click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 16, 2014

Jom Australia- Kota Melbourne

22 April 2014 Selasa.



Harini kami melawat Kota Melbourne. Menaiki Tram. Kalau memandu sendiri takut berebut jalan dengan tram hehe..Pagi tu hujan. . Kami beli pas harian. Bernilai 7 AUD. Harap harap bolehlah kot meronda seluruh Melbourne dengan pas harian ini..Menaiki tram sambil memerhati persekitaran dan cara pemanduan di sini.. Malam semalam kan bimbang bila tiba di lampu isyarat takut-takut tram lalu  dan terpaksa memberi laluan sebagaimana kita memberi laluan kepada keretapi atau komuter....Ermm rupanya tram adalah sebahagian daripada pengguna jalanraya juga. Jumpa lampu isyarat turut sama-sama  kena berhenti sebagaimana kenderaan lain. Haha serupa macam bas awam sajelah. Tiada keistimewaan. Tanpa lorong khas aku berpendapat pengangkutan ini tidak akan begitu  berkesan dikawasan sesak kerana terpaksa berkongsi sesak dengan kenderaan lain..lebih-lebih lagi  diwaktu puncak. Tempat pelancongan yang menghadkan kenderaan awam sangat sesuailah kot..


Salah satu bangunan dibina oleh syarikat Malaysia..Tertera kain pemidang SP Setia...

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya  apa makna pas harian.. Kredit tiket berubah menjadi negatif setelah 2 atau 3 kali turun naik tram semasa membuat pengimbasan di mesin tiket. Negatif bermakna tak cukup tambanglah..dan tertulis di pengimbas supaya menambah kredit tiket...  Ikut pemahaman aku pas harian bolehlah menaiki kenderaan awam untuk tempoh seharian sebagaimana di UK dulu. Tak kesahlah berapa puluh kali kita naik atau turun kenderaan.. . Jadi apa maknanya pas harian..Walaupun tiada konduktor tram memeriksa hati gelisah mengenangkan baki yang negatif. Jadi tak enjoy untuk meronda seluruh kota...Untuk menghilangkan kegelisahan terpaksalah top up tiket...Masalahnya setiap kali sentuh pengimbas  paling kurang AUD3 kena potong... Asyik kena top up tiket saja mana tahan..Jadi tak banyaklah tempat kami melawat.

Argh tak mengapalah lagipun apalah sangat yang nak dilawati.  Berdasarkan brusur  tak banyak tempat yang mengujakan untuk dikunjungi. Pusing-pusing perkara sama yang nak ditengok. Muzium, Pantai, Waterfront, taman etc..Perbezaan ketara antara Melbourne dan Sydney hanyalah pengangkutan awam tram ini. Dan lagi Melbourne taklah secantik Sydney.

Kami ke pasar Cenderahati di Victoria Market




Anjing ini sangat istimewa dan terlatih. Boleh mengesan tuannya yang mengidap ketumbuhan di otak sekiranya akan diserang sawan...



Selepas tu  pergi ke Pantai St Kilda dan dalam perjalanan balik singgah di waterfront  yang menempatkan Melbourne Convention Center.. Bertemulah dengan ramai pelajar Malaysia seluruh Australia yang berkampung di Melbourne sempena minggu sukan antara university .




Untuk mendapatkan makanan halal di Melbourne ini pun mudah. Restoran Turki dan arab banyak ..Di Sydney Road berhampiran dengan homestay kami banyak terdapat restoran muslim...Tomyam pun ada dan rasa tak banyak berbeza dengan di Thailand sendiri. Pasaraya juga menjual daging halal. ..Terdapat sijil pengesahan halal yang dipamirkan dirak daging.  Produk-produk Malaysia dan Indonesia pun banyak. Jangan risau kebulur di Australia ini. Tak perlulah membawa bekalan makanan yang banyak jika ingin berkunjung ke sini..Bawa duit lebih saja hehe...

Esok kami akan ke Philips Island...Satu lagi destinasi wajib..ermm




5 comments:

  1. slm , sy nak tanya pas harian tu nak beli kat mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cik mazura lambat respond, pas harian mudah diperolehi di convenience stor atau vending machine yg byk diletakkn ditpt awam

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK