Wednesday, February 22, 2012

Upgrade motor...

Ramai sudah teman-teman  yang membeli motor saing dengan aku dulu telah bertukar motor baru. Trend selera penonggang motor ni nampaknya berubah  ikut peringkat umur. Yang muda akan kutuk kalau kawan-kawan sebaya membeli selain dari motor sport, walaupun tahu bawak motor meniarap ni akan sakit pinggang, sakit lengan dsb tapi terpaksa kontrol macho konon-konon selesa teramat. ha ha..Selalunya selepas puas bermotor sport akan upgrade ke motor bogel/naked kemudian Sport tourer atau DP  dan penghujungnya akan beralih ke motor ala-ala klasik pulak.

Tidak hairanlah motor ala-ala klasik mendapat permintaan yang tinggi di pasaran sekarang, barangkali ramai mat-mat motor yang dahulunya tergila-gila dengan motor jenis lain telah sampai ke pringkat ini sekarang. Kedai Big Bike Shop di  Pusat Perdagangan Suria, Puchong yang membawa masuk motor Royal Enfield dikhabarkan tak menang tangan melayan permintaan/pertanyaan  orang ramai yang berminat membeli motor tersebut, Stok pertama dibawa masuk telah habis disambar pembeli.

Sempat aku bersembang dengan salah sorang pembeli yang menempah motor klasik tersebut semasa berkunjung ke bilik pameran motor itu baru-baru ini. Dia bagitau zaman menonggang motor laju, berjaket tebal telah berlalu, dah puas dah..sekarang ni walaupun masih mahu melayan keinginan bermotor tapi  memilih secara santaiii.. sebab tu motor klasik jadi pilihan...

Dulu memang aku  tak berapa percaya, kenapa pemandu agak berusia bila memandu tak sederas orang muda. Kita yang muda masa tu, mula la bising bila  mengekori mereka..hisssh bawak la laju sikit...bengkak je hati..rupanya sekarang baru aku faham. Sebagaimana orang muda, orang berusia pun mempunyai 'kelajuan nikmat' bila memandu...rupanya kelajuan nikmat turut berubah seiring dengan peredaran usia...

Macam tak caya je kelajuan nikmat aku masa bawak kereta sekarang antara 90-120km/jam saja., entah ..cubalah juga bawak laju, tanpa sedar nanti kelajuan akan berligar sekitar itu semula..dan kekadang rasa syok pulak bawak sekitar 70km/jam .sambil layan Radio Klasik Nasional..ha ha..Kelajuan nikmat bila bawak motor  pulak..antara 140-160 km/jam...laju ke..? bagi yang tak pernah bawak motor besar kelajuan motor sebegini sebenarnya rasa lebih kurang macam bawa kereta dengan kelajuan kereta 90-120km/jam saja...!

Aku adalah juga cuba tonggang uji motor klasik tu baru ni..ish-ish rasa macam sangat perlahan je. Aku rasa untuk pakai sesekali sekala ok kot.. tak jadilah aku nak upgrade/downgrade semua motor aku ke kategori motor ini lagi..barangkali belum jadi  pilihan utama aku lagi kot...

Ermm baki baki jiwa  muda masih ada lagi agaknya..he he..


3 comments:

  1. Berapa diorang jual Royal Enfield tu bro? Macam menarik jer bunyinya..layan klasik single cylinder ni. :D

    ReplyDelete
  2. hanif, harini sy ke sana utk tukar tayar, akn dptkan senarai harga... tengok aritu 500cc dalam 40k...sambar jgn tak sambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D Memang dah lama berkenan dengan Royal Enfield ni.. Ingatkan tak de pengimport bawa masuk motor ni kat sini..

      Pernah la terfikir sampai nak cari budak medic yang study kat india minta diorang bawa masuk motor ni :D hehe..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK