click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 22, 2013

SPM Oh SPM....

Berita hangat semalam dan harini pastinya pasal SPM...Bagi yang mendapat keputusan cemerlang status  wall fb,twitter dsb  pastinya  dipenuhi  dengan ucapan tahniah...Tak cukup dengan wall anak, wall emak bapak turut memaparkan kegembiraan. Yang kurang elok, janganlah  menganggap seolah inilah penghujung kejayaan anda. Perjalanan masih jauh sebenarnya...

Berdasarkan statistik 472541 calon menduduki peperiksaan, 15793  calon memperolehi semua A dalam setiap matapelajaran...Alhamdulillah, anak lelaki aku termasuk dalam kalangan 15793  calon itu..Aku yakin calon-calon cemerlang perempuan pasti mengatasi calon lelaki...Bukan nak menidakkan kemampuan pelajar perempuan, tapi  kegigihan dan ketekunan semulajadi pelajar perempuan memberi kelebihan kepada mereka...Dan jika kemasukan ke pusat-pusat pengajian tinggi  sekadar bersandarkan meritokrasi  keputusan akedemik yang cemerlang maka akan semakin ramai graduan perempuan membanjiri pasaran berbanding lelaki...Kesian dengan orang lelaki terpaksa bersaing dalam segenap bidang..Tidak pelik sekiranya bidang yang sepatutnya  didominasi kaum adam seperti juruterbang atau pemandu akan tergugat dengan kehadiran pesaing-pesaing wanita...

Aku berpendapat pemilihan  kemasukan pelajar ke pusat penggajian tinggi atau pemberian biasiswa sepatutnya lebih diberikan keutamaan kepada pelajar lelaki walaupun keputusan peperiksaan tidaklah secemerlang pelajar perempuan...Kekadang emak ayah atau kerajaan terpaksa berbelanja besar, tetapi berapa ramai graduan-graduan wanita terpaksa melepaskan jawatan untuk memberi tumpuan kepada keluarga sesudah bergelar  isteri ...Mengikut suami bermastautin, masalah pembantu rumah, masalah penderaan kanak-kanak di pusat-pusat asuhan dsb...

Dikalangan batch aku saja berapa ramai yang terpaksa menjadi  surirumah sepenuh masa...termasuk bini aku sedangkan kemasukan mereka dulu ke universiti -universiti telah menidakkan peluang calon-calon lelaki....

Argh dilema jugak yerk...Aku ada 4 anak perempuan dan sorang  lelaki...Pelajar perempuan ternyata semakin gigih disebabkan persaingan sengit , dan ternyata kegigihan mereka terbalas dengan keputusan yang cemerlang..Alangkah kasihannya jika dinafikan  hak mereka semata-mata memberi peluang kepada pelajar lelaki....


Akhir zaman kot ....bukan sekadar bilangan tapi penguasaan mereka disegenap bidang... huhu





2 comments:

  1. Tahniah di atas kejayaan anak tuan latep. Setuju dengan pandangan tuan latep tentang peluang lebih sepatutunya diberikan kepada pelajar lelaki untuk mendapat tempat di IPTA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika peluang telah diberikan, diharap pelajar lelaki bersungguh memanfaatkan peluang yg ada...rajin menghadiri kelas, duit biasiswa/pinjaman dibelikan untuk yg sepatutnya...bukannya asyik bertukar ganti hphone, beli motor, belanja awek...hishhish

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK