Dah lama kami tak berkunjung ke Langkawi. Kesempatan menghadiri kenduri kahwin anak senior kami Mohd Afiq Hamid di Arau Perlis pada 5hb Feb baru ni, terus saja kami ke sana. Biasalah bila hujung minggu sausana di jeti sesak dengan pengunjung yang turut ingin ke sana, Kesesakan disumbangkan oleh pengunjung dari negeri-negeri yang bercuti umum pada hari Isnin dan Selasa sempena Maulid Nabi dan Thaipusam barangkali. Sebagaimana disangka, sukar untuk mendapatkan bilik penginapan. Kalau ada pun bilik yang mahal, sedangkan kami memerlukan minima 3 bilik untuk kami berEnam. Itu belum kereta sewa untuk bergerak ke sana mari semasa di pulau nanti. Aku dah congak-congak dekat seribu ringgit akan terbang termasuk tiket naik feri nanti.
Setelah puas mencari bersama agent di Jeti Kuala Perlis, dapatlah kami menginap di homestay 3 bilik. Harga RM300 sehari termasuk sebiji kereta sedan Iswara. Kira murahlah tu apatah lagi homestay yang kami dapat baru saja 2 bulan beroperasi..serba serbi baru dan lokasi sangat berhampiran dengan jeti. Berkongsi pengalaman dengan pemilik homestay ini yang turut memiliki motel 20 bilik dengan kadar sewa antara 80-120 semalaman..Hujung minggu itu kesemua bilik penuh ditempah.
Seingat aku ini kali kedua kami tiba di Lengkawi melalui jeti di Kuah ini, manakala naik tadi kali pertama melalui jeti Kuala Perlis.,sebelum ini kami menggunakan jeti di Kuala Kedah. Impresi pertama bila mula berlabuh di jeti..ooh ok hebat bila melihat jeti sudah dinaik taraf...
Sebenarnya aku agak keberatan untuk ke pulau, kerana kami mempunyai masa hanya sehari untuk kesana sebelum berkejar semula ke KL untuk menghantar anak kembali semula ke kolej di Melaka pada hari Selasa 7hb Feb. Pada aku amat tidak berbaloi berhabis duit untuk berkunjung singkat. Tapi disebabkan tak mau berperang dingin dengan bini dan anak-anak yang sibuk sangat nak kesana...oklah..oklah . aku berpatah balik walaupun kami dah hampir sangat dengan Leburaya PLUS di Changlun. Tempoh ideal untuk bercuti di sana adalah 3H2M termasuk perjalanan pergi dan balik, barulah boleh meneroka segenap pelusuk pulau.
Tak banyak tempat yang boleh aku pergi...cuma dapat pergi ke Puncak Gunung Raya saja seterusnya meronda sebahagian pulau melihat sausana Langkawi terkini...itupun sorang diri sebab anak bini aku sibuk nak pergi bershopping di Pekan Kuah. Biasa le orang pompuan. Aku tak berminat sangat bab ni..lagipun semasa di jeti semalam sempat bersembang dengan anak tempatan., di Langkawi ni walaupun pulau bebas cukai hanya 3 barang je yang ketara murah selain kereta,...coklat, rokok dan minuman keras.
Pemanduan dari kaki gunung walaupun tak sampai 20 km , aku rasakan tersangat lama untuk sampai ke puncak. Sesekali berdebar,takut-takut terjadi apa apa kat kereta sewa aku.. Iswara agak berumur wei..lagipun sunyi saja sepanjang perjalanan. ada lah 2, 3 biji kereta berselisih sepanjang tempoh untuk kepuncak. Keunikan jalan ke tanah tinggi pastilah jalan yang berbelit-belit namun permukaan jalan tak berapa elok. Banyak penambahbaikan perlu dibuat untuk memikat ramai lagi pengunjung datang ke sini. Aku berpendapat perlu disediakan hentian/dataran tinjau dilokasi strategik untuk pengunjung menikmati keindahan pulau dari tanah tinggi.
Kedinginan dipuncak memang terasa pada ketinggian melebihi 1800m dari paras laut. Sungguh mendamaikan pemandangan dari puncak gunung ini..
Diberitakan Langkawi adalah antara 10 pulau tercantik di dunia...
Satu-satunya hotel di puncak Gunung Raya dengan kadar bayaran RM400-1500 semalaman. Itupun habis ditempah. Kepada pengunjung tempatan mungkin dirasakan mahal, tapi bagi pengunjung luarnegara sangat berpatutan. Sausana yang mendamaikan sangat sesuai untuk merehatkan minda dari keserabutan hutan batu kota.
Ini bukan di Langkawi, tapi di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Sausana landskap jalanan seperti ini perlu diterapkan di Langkawi untuk menggamit pengunjung.sesuai dengan statusnya sebagai pulau pelancongan. Sebagai pengunjung luar, aku berpendapat masih banyak perlu dilakukan di Langkawi untuk bersaing dipersada dunia. Keindahan semulajadinya perlu diserlahkan lagi supaya lebih memukau. Kebersihan, tataatur landskap dsb perlu dipertingkatkan.
Kuah masih berserabut pada pandangan aku..

Kalau waktu puncak, Langkawi kompom sesak dan semua harga melambung.. baik kereta sewa, hotel, makanan dan sebagainya.. Jika perlu outstation ..saya seboleh-bolehnya akan elakkan diri utk ke Langkawi diwaktu puncak.. kecuali jika terpaksa sahaja..
ReplyDeletememang betoi zal, kereta sewa yang kebiasaannya hanya RM50 ringgit, naik sehinga RM140 diwaktu puncak...
ReplyDelete