemas-lemas...!

Jalan pintas untuk ke Bandar Bursa adalah dengan menaiki feri...Perjalanan mengambil masa 30 minit..Bursa merupakan bandar tua ibu negara pertama kerajaan Ottoman Empayar..

Ciri-ciri klasik bukan setakat dapat di lihat pada bangunan-bangunan bahkan turut dilihat pada pintu lif..ha ha..buka pintu lif macam buka daun pintu...tutup tak rapat lif tak mau bergerak..

Hari pertama kami bermalam/ berpagi..? di hotel ini...


Antara peserta rombongan, 4 keluarga berpencen dan 3 keluarga akan menuju usia pencen...Waktu usia nilah kot boleh berjalan tanpa perlu risau anak-anak kecil... masing-masing anak dah besar panjang boleh mengurus diri sendiri...Susah jugak kalau berjalan-jalan bawak anak kecil, orang lain sibuk berkejar menaiki bas, keluarga anak kecil sibuk meluru turun bas mencari botol susu tertinggal dibilik hotel. Cepat-cepat...! nanti kami tinggal..ha ha..

Friday, December 23, 2011

Kembara Turki 2011-Impresi pertama menjejakkan kaki di Bumi Turki...


Ini pandangan peribadi aku ok. Setiap sorang pastinya mempunyai pandangan berbeza.



Indahnya kejadian alam ciptaan Allah  dipandang dari udara...pemandangan dirakam di ruang udara Bahrain dan Turki...

Pertama kali tiba di negara orang selalunya kita tak dapat lari dari pengalaman pertama yang sangat terkesan di hati yang akan diingati sampai bila-bila. Aku bila keluar saja airport selalunya akan mengalami pengalaman baru dengan persekitaran berbeza melalui pemandangan berikut-

Kenderaan seperti kereta , kenderaan awam, teksi dll

Kalau di Europe seperti di Jerman teksi Mercedes bersepah-sepah, di UK kenderaan Vouxhall yang tak pernah aku tengok pulak banyak, negara Arab selalunya Toyota, Cherevolet, GMC, di Indon, Suv Kijang, Toyota  berlambak-lambak, di Malaysia semestinya Proton, di Seoul - Kia, Hyundai dan Samsung..Di India Mahendra, Suzuki banyak..China..? Volkswagen merata-rata..Bila keluar airport Istanbul teksi kaler kuning Fiat, Renault dan Hyundai pulak yang mewarnai jalanraya.., Kenderaan Eropah lebih banyak dijalanraya berbanding kenderaan dari Jepun


Renault, banyak kenderaan cantik begini di Turki, kalau di import ke Malaysia entah berapa harganya erk..?

Bangunan

Bangunan bersejarah terpelihara utuh di Turki, Kebanyakkan lokasi  telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Suleymaniye Cami yang di bina dalam tahun 1557 merupakan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO. Cami tu Masjid Jamek kot kalau di sini..di sana surau dipanggil mescid..



Rekabentuk masjid boleh dikatakan hampir sama saja dimerata tempat..senang arkitek tak payah perah idea baru, sejak dari zaman Ottoman Empayar sehingga kini macam nilah rupa bentuk masjid disana. Dikatakan terdapat lebih 7000 masjid di Turki..toleh kiri nampak masjid, kanan , depan, belakang pun nampak masjid. Hiasan dalaman pun lebih kurang serupa..tersangat memukau pemandangan..

Masjid baru sedang dalam pembinaan..

Hiasan dalaman Masjid Biru yang sangat indah dan memukau, walaupun dibina sejak kurun ke 16 masih bertahan menongkah arus..sungguh menakjubkan

Orangnya



Comel-comel sungguh anak-anak Turki..dengan kecantikan semulajadi, pipi kemerah-merahan...anak-anak ni teruja dengan kehadiran kami, setelah bas beredar pun kanak-kanak ni masih melambai-lambai tangan kearah kami...boleh dikatakan anak-anak turki sungguh ceria terhadap orang luar, bila berselisih dengan kenderaan sekolah mereka, masing-masing melambai dan menjerit-jerit ke arah kami...


Mentang-mentang comel semua berebut nak bergambar.. .


Kalau korang perasan kebanyakan wanita Turki ditemui semasa di Mekah dan Madinah adalah wanita yang agak berusia, rendang-rendang saja...bila tiba di Bumi Turki tak sangka pulak orangnya halus-halus saja seperti adik  sebelah kiri tu..yang kurus lampai pun ramai,.mungkin bila usia meningkat sebab tinggi dah tak boleh bertambah, saiz badan mengembang kiri dan kanan pulak...bab ini serupa dengan wanita Malaysia dan wanita lain seantero dunia..ha ha..jangan marah aaar..

Thursday, December 22, 2011

Siri kembara Turki 2011-Bermulanya kembara...


4.30 pagi di Bahrain Airport..


Sementara tunggu bas datang terpaksa tahan mengantuk..


Sebelum berangkat ke Istanbul sempat mengabadikan gambar di hotel penginapan...


Twin Tower versi Bahrain...


Bab bercuti ni memang aku tak ambil pusing sangat.,aku serah bulat-bulat pada bini aku...sebab tu bila kawan-kawan aku tanya apa pogram sepanjang bercuti tu. langsung aku takda idea...segala kelengkapan, pakaian, persediaan perjalanan, pasport, penjelasan bayaran dll semua bini aku urus...mana larat beb nak ambik tau semua perkara, biarlah aku pening sorang perihal kerja...Kebetulan pulak aku dapat kerja baru bermula pada 1/12/2011 di Jalan Ampang-Hulu Langat. Kerja kecik saja..tapi samada kerja besar atau kecik pening dia tak beza mana pun..Nak  memastikan kerja berjalan lancar sepanjang peninggalan memang memenatkan.. lagipun kerja yang aku dapat, kena siapkan dalam tempoh 4 bulan...pergh..10 hari aku dah takda...tak ke tension..!

Argh peduli perihal kerja, walaupun nama saja bercuti tapi trip kali ni memang aku kureng enjoy..nak OFF phone takut-takut ramai yang mencari, nak ON phone takut kepala otak lagi berserabut...keputusan..ON juga ...pasrahlah seadanya.

Ingat nak lupa hal kerja, tapi tak boleh beb..! Sepanjang perjalanan ke KLIA mulut aku, kepala hotak aku tak sudah-sudah memikir perihal kerja..ish kacau betul lah..sampai bini aku terpaksa menutup telinga tak mau dengor bebelan wa..ha ha. nak hantar kereta tumpang rumah member aku pun nyaris tersesat..he he..Terima kasih le kepada Dr Ikhwan Kawa GTR BB Salak Tinggi yang sudi menghantar dan meneduhkan kereta aku dirumahnya...Kalau aku park di KLIA selama 10 hari, robek jugak kocek seluar aku...

Berkumpul di KLIA dengan ahli rombongan lain seramai 27 orang di ketua Tn Hj Jazman Yahya dari Potto Travel. Flight pukul 10.30 malam dan tiba untuk transit di Bahrain jam malam 4.30 pagi waktu Malaysia atau 10 .30 mlm waktu tempatan...sampai hotel terus ngap zzzz....

Wednesday, December 21, 2011

Siri kembara Turki 2011-Penemuan rangka manusia..

Alhamdullilah kami telah tiba semula ke tanahair semalam petang. Tup-tup,tup dah lebih 10 hari kami berada di negara orang., masa mula nak pergi dulu rasa macam lama pulak nak meninggalkan kerja, namun setelah kembali ni nampaknya kerja yang ditinggalkan berjalan seperti biasa. Kalau aku ambik keputusan batalkan trip  ni dulu, aku rasa macam tu jugak kemajuan kerja yang dicapai walaupun dengan kehadiran aku terpacak dilokasi kerja. Mujur aku tekadkan hati melupakan sejenak perihal kerja.

Sepanjang peninggalan aku hanya satu perkara menggemparkan berlaku di site ..Penemuan rangka manusia..Korang  mungkin menyedari penemuan ini kerana berita ini turut dimuatkan di dada-dada akhbar dan berita utama TV. Masa mendarat di KLIA segera aku mencapai akhbar milik pemandu teksi sewa kami..Tajuk muka depan atas kanan KOSMO " Tengkorak,tulang manusia bersepah di Ampang Jaya" . Site akulah tu...Yang aku risau ada 2 lagi tempat akan dimulakan kerja dalam waktu terdekat ini yang berkeadaan hampir serupa , lokasi yang sunyi dan lebih-lebih lagi tempat pembuangan sampah..jangan kami menjumpai rangka mayat lagi udahle ...hu hu..

Mana pulak USB aku nih, nak upload gambar tak boleh lagi...hissh..takpalah besok-besok pun bolehlah...


Monday, December 19, 2011

Siri Kembara Turki 2011-cantik,cantik,cantik..!

Jika di tanya 2 perkataan pasal Turki, terutamanya Istanbul tanpa ragu-ragu aku jawab- Tersangat cantik..!. Sehingga tak reti nak ambil photo dari sudut mana, serba serbi cantik..kanan kiri depan belakang  atas bawah..semuanya cantik. Gerai jual daging, cantik, gerai jual rempah cantik, gerai tepi jalan cantik ish.ish semuanya cantik..Sebagaimananya cantiknya gambar poskad , begitulah keadaan sebenar..memang aku terpegun..!. Ditambah kelebihan Turki, orang-orangnya cantik..! Tidak terlalu Eropah, tidak terlalu Asia ..Meditranean..! Jika aku pemeriksa, aku akan beri 98 markah..!

Bagi aku Turki selayaknya cantik, ibarat seorang wanita yang telah menempuh pelbagai fasa kehidupan, zaman kanak-kanak , remaja dan dewasa tetapi masih kekal dan makin bergaya, berbanding negara kita Malaysia yang pada aku masih muda remaja yang masih punyai masa untuk menimba pengalaman...

Walaupun begitu, negara orang hanya seronok untuk dilawati. Kami nak packing balik dah, tekak dah kembang, dah tak larat hari-hari makan makanan orang Turki..he he..rindu dengan masakan Malaysia...Rindu mengidamkam Malaysia  menjadi cantik...Secantik atau lebih cantik dari Turki...!

Cuma  satu saja masalah untuk menandingi Turki...Keseluruhannya orang kita tak secantik orang Turkie...! Inilah hakikat... Walaupun pahit  ku telan jua... hu hu..

Saturday, December 17, 2011

Siri kembara Turki 2011-Jom kita berubah...!

Kebanyakkan kali trip yang aku pergi ke negara orang, bila bersembang dengan kebanyakkan peserta, mereka selalu memandang tinggi negara yang dilawati dan seringkali memandang rendah/memperkecil negara sendiri...entah napa, aku jadi tak faham..Apa yang hebat dimata dunia ada dinegara kita akan sentiasa dipandang dari sudut yang negatif., sebut apa saja seperti F1, KLIA, KLCC, MAKANAN, KERETA dll, manakala di negara orang walaupun jauh kurang hebat dari negara sendiri akan cuba dipandang dari sudut positif. Aku rasa kita kena perbetul sikap ini. Lebih  teruk lagi bila bersembang dengan orang luar segala keburukan turut dicerita sama..  Walaupun kita mungkin berbeza pendapat sepatutnya bila diluar segala keburukan mesti disimpan bersama . Ibarat menepuk air di dulang akan memercik ke muka sendiri . Bila kita terlalu memandang keburukan diri sendiri, pasti akan menerbitkan rasa rendah diri, sedangkan untuk bersaing dipersada dunia kita kena ada sikap tinggi diri serta keyakinan diri..Ini pandangan peribadi aku..

Bila bermain dalam acara sukan dengan negara hebat dunia selalunya negara lemah telah kecundang  hatta sebelum memasuki gelanggang perlawanan, kerana perasaan rendah diri telah menguasai diri pemain. Sindrom rendah diri ini kekadang terbawa-bawa hatta jika negara lemah memenangi perlawanan dengan mencari alasan bahwa kemenangan sekadar nasib atau negara hebat bermain dibawah tahap sebenar dll...Analogi sama boleh digunapakai untuk perkara lain dalam kehidupan seharian. , sebab itu lebih tinggi keyakinan rakyat akan lebih maju sesuatu negara dalam pelbagai bidang..

Selagi kita berperasaan rendah diri selagi itu kita akan jadi penciplak idea orang lain kerana sering merasakan idea orang lain lebih hebat dari kita walhal kekadang sebaliknya...


Jom kita berubah...!

Friday, December 16, 2011

Siri Kembara Turki 2011-Sejuk sehingga ke tulang...

Suhu di sini antara 1-15 darjah sekarang. Bila nak berwuduk fuyoo rasa beku jari jemari dan anggota lain, bila beristinjak lagi le..he he..kecut beb..banyak tempat masih belum disediakan paip air panas lagi...bayangkan kemuncak musim winter nanti. Kemuncak Musim winter di Turki adalah pada bulan Januari..Disebahagian tanah tinggi telah mula dilitupi salji, tapi menurut pemandu pelancong kami Achmet ,  sepatutnya gunung-gunung disepanjang laluan kami, telah dilitupi salji diketika ini tapi disebabkan kesan pemanasan global hanya sebahagian saja yang memutih.

Apa yang kami notis, azan di sini tersangat lunak didengar melalui corong-corong menara masjid., berbeza maklumat yang kami dengar dikatakan azan tak boleh dikumandangkan di Turki..mungkin itu dulu..ramai (semua cantik..!) gadis-gadis cantik semakin manis bila mengenakan tudung...tak puas memandang wei, silap-silap tiang lampu wa langgor..ha..ha..

Sepanjang 3 hari rasanya dah nak habis memori phone/kamera aku ambik gambar, tak sempat nak upload lagi..tunggu kemunculannya...

Kalau korang berkesempatan dan ada rezeki pergilah melancong dan berziarah untuk mengenali dan menikmati kehebatan ciptaan Allah di mukabumi ini..

Salam dari kami di Turkiye..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK