Wednesday, February 1, 2012

Kayuhan LATAR...


Tak perlu tunggu rakan, lepas jam 5 petang capai basikal terus kayuh...MTB kayuh atas lebuhraya pun kira boleh la...aunngkk...! bunyi macam landrover polis, berdesing bunyi tayar bila mula kayuh laju sikit... teringin jugak nak cari basikal touring ..  naik basikal untuk perjalanan jauh walaupun nampak macam remeh, tayar yang sesuai dapat mengurangkan keletihan...
Walaupun dengan tayar offroad, wa dapat kayuh 54km/jam..kalau tayar onroad dapat dua kali ganda kot ha.ha..tapi turun bukit curam la wei...ada menurun pasti ada mendaki..masa mendaki berapa laju wa kayuh tak boleh tunjuk la..

Not bad..jarak kayuhan hampir 35km..dengan kelajuan purata 18km/jam..santai...


Sikit punya letih badan cuma banyak ni kalori terbakar ...pekena sekeping roti canai , habis balik asal..! hu hu..


Aku pun suka touring atas jalan raya ni...bila baca kaki kayuh berbasikal dari satu destinasi ke destinasi lain teringin juga aku...kalau dapat kayuh basikal keliling Malaya pergh macam syok je..nak naik motor ronda dekat-dekat macam ni rasa dah takda uumph.., cuma yang leceh berkayuh atas jalan ni, panas beb,  itu yang menghalang nak join kaki kayuh lain...dahlah badan tak berapa nak putih..ha ha..




6 comments:

  1. Nasib baik pakai tayar offroad.. Kalau pakai tayar onroad, mau sudah sampai Ipoh tu! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu hiway banyak pohon rimbun ok gak kayuh jauh...ini dgn asap dan jalan yang sibuk...bergoyang basikal kena rempuh angin bila kenderaan besor lalu...

      Delete
  2. baru semalam lalu LATAR nak ke tg karang.tapi tak naik basikal la..naik kete.Siriyes..lama giler tak naik basikal.hehehe..

    New Entry (>.<) Akhirnya..Aku Dapat Kau (>.<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang en suami, jangan biar lama sangat basikal berehat ..lemau badan nanti ha ha..

      Delete
  3. cayo2... dahsat juga tuh. letih2 pun berbaloi..
    Kalau guna road bike lagi ler double.. hik3

    kau kayuh sorg2 jer brother?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurmisnan,kalau tunggu kawan alamat tayar basikal pancit gitu saja..sorang pu soranglah..kuatkan semangat, capai terus kayuh...kayuh pelan-pelan..he he..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK