click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 22, 2012

Dulu jauh, sekarang dekat...

Kenapa jadi begini erk..? Kerana harta anak beranak berantakan. Aku makin bimbang. Kalau dulu hanya dengar pengalaman orang yang tersangat jauh samada melalui akhbar dll., tapi kini orang yang dekat dengan aku terbabit sama. Perkara yang cukup asing dahulu , nampaknya semakin menghampiri kita. Kawan setaman aku nak saman adik ipar/bapa mertua gara-gara berebutkan harta pusaka.-rumah pusaka. Sehingga siang tadi nampaknya masing-masing dah berpatah arang. Pihak ketiga dipaksa masuk campur. Tenaga Nasional diarah memotong bekalan elektrik, Syabas diarah memotong bekalan air dan kini polis dan peguam akan campur tangan apabila masing-masing berkeras kepala. Dalam kes begini aku harap pihak peguam tak jadi batuapi..cucuk sana cucuk sini. Aku harap mereka menjadi orang tengah yang akan mendamaikan pihak bersengketa.

Aku menasihati diri sendiri, anak-anak juga kepada rakan taulan berusahalah supaya memiliki harta sendiri dan  tidak terlalu mengharap agihan harta pusaka. Jadilah orang yang memberi, bukan meminta-minta. Namun bila melihat sendiri persengketaan sebegini, aku jadi takut dan keliru. Aku ingin menjadi hartawan, tapi aku takut harta menjadi fitnah dikemudian hari. Kalau aku biarkan peluang mendatang berlalu pergi, takut-takut aku mengengkari keperluan fardu kifayah...argh ..betul, aku sedang keliru... diketika ini...

Ya Allah jauhi kami dari dugaan yang berat..Aminn


4 comments:

  1. Susah juga kalau harta banyak ni rupa-rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu..hu.. harta dunia bermanfaat utk bekalan akhirat ok juga..

      Delete
  2. Replies
    1. ada harta susah, takda harta lagi susah...Abe Mat kena cepat bagi nama pewaris motor dan lori tu..he he..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK