click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 7, 2012

Kenderaan oh kenderaan...!



Sekiranya anda mempunyai wang dan wang anda diperabihkan semata-mata untuk bertukar-tukar kenderaan pada aku itu kesilapan yang besar. Lainlah jika anda memang berkemampuan. Berbanding aset lain seperti hartanah, simpanan saham dll pembelian kenderaan tidak boleh dianggap pelaburan kerana nilainya yang begitu cepat menyusut.

Setelah membeli dan ingin menjualnya kelak,  kita mesti bersedia menerima hakikat bahwa duit pendahuluan yang kita laburkan akan lebur hatta kekadang kena tambah duit poket untuk menampong perbezaan pinjaman dan nilai kenderaan semasa.. Lebih-lebih lagi sekiranya kita berhutang untuk tempoh yang lama. Untuk pinjaman 7 atau 9 tahun,  5 tahun pertama, jangan harap terdapat lebihan bayaran kerana bayaran bulanan yang dibayar hanya menampung faedah yang dikenakan keatas pinjaman..Sekiranya dijual setelah melebihi 5 tahun pula, susut nilai kenderaan memustahilkan anda mendapat sebarang lebihan...

Nilai pasaran kenderaan terpakai merudum kerana kenderaan baru dipakejkan untuk lebih mudah memilikinya.. Namun untuk memiliki kenderaan baru  rasa tak sanggup menghadapi hutang bulanan yang rasa seperti tiada penghujungnya. Beli baru atau kekalkan yang lama dua-dua ada buruknya.. Tukar baru..tambah hutang..Kekalkan yang lama pulak tambah perbelanjaan penyelenggaraan yang macam tak berkesudahan...hati pulak tak tenteram takut-takut kenderaan meragam ditengah jalan..Dilema..dilema..


Setelah berbincang dengan pomen, aku akan buat penyelenggaraan menyeluruh terhadap kereta aku. Semua komponen utama akan ditukar seperti suspensi, sistem brake, fuel pump, relay,.overhaul sistem enjin dll  pendek kata bila siap kelak sebiji macam kereta rekon. lagipun banyak juga yang dah aku tukar sebelum ini.. penyelengaraan kali ini untuk menjadikan keadaan kereta lebih tip top...Kalau ikut pomen kereta boleh bertahan untuk 4-5 tahun lagi tanpa sebarang masalah..sempatlah kot mengumpul duit beli kenderaan idaman nanti..he he..Kos..? memang  mahal tapi berbaloi berbanding beli kenderaan baru...Harga kereta baru koman-koman 40 ribu...huh tapi kereta baru senilai ini  belum tentu boleh lawan kereta burok aku...ha ha..

Argh kereta buruk pun buruklah...

4 comments:

  1. Kereta buruk tiada hutang itu yang buat kita bahagia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kereta buruk buat hal, rasa macam nak humban dalam gaung..ha ha

      Delete
  2. Masalah paling besar, apa yang berkata di mulut, sama tak dengan apa yang terpendam di hati? Hahaha...nafsu tu yang paling susah nak dilawan..Tekadkan semangat dan lawan nafsu nak tukar keter baru tu...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK