Selalu dengar..? Bercintan dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Belajar bidang lain, berkerja bidang lain. Jauh menyimpang..! Ramai kawan sepengajian aku yang terjebak dengan situasi ini. Ada yang jadi penternak ikan dalam sangkar untuk pasaran eksport, ada yang mengusaha Institut Sekolah Memandu untuk negeri-negeri sebelah utara, Yang jadi ahli politik, ADUN di negeri Pantai Timur pun ada..Guru pun ada juga., Yang memilih untuk menjadi surirumah pun ramai...Argh..! Macamlah bidang kejuruteraan dah tak boleh cari makan..Ha. ha.. tak kesahlah bidang apa pun, yang penting duit masuk lebat...Aku tumpang bangga dengan mereka ni.
Dalam entry ini bukan bidang di atas yang aku nak tulis tapi berkenaan kawan aku yang mengusahakan IKS
membuat makanan halal seperti koew teow, fish cake, fish ball dll. Syabas dari kami kepada Hj Khalil Ahmad kerana berani mengorak langkah memenuhi tuntutan fardu kifayah ini. Selama ini bidang ini dimonopoli oleh bangsa lain. Walaupun terdapat logo halal, tapi kalau dah pemahaman perihal halal haram pun tonggang terbalik, macamana kita nak pasti produk mereka benar-benar halal.
Selama ini orangramai asyik merungut pasal halal haram..halal haram..tetapi berapa kerat yang berani menerokai bidang tersebut. Tak ramai yang berani mengambil tanggug jawab ini melainkan insan-insan hebat ..Sampai bila kita sanggup membedal makanan yang disediakan oleh orang bukan islam.? Semoga dengan adanya pengusaha dari saudara seagama ini.., kita dapat memberi sokongan tanpa berbelah bagi.
Kami sempat singgah di kilang IKS beliau semasa menghadiri jemputan kahwin anak senior kami di Bertam, P.Pinang hujung minggu baru ni..
Kilang di Taman IKS Bukit Minyak, Bukit Mertajam, P.Pinang telah beroperasi sejak 4 tahun lalu. Permintaan semakin meningkat saban tahun .Berdasarkan sambutan produk , kapasiti pengeluaran mesin di kilang ini dijangka tidak mampu memenuhi permintaan orang ramai untuk tahun-tahun mendatang.. Modal masih menjadi halangan untuk menambah mesin berprestasi tinggi supaya dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran..Dalam entry ini bukan bidang di atas yang aku nak tulis tapi berkenaan kawan aku yang mengusahakan IKS
membuat makanan halal seperti koew teow, fish cake, fish ball dll. Syabas dari kami kepada Hj Khalil Ahmad kerana berani mengorak langkah memenuhi tuntutan fardu kifayah ini. Selama ini bidang ini dimonopoli oleh bangsa lain. Walaupun terdapat logo halal, tapi kalau dah pemahaman perihal halal haram pun tonggang terbalik, macamana kita nak pasti produk mereka benar-benar halal.
Selama ini orangramai asyik merungut pasal halal haram..halal haram..tetapi berapa kerat yang berani menerokai bidang tersebut. Tak ramai yang berani mengambil tanggug jawab ini melainkan insan-insan hebat ..Sampai bila kita sanggup membedal makanan yang disediakan oleh orang bukan islam.? Semoga dengan adanya pengusaha dari saudara seagama ini.., kita dapat memberi sokongan tanpa berbelah bagi.
Kami sempat singgah di kilang IKS beliau semasa menghadiri jemputan kahwin anak senior kami di Bertam, P.Pinang hujung minggu baru ni..
Jenama Ikhwan diilhamkan sempena nama anak beliau ini...
Kami mendoakan semoga usaha beliau diberkati dan terus berkembang.. Ramli Food Industries dulu pun bermula dengan IKS., tetapi kini produk syarikat ini telah berkembang di pasaran antarabangsa. Kalaupun bukan sekarang, diharap generasi berikutnya dapat menyambung usaha murni beliau ke persada lebih tinggi nanti.
Untuk maklumat lanjut produk sila klik
Ikhwan Food Industries
atau berhubung melalui Tel/Fax 04 5025434 H/P 0194738585
email. ikhwanindustries@yahoo.com
Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah fardu...
Char koew teow satu..!
Lepas insiden kilang mee kuew tiaw kotor tuh
ReplyDeletememang tak mkn dah.. kebanyakkan semua dari china
tapi mak memang pernah cuba ikhwan product.
katanya sodap dan lembut.. syabas..
he he..saya pon...
Delete