Thursday, May 3, 2012

Ronda-ronda 1 Malaya-Jom Alor Star

28hb April 2012 Sabtu rasanya ramai yang ingat tarikh ini. Lautan baju kuning menyesakkan jalan-jalan di KL. Itulah sifat manusia sejak  azali lagi, seronok membuat perkara yang dilarang. Lagi orang kata JANGAN, lagi tu lah berkobar-kobar nak membuatnya. Seperti budak-budak sekolah...mendepang dada kalau dapat berjalan dengan baju dibiarkan terlondeh diluar...berbangga sebab dapat melakukan perkara yang dilarang...

Sekadar ikut-ikutan atau benar-benar menghayati apa yang dituntut, biarlah masing-masing menilai sendiri.


 R n R Rawang arah utara... 

Atas urusan kerja kami ke Utara. Sepatutnya bertiga., di saat akhir seorang rakan menarik diri sebab tak sempat tukar tayar motor. Rencana asal kami ride keliling Pantai Barat kemudian terus ke Pantai Timur melalui Grik-Jeli. Kawan sorang ini ada urusan keluarga di K.Trg, jadi elok saja kami turut temankan dia, dapat juga aku singgah sekolah anak dan melawat orang tua sekali...rupanya hajat tak kesampaian..Sekadar menonggang tanpa hala tuju, pada kami memenatkan.  Kami bukan penonggang hujung minggu, dimana waktu ini amat ditunggu-tunggu untuk memanaskan enjin. Sebagaimana tongkat berguna untuk orang buta, begitulah motor pada kami...itulah kenderaan kami hari-hari.

R n R Gunung Semanggol, Bukit Merah..

Berhenti untuk isi minyak. Bertembong dengan sebahagian geng motor dari Puchong Bikers, yang baru saja selesai pogram amal rumah anak yatim di Grik., sebahagian lagi terus sambung ke Betong. Thailand. Betong antara destinasi popular  mat-mat motor untuk memanaskan enjin...Tak caya cuba tanya mat-mat motor yang menghala utara...Mana...? Hatyai..., Mana..?..Krabi...lama- lama malas dah aku menanya...dah tau jawapan..ha ha...

Di Alor Star kami melepak di Hotel Sri Malaysia. Tak banyak gambiran menarik untuk anda..Kami selesaikan urusan kerja wei...

Kelihatan di sana geng-geng Harley yang turut berhenti di R n R Sg Perak semasa perjalanan balik. Mereka baru balik ride  dari Penang. Sebagaimana kami, berhenti sebab hujan yang teramat lebat.


Berhenti lagi di bawah jejantas selepas Plaza Tol Jelapang.. Lepas masukkan dompet, phone dalam tong sambung semula ride..Alang-alang basah, biarkan terus lencun. he he..Kami mat-mat motor dah biasa berhujan berpanas..lebih-lebih lagi hujan semasa perjalanan balik, urusan dah selesai, biarkan saja basah.

Aku perhati banyak  R n R telah mula dinaik taraf. Aku suka dengan konsep terbuka sekarang. Baru sesuai dengan iklim dinegara kita.. Konsep terdahulu sangat menyesakkan hidung dengan bau lembab kerana retikulasi udara yang terbatas. R n R popular seperti di Hulu Bernam perlu dinaiktaraf segera. Surau teramat kecil untuk menampung jemaah yang sentiasa ramai. 

Semasa di lebuhraya bertembung dengan berpuluh trak polis, FRU yang menghala utara. Yang ke selatan pun banyak juga pastinya. Selesai upacara Bersihlah tu...tak semena-mena duit rakyat dibazirkan untuk menangani demonstrasi jalanan... Itu belum kira imej negara tercalar dipandangan mata dunia...

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga anda.. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir....

Sekian...

2 comments:

  1. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga anda.. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak fikir....ada motor boleh ride! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha..bila nak sambar royal enfield satu...?

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK