click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 30, 2011

Lagi kesan Tsunami di Banda Acheh...



Petang tu kami pusing-pusing keliling Banda Acheh. Kami ingin mencari masjid-masjid yang kekal teguh berdiri walaupun kebanyakan bangunan disekelilingnya banyak yang ranap. Sebelum ini hanya melihat keajaiban ini melalui akhbar dan internet sahaja. Kami ingin mendekati sendiri untuk melihat keagungan Ilahi... Sebenarnya banyak lagi masjid yang terselamat tetapi kami kesuntukan waktu untuk melawat kesemuanya. Cukuplah dengan 3 foto terkini masjid ini untuk tatapan bersama.
Masjid ini lebih kurang 50m saja dari  kapal yang tersadai dan di jadikan tugu...

Masjid Baitul Rahman di Pusat Banda Acheh...di perkarangan ini banyak mayat bergelimpangan dulu...

Masjid  Baitul Rahim di Uleelheue masih tetap utuh . (sebut Ule ley) Kedudukannya hanya 100m dari muara sungai. Allahuakhbar..!

Rumah dua tingkat disebelah bengkel ini turut terselamat. Kami yakin banyak nyawa turut terselamat disini..

Kami mengambil kesempatan servis 'kereta'dibengkel ini . Aku turut menukar tayar hadapan. Pemilik bengkel pernah kerja di Georgetown., P.Pinang selama 8 tahun. Sebagai salam persaudaraan hanya harga barangan dikenakan caj.


Sambil-sambil tu buat stretching badan...mana cewek acheh ni..? ha ha...

Siap servis motor terus ke Lampulo. Disini terdapat tugu peringatan juga. Sebuah kapal nelayan dihanyutkan ombak dan tersangkut di bumbung rumah penduduk. Seramai 56 orang termasuk kanak-kanak terselamat dengan memanjat kapal yang tersangkut ini. Sebelum itu semasa berada di tingkat dua rumah, ketinggian air hampir mencecah paras leher... . Di atas kapal inilah mereka tak henti-henti berzikir dan berdoa serta melaungkan azan semasa ombak sedang galak membadai....Diceritakan oleh mangsa-mangsa bahwa sewaktu mereka kelaparan dan kehausan tetiba datang setandan kelapa muda yang hanyut berhampiran kapal mereka untuk dikongsi. Suratan atau kebetulan...? Bencana bermula jam 8 pagi, pukul 4 ptg baru mereka turun dari kapal, itupun air masih diparas lutut lagi.




Berlatarbelakangkan pemandangan rumah-rumah yang dibangunkan semula....


Dari pelabuhan perikanan inilah berhanyut-hanyutan kapal-kapal nelayan dilambung ombak. Kedudukan pelabuhan dari kapal yang tersangkut lebih kurang 300m..

Esok lepas suboh kami akan menuju ke bekas kawasan bencana di Maelaboh pulak. Malam menginap di Hotel Lading semalam 330000 Rupiah....!



3 comments:

  1. Seronok baca catatan perjalana ni... Belum dapat pergi ke sana tapi sudah dapat "feel" :D

    ReplyDelete
  2. tak terkata dengan kata-kata.. ;-)

    ReplyDelete
  3. ha.ha jom la join next ride...insyallah borneo..kalau ada kesempatan, kesihatan dan rezeki,,Insyallah..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK